Redah Jem Lagi Raya Tahun Ni

Dah seminggu kerja pas cuti raya. Rasa macam tak puas lagi beraya.

Budak-budak pun masih ramai yang tak datang sekolah. Masih ada yang belum balik dari kampung. Raya sakan nampak.

Sementara saya, raya kelima awal-awal pagi lagi dah kena gerak balik KL. Masih banyak rumah saudara mara yang tak sempat nak beraya apatah lagi rumah kawan-kawan.

Alhamdulillah..dah selamat sampai kat KL tempat mencari rezeki. Sakit badan lenguh sana-sini masih terasa.

Dah agak dah...seperti tahun-tahun sebelum ni saya kena hadap jem. Macam ni lah tiap-tiap tahun.

Walaupun masa balik kampung tak kena redah jem sebab pas je balik dari sekolah terus bergerak balik pas berbuka puasa.

Masa tu tak jem cuma dah nampak dah banyak kenderaan menuju masuk ke pantai timur. Saya berhenti satu kali je masa tu dah hampir jam 2 pagi kat Caltex Gua Musang.

Malas nak berhenti rehat kat RnR Gua Musang sebab orang sangat ramai. Parking pun susah kalau time nak raya macam ni.

Saya berhenti tak lama dan terus sambung drive. Wife, anak dan adik ipar nyenyak tidur. Sedap je tengok dorang tidur sementara saya drive lah dengan gigihnya.

Masa tengah drive ni jugaklah ada dapat email terima komisen dari Klikjer. Rezeki nak kat raya. Bolehlah buat beli kasut raya anak.

Tepat pukul 5 pagi sampai rumah mentua. Sempat lah sahur tapi saya minum secawan air je. Tak larat dah nak makan. Letih dan mengantuk yang amat.

..

..


Sambung cerita perjalanan balik KL plak,

Seperti tahun-tahun sebelum ni, macam biasalah kena redah jem. Masa raya tahun lepas saya dah sangkut jem yang teruk.

Tahun ni pun sama je ceritanya, tambahan pula raya kelima dah kena bergerak balik. Memang kejap je cuti raya kali ni.

Saya bertolak jam 6.30 pagi dari kampung kat Pasir Mas. Dalam jam 7 lebih saya dah sampai kat Machang. Masa tu dah nampak dah jem kat jalan Machang-Kuala Krai.

Tahun lepas saya pernah sangkut 2 jam kat sini. Perit memang perit padahal kalau ikutkan 40 minit je perjalanan dari Machang ke bandar Kuala Krai.

Dah tak sanggup nak hadap lagi tahun ni. Saya terus patah balik. Jalan alternatif seterusnya adalah jalan Jeli-Gua Musang.

Nak elak jem kat Kuala Krai. Ini dah kali kedua saya ikut jalan ni. Malas nak berhempas-pulas redah jem kat Kuala Krai.

Tapi kalau lalu ikut jalan Jeli Gua Musang ni anda kena lalu jambatan ni. Jambatan asal dah runtuh masa banjir besar 2014 yang anda boleh tengok kat sebelah kiri dalam gambar kat bawah ni.

jambatan pulau setelu runtuh banjir 2014

Gambar ni sempat saya ambil masa perjalanan hari tu. Ada orang kampung sentiasa mengawal kat jambatan sementara ni. Seriau jugaklah nak lalu jambatan sementara ni.

Jambatan ini dinamakan jambatan Pulau Setelu atau jambatan Kampung Setelu yang menghubungkan Jeli dan Gua Musang.

Jambatan ini runtuh kerana ditenggelami air Sungai Nenggiri dan dirempuh kayu balak mase banjir 2014.

Saya sangkut jem lagi kat Raub. Adeh jem lagi. Lepas je bandar raub saya terus lalu jalan alternatif Lebu Mempaga sebab tak nak lalu Bentong memandangkan masa tu jalan menghala ke Bentong dah jem teruk.

Saya sampai kat KL dah jam 5.30 petang. Dah 12 jam perjalanan. Penat...esoknya dahla kerja. Tapi Alhamdulillah perjalanan selamat.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
July 19, 2016 11:26 PM delete

boleh tahan gak mengharungi jem tu tuan..

Reply
avatar
July 21, 2016 10:35 AM delete

macam ni lah tiap-tiap tahun jie...dah terpaksa...hihi...

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia