Kekadang Terpaksa Jadi Burung Hantu

Alhamdulillah. Ada peluang untuk update blog. Malam ni mood nak update blog sambil minum kopi.

Tambah plak kat luar sana hujan. Dari siang tadi lagi hujan cuma berhenti kejap petang tadi. Sempat lah bawak wife dan anak-anak keluar.

Hujung minggu lah masa untuk anak-anak dan isteri. Rezeki hidup berkeluarga. Syukur alhamdulillah.

Kena Jadi Burung Hantu


burung hantu malam

Anak dan wife tengah sedap tidur. Sementara mata belum nak lelap ni saya update blog jap.

Bulan lepas cuma satu entri je sempat publish. Well well tak sempat punya pasal.

Tambah pulak bulan lepas banyak travel sebab selepas je cuti raya haji, bapa mentua saya warded.

Mudah-mudahan keadaannya semakin pulih sediakala. Walaupun dia bukan ayah kandung saya tapi dia dah macam ayah kedua saya.

Dah kahwin dengan anak dia kan. Ayah wife saya dah kira macam ayah saya juga kan? Sama-samalah kita doakan kesembuhan ayah mentua saya.

Minggu ni mood final exam. Minggu lepas budak-budak PT3. Harap dorang berjaya hendaknya.

Ni budak-budak lain pulak nak ambik final exam. Budak-budak pun sibuk duk tanya cikgu exam masuk tajuk apa? Susah ke senang?

Maka dengan gigihnya kena siapkan soalan final exam ni.

Kena siapkan soalan. Itu tanggungjawab.

Kadang-kadang plan nak buat kat sekolah time waktu free. Tapi ada-ada je benda lain nak kena buat.

Last-last kena sambung kat rumah. Dan kena lah jadi burung hantu.

Nak buat siang hari? Itu cabaran.

Sebab anak saya dah makin aktif. Dah tahu nakkan perhatian, dah tahu erti kasih sayang dan pantang tengok laptop.

Semangat inkuiri memang tinggi. Sekejap je anak membesar. Waktu inilah yang kita akan rindukan suatu hari nanti.

..

..


Cabaran Betul Jadi Burung Hantu


Jadi....malam hari jugaklah penyudahnya. Kena tunggu anak tidur barulah boleh buat kerja.

Hadap lah laptop untuk siapkan soalan. Sedar tak sedar jam dah pukul 3 pagi. Berpina mata sebab hadap skrin dalam keadaan mengantuk.

Sampai ke satu tahap, jari menaip, mata terbukak tapi fikiran dah blank. Rupa-rupanya dah terlelap tanpa di sedari.

berjaga malam jadi burung hantu

Nyata, mata dan tenaga tak sekuat burung hantu yang aktif memburu waktu malam. Akhirnya jam 3 pagi saya tewas.

Sempat siapkan soalan. Lagi seminggu nak exam. Harap budak-budak dah prepare dengan gigih sekali.

Tiba masa korang plak jadi burung hantu hadap buku dan buat ulangkaji. Jangan korang duk hadap handphone je kerjanye.

Jangan duk ikut nafsu sangat layan internet burung hantu tu. Kan cikgu kau yang jadi hantu baru kau tau.

Esok-esok kat kelas mata lebam macam panda pun tak ape sebab malam-malam jadi burung hantu buat ulangkaji.

mata kunfu panda

Jangan plak mata je lebam macam panda tapi malam-malam kau layan internet burung hantu.

Itu penyakit namanya.

Markah jatuh nanti cikgu kau jugak yang kena jawab bila mak ayah kau tanya.

Ok. Kopi secawan dah habis. Semoga terhibur. Next time lah kita sembang lagi.

...

...


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
October 16, 2016 4:01 PM delete

Byk cbran nk publish entry ni..nak2 anak mkin aktif..apa2 pn smga mrid2 dpt jwb soalan tu

Reply
avatar
October 22, 2016 10:17 PM delete

Bila ada kerja lebih, 24 jam tu macam tak cukup

Reply
avatar
November 14, 2016 6:03 PM delete

Banyak juga dugaan bila anak dah besar.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia