Komisen Affiliate Klikjer 51-55

Dah masuk bulan mei, sebelum bulan jun julai ogos dan bulan-bulan seterusnya muncul lebih baik saya update komisen yang terhasil sebelum ni.

Dah jadi entri tertunggak plak dah bila plan nak update komisen asyik kena postpone dek kekangan waktu.

Komisen Affiliate Klikjer 51-55

Adehh..penat betul dengan tugas hakiki ni. Dalam kesibukan dengan kerja ada gak komisen klikjer yang terhasil.

Serius, memang terasa kesibukan tu dan nasib baik sukan peringkat PPD tahun ini terpaksa ditangguhkan.

Awalnya saya dah pergi taklimat kepegawaian tu dan dah tertulis nama tahun ini kena jadi hakim pelepas untuk acara balapan.

Confirm lah kena berjemur tengah panas. Bini dah pesan awal-awal, abang tahun ni kena pakai "Cap" kalau tidak muka hangus terbakar macam tahun lepas.

Terasa kasih sayang dari seorang isteri bila dengar ayat macam tu. :-)

cat and cap

Rasa macam ajaib plak bila sukan terpaksa dibatalkan disebabkan fenomena El-nino yang tengah melanda sekarang ini. Mulanya ditangguhkan dan akhirnya terpaksa dibatalkan.

Dan..sukan peringkat sekolah juga terpaksa ditangguhkan. Nasiblah tahun ni kena jadi guru ketua rumah sukan.

Tu tak masuk lagi kerja sebagai guru tingkatan dan kerja-kerja lain.

Dan tahun ini dengan meriah sekali nama kena petik lagi untuk jadi pengerusi majlis seperti tahun-tahun yang lepas.

Hakikatnya, kerja guru zaman sekarang ni memang mencabar. Tu tak termasuk tugas kat kelas lagi dengan karenah pelajar yang segala bagai.

Memang tak terluah dengan kata-kata.

..

..

Dan sepanjang kesibukan tu juga ada beberapa ebook terbaru telah diterbitkan di klikjer.

Sejak tahun lepas lagi makin banyak ebook yang berjaya diterbitkan di klikjer. Tahniah owner klikjer Mohd Suhaimy dan juga penulis.

Sepanjang kesibukan tu jugak ada beberapa komisen yang terhasil. Alhamdulillah rezeki hasil kerja keras sebelum ni. Itulah peri pentingnya belajar buat duit blog macam ni : Buat Duit Blog

komisen klikjer azzahairi februari mac april

Dek kerana kesibukan tu jugak nama asyik tenggelam timbul sebagai top affiliate. Tapi tak pelah bagi can kat kawan-kawan yang lain. Target saya nak ada sales tiap-tiap bulan tu yang lebih penting. Ni senarai top 10 bulan mac yang lalu.

azzahairi top affiliate klikjer

Ok, itu saja untuk kali ini. Berjaya jugak siapkan entri ini walaupun mata dah mengantuk. Bagi yang nak belajar buat duit dengan blog boleh lah belajar kat sini : Ebook Buat Duit Blog



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia