Cara Mulakan Bisnes Air Balang

Bisnes Air Balang - Dah lama saya tak kongsikan berkenaan bisnes air balang yang saya kira antara bisnes yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Saya dah tulis beberapa artikel berkenaan bisnes air balang. Boleh lah rujuk di pautan ini ye. Bercakap tentang bisnes bagi saya ia mestilah bermula dengan minat. Buat benda kenalah mengikut minat. Saya selalu sebut dalam tips-tips sebelum ni.

cara jual air balang

Bukannya apa, kalau buat benda tapi tak minat berkemungkinan benda yang kita buat tu separuh jalan. Baru terima ujian sikit dah rasa down kan tapi kalau minat punya pasal takde hal lah.

Sama juga dalam bisnes air atau air balang ni. Nak buat mestilah ada minat barulah boleh sembang bab modal bisnes air balang dan sebagainya.

Cara Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang


Kita stop cerita tentang minat dan kali ini saya bawa anda dalam topik cara nak mula bisnes air balang.

Sebagai langkah pertama sebelum memulakan bisnes, adalah tanggungjawab anda baca dan faham betul-betul tentang bisnes tersebut.

Dalam bisnes ada selok-beloknya dan juga cabarannya. Apa cabarannya tu anda boleh tahu daripada pengalaman berniaga air balang yang sebenarnya. Dan yang paling saya rekomen adalah Pengalaman Tuan Mizan Sulaiman

Sebelum anda bercakap tentang air atau jus apa yang anda nak jual nanti adalah lebih molek anda tumpukan kepada perkara-perkara asas terlebih dahulu.

Pendek kata, bina tapak atau langkah pertama yang lebih kukuh sebelum anda mula berniaga. Fasa pertama anda mestilah tahu berapakah modal bisnes air balang, lesen berniaga, macam mana nak dapatkan tapak, dapatkan suntikan kesihatan kemudian barulah pergi kepada fasa yang seterusnya.


Modal Bisnes Air Atau Air Balang


Seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ini. Untuk menjalankan bisnes air anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli peralatan seperti meja lipat, kanopi dan balang air.

1.Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja

Ukuran standard kaki besi adalah 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Harganya di antara RM50 -RM70. Atau pun anda boleh beli kaki besi meja lipat yang lebih pendek iaitu 3 kaki panjang dan 3 kaki lebar jika hanya memerlukan meja yang kecil. Harganya pula lebih murah iaitu di antara RM25 - RM35.

Manakala papan lapis meja dijual dengan harga RM15 sekeping. Kelebihan membeli meja sebegini ialah ianya fleksibel, mudah dilipat, ringan dan boleh dimuatkan dalam kenderaan walau sekecil kereta kancil atau Viva. Memasangnya pun sangat mudah.

2. Kanopi

Kenapa kanopi? Tak boleh ke guna payung?

Bukan tak boleh tapi saya tak galakkan. Payung kurang stabil terutama sekali bila hujan lebat atau ribut. Jadi kalau anda ada bajet lebih saya sarankan anda beli Kanopi.

Beli kanopi jika anda ada bajet extravaganza. Kebanyakan peniaga pada masa kini sama ada di pasar malam atau pun bazar ramadhan menggunakan kanopi ketika berniaga. Nampak lebih cantik dan stabil. Harganya tak mahal..masih mampu dibeli.

Kanopi pula ada beberapa saiz antaranya :

Kanopi bersaiz 8 X 8 kaki

Harganya RM150. Sesuai untuk peniaga yang tak banyak barang jualan. Kanopi ini muat dimasukkan ke dalam kereta kancil atau viva.

Kanopi bersaiz 10 X 10

Harganya di antara RM190- RM250. Bezanya adalah kanopi yang lebih mahal, kainnya (bumbung kanopi)  lebih tebal dan tiang besi lebih kuat, tidak mudah patah dan berkualiti.  Kain kanopi jenis ‘MUTU' lebih tahan lama dan tidak mudah terkoyak.

3. Balang Air

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250.

Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Inilah perkara asas yang anda mesti tahu tentang cara mulakan bisnes air balang kemudian barulah ke fasa seterusnya.

Untuk fasa yang seterusnya anda boleh baca dalam Panduan Bisnes Air Balang. Segala ilmu yang disampaikan adalah pengalaman sebenar penulis.

Jadi jika anda tercari-cari lebih banyak panduan atau cara nak mulakan bisnes air, sila rujuk Panduan Bisnes Air Balang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
August 31, 2016 5:31 AM delete

Yup..lama xtgk tuan post bisnes air balang ni..

Reply
avatar
August 31, 2016 11:38 AM delete

Agak lama jugaklah jie, sibuk dengan kerja.

Terima kasih jie sudi baca. :-)

Reply
avatar
September 01, 2016 10:55 AM delete

Berniaga air ni memanng menjadi jika kena caranya.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia