Allah Sentiasa Membantu? Dont Be Sad.

Allah Sentiasa Membantu? Dont Be Sad - Dua minggu yang lepas saya bercuti kat kampung. Tambah pulak cuti sekolah dua minggu apa lagi balik kampung lah kan. Saya ni pantang ada cuti terus balik kampung.

Dapatlah menyambut puasa kat kampung memandangkan time cuti sekolah tu lah bermulanya puasa. Dah lama tak merasa menyambut puasa di kampung.

Dari zaman belajar sampailah ke zaman kerja memang susah nak dapat peluang menyambut puasa di kampung. Bertuahlah sape yang tiap-tiap tahun dapat menyambut puasa di kampung.

Dapatlah saya menyambut puasa di rumah orang tua. Nikmat tak terkata dapat makan masakan ibu yang memang dah sedia maklum masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia. Setuju kan?

Kita sebagai hamba akan sentiasa di uji. Tambahan pula dalam bulan puasa macam ni macam-macam ujian yang datang dari pelbagai penjuru.

Tapi kena ingat "Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga semata-mata".

Allah Sentiasa Membantu? Dont Be Sad

Ujian Allah SWT sentiasa hadir dan bantuan dari-Nya juga akan sentiasa hadir.

"Allah sentiasa membantu. Janganlah bersedih.."

Dalam kenikmatan menyambut ramadhan, kereta pulak buat hal. Tapi takdelah rosak ke ape. Cuma battery dah weak.

Nasib baik kereta buat hal masa kat kampung sebelum gerak balik KL. Esok lepas sahur plan nak bertolak balik. Bayangkan mase tu baru tahu kete tak boleh nak start. Tak pun masa dalam perjalanan. Bukan ke kelam kabut dan lagi susah.

Syukur Allah Sentiasa Membantu. Dia gerakkan hati saya untuk guna kete petang tu sebelum bertolak balik KL keesokan harinya.

Saya ajak wife berkali-kali ke bazar. Dia tak nak pada awalnya tapi saya rase macam nak keluar je petang tu. Allah dah gerakkan hati saya.

Kalau tak keluar petang tu mungkin saya tak tahu battery kete dah weak. Tak boleh nak start. Dengan pastinya tu masalah battery.

allah sentiasa membantu
Sumber foto : Muslim Nusantara

Syukur ada lagi kedai battery yang buka memandangkan jam dah 5.30 petang. Bulan-bulan puasa biasanya kedai tutup lebih awal. Tapi Alhamdulillah ada kedai yang masih buka.

Syukur ada kawan yang tolong bawa pegi kedai beli battery. Alhamdulillah kete dah ok macam biasa dan perjalanan balik KL selamat.

..

..

Minggu depan balik lagi cuti raya, yang berlegar-legar dalam kepala saya sekarang adalah JEM. Nak-nak bila nak balik KL pas raya nanti.

Nasiblah badan...apa yang lebih penting perjalanan selamat.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia