ZTE Blade V7 Lite Spesifikasi Penuh Dan Harga

ZTE Blade V7 Lite Spesifikasi Penuh Dan Harga - Kali pertama saya lihat model ZTE Blade V7 Lite ini, ia telah cukup untuk membuatkan saya jatuh hati. Ianya sebuah telefon pintar terbaru keluaran syarikat ZTE. Ianya telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 15 Mei 2016 yang lalu.


Macam biasa, setiap kali berkenan pada mana-mana telefon, saya akan mula buat pembacaan. Ada rakan-rakan blogger yang telah mengulas lebih lanjut tentang model ini antaranya blogger Hasrul Hassan. Bagi saya, telefon ini berada dalam kelas yang tersendiri dan boleh menandingi jenama-jenama yang lain. Berikut adalah ulasan berkenaan dengan spesifikasi ZTE Blade V7 Lite dan juga harganya.

ZTE Blade V7 Lite Spesifikasi Penuh Dan Harga

Ada banyak tarikan pada telefon ini dan ia mungkin menjadi telefon pilihan anak muda pada masa ini. Tambahan pula, harganya lebih murah dan lebih ekonomi dan spesifikasinya juga cukup bagus untuk sebuah telefon pintar buatan china yang rekabentuknya dihasilkan di Munich, German.

Harga yang ditawarkan pula adalah RM669 (RM499 di Lazada). Harga ini telah diumumkan secara rasminya di Plaza Low Yat. Pada perkiraan saya harganya cukup berbaloi dan memiliki ciri-ciri premium setanding dengan telefon jenama lain berharga lebih RM1000 ke atas.

ZTE Blade V7 Lite memang ringan (135 gram) dan nipis, hanya 7.9mm dari sudut ketebalannya. Rekabentuk premium telefon ini yang dirangkakan menggunakan aloi aluminium telah dihasilkan di Munich, German. Ia tidak berbucu dan selesa dipegang di tapak tangan.

Spesifikasi Terbaik Dengan Harga




Berikut adalah spesifikasi dalaman yang ada pada ZTE Blade V7 Lite:

  1. Pemproses Quad-Core 2GB RAM dengan memori 16GB ROM; memadai untuk multi-tasking sebuah telefon pintar.
  2. Menggunakan Android 6.0 - Marshmallow sebagai pengantara antaramuka yang dipercayai lebih lancar dan lebih pantas.
  3. 4G LTE dual standby untuk mereka yang mahu asingkan fungsi kerjaya dan peribadi.
  4. Bateri 2500mAh yang berupaya memberikan tempoh kuasa yang lama.
  5. Kamera depan 13MP dan kamera belakang 8MP untuk ambilan gambar yang beresolusi tinggi, disertakan dengan flash depan belakang untuk pencahayaan terbaik untuk mengambil gambar waktu malam.
  6. Kamera dengan fungsi face detection untuk gambar selfie yang sempurna.
  7. Mempunyai slot untuk memori tambahan sehingga 32GB (Micro SD).
  8. Fungsi pelbagai untuk fingerprint sensor yang terletak pada bahagian belakang telefon.

Fungi Pro Mode dan Auto Mode Ketika Mengambil Gambar



Fungsi ambil gambar dan kelebihan pada kamera ZTE Blade V7 Lite sangat menarik perhatian saya. Ia mempunyai dua mode khas untuk mengambil gambar terbaik, iaitu Pro Mode dan Auto Mode. Jadi, andai saya mahu dapatkan gambar hebat yang persis dari seorang jurugambar profesional, saya boleh menggunakan fungsi ambilan gambar Pro Mode.

Yang agak menarik ialah fungsi mengambil gambar secara Auto Mode menggunakan suara dan juga smile detection. Malah, ia juga berupaya mengambil gambar secara automatik jika kita menunjukkan V-gesture. Maka, ia sangat memudahkan untuk mendapatkan gambar terbaik terutama ketika berselfie.


Fungsi Fingerprint Sensor

Selain tarikan utama harga bajet dan fungsi kamera yang hebat, ada satu kelebihan premium yang ada pada ZTE Blade V7 Lite ini iaitu fungsi fingerprint sensor. Ia memberikan anda kelebihan dari sudut keselamatan data dan akses peranti serta aplikasi. Yang menariknya ialah, anda boleh menggunakan kelima-lima jari anda untuk mengakses fungsi aplikasi berbeza yang ada di dalam telefon ini.

Ia satu kelebihan untuk mereka yang mahukan akses pantas tetapi pada masa yang sama menyekat daripada disalahguna oleh orang lain.

Untuk makluman anda, handphone ini juga telah ditawarkan pada harga RM499 di Lazada. Harga ini adalah harga diskaun yang jauh lebih murah daripada harga asal iaitu RM669. Anda boleh lihat sendiri di laman web lazada : ZTE Blade V7 Lite (RM499)


Ok, itu sahaja sedikit sebanyak yang dapat saya sampaikan. Saya yakin handphone ini mampu memikat hati mana-mana pengguna telefon pintar di luar sana.


Sumber :

Ulasan penuh : Hasrul Hassan
Web Rasmi : ZTE Blade V7 Lite
Facebook : ZTE Malaysia



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
June 20, 2016 5:40 PM delete

murah gak tu. kalau ada rezeki bolehlah beli

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia