Kami KEMARAU Kejuaraan Sekian Lama

Kami KEMARAU Kejuaraan Sekian Lama - Semalam tepat jam 12 malam saya off tv jap. Masa tu nightline dah berkemundang.

Boringlah.. so off lah kejap sementara menunggu citer Batman The Dark Night Rise jam 12.30 nanti.

Walaupun dah tengok banyak kali tapi memandangkan boring sangat so layanlah jugak.

Mata ni pun belum mengantuk lagi. Sementara menunggu bukak laptop jap dengan misi nak renew domain.

Dah menjadi tanggungjawab tiap-tiap tahun kena renew domain ni. Kalau nak tahu, nama domain yang saya beli ni adalah dari sempoihosting.

Bagi yang dah baca entri-entri sebelum ni maybe dorang dah tahu.

Ni dah kali ketiga saya renew nama domain. Harga domain ini sekarang dah jadi 45 ringgit. Tapi hasil yang saya dapat dari blog ni dah 4 angka.

Saya renew domain ni pun guna komisen affiliate yang saya dapat. Mulanya nak bayar guna maybank2u tapi kenapalah bank rimau ni error lah pulak tengah-tengah malam macam ni.

Jadi alternatif lain adalah guna bank sotong a.k.a cimb bank.

Saya renew domain ni sebelum tarikh expired. Kang bila dah expired karang baru nak renew takut terjejas plak kerja-kerja blogging. Tak gitu?

Banyak entri yang saya rasa nak tulis last-last hanyut macam tu je. Manusia memang macam tu kan. Itu sebab kena catat atau draf dulu kat mana-mana rupa bentuk entri tu.

Kami KEMARAU Kejuaraan Setelah Sekian Lama

Minggu ini saya asyik sibuk dengan kejohanan balapan dan padang kat sekolah sampai tak sempat nak renew domain.

Boleh katakan minggu ini adalah minggu kemuncak bagi saya selaku ketua rumah sukan.

Kena pilih betul-betul barisan atlet sebab misi memburu kejuaraan tahun ini.

Memandangkan dah lama rumah Marikh (merah) tak dapat jadi juara. Nombor tercorot sejak sekian lama.

Dah lekat badi apa saya pun tak tahu. Asyik jadi buah mulut budak-budak dan cikgu-cikgu rumah sukan yang lain.

Sampaikan budak-budak tak nak masuk acara sebab malu rumah Marikh asyik kalah je.

Jadi kena pilih betul-betul barisan atlet yang nak masuk acara. Tapi boleh pulak budak-budak ni ada yang tak datang masa saringan dan terpaksalah saya ganti dengan budak lain.

Barisan atlet yang ada memang berbakat. Mengalahkan cikgunya kalau lari. Makan apa lah budak-budak ni sampai lari berdesup. Adakah ini tanda-tanda kejuaraan?

rumah marikh muncul juara

Akhirnya seperti yang saya dah agak KEJUARAAN memang milik kami. Awal-awal lagi kami dah lead team lain dari segi kutipan mata.

Kebanyakan acara kami dapat emas walaupun acara tarik tali dan perbarisan kami dapat nombor dua. Tapi mata keseluruhan kami yang lead.

Keputusan yang dinanti-nantikan. Kamilah JUARA atau dalam bahasa yang senang rumah-rumah lain nak faham ialah kami dapat tempat first.

Melompat-lompat budak-budak bila tahu rumah Marikh juara. Mana tidaknya sebab kami KEMARAU kejuaraan setelah sekian lama.

Akhirnya saya dan guru-guru lain berjaya buang badi tu. Memang REZEKi kami. Yang penat masuk acara adalah budak-budak. Jadi kejuaraan ini adalah milik korang.

Tahniah dan syabas semua. Barulah saya boleh renew domain  dengan hati yang tenang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
July 31, 2016 12:09 AM delete

Haha..trus hilangkan badi tu..

Tahniah utk bdk2 yg sggh nk jadi juara..

Reply
avatar
August 02, 2016 7:19 PM delete

insyaAllah nanti ada kemenangan

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia