Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih - Jam dah pakul 1.20 minit pagi dan mata masih belum mengantuk. Anak isteri dah nyenyak tidur tapi saya masih gagahkan mata untuk menulis entri ini bertemankan secawan teh tarik dan biskut cap ping pong.

Masih berpeluh badan ini sebab baru lepas angkut tong gas. Nasib baik gas habis sebaik sahaja isteri siap masak sediakan juadah berbuka petang tadi.

Sempat siapkan lauk pertama dan kedua untuk berbuka. Kalau tak makan apa yang ada. Syukur Allah sentiasa membantu. Tapi nak tak nak malam ni jugak kena tukar tong gas memandangkan esok nak sahur isteri nak masak yang sedap-sedap macam biasa.

Nak Seribu Daya Tak Nak Seribu Dalih

Takkan lah malam-malam macam ni saya nak suruh isteri pegi beli gas. Dah jadi tanggungjawab, apa guna tenaga kelakian ini. Dan tugas tukar gas sebelum ni, hari ini dan akan datang saya yang kena pikul dengan bangganya.

Tapi kali ni brader yang hantar gas patah tangannya, brader-brader kedai lain saya dah contact tapi takde respon. Entah ada ke tidak gasnya. Nak tak nak abam yang patah tangan tu jugaklah.

Memandangkan brader tu patah tangannya, kalau nak jugak gas dia dah bagitau awal-awal dia tak dapat hantar. Kena ambil sendiri. Akhirnya saya gagahkan jua walaupun tadi jam dah hampir 11 malam. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

hendak seribu daya tak nak seribu dalih

Maka dengan tak semena-menanya...pinjam je troli gas beliau untuk angkut gas. Sape yang pandang saya masa tolak troli tadi tu mesti dorang pikir saya ni jual gas. Tengah hantar gas kat pelanggan lah kononnya.

Tapi dah tak ada pilihan. Esok bini nak masak sahur. Petang esok nak siapkan juadah berbuka. Tak kan nak masak rumah jiran.. :-)

Berpeluh jugak badan ni angkut gas dari blok sebelah sana tu. Mujur ada troli beliau. Kalau tidak...takkan lah nak pikul gas 14 Kg tu. Kalau dekat tak pe lah kan.

PS : Lama tak update blog, rindu nak menulis tapi tak ada idea. Selamat malam...mudah-mudahan lebih banyak idea akan muncul di hari-hari akan datang.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia