Cara Bayar Hutang PTPTN Tanpa Guna Duit Gaji

Cara Bayar Hutang PTPTN Tanpa Guna Duit Gaji - Baru dua minggu lepas saya uruskan bayaran tunggakan ptptn. Jangan main-main dengan ptptn sekarang ni. Yang ada tunggakan, bayar bulanan tak konsisten atau tak pernah bayar langsung confirm akan dimasukkan dalam rekod CCRIS. Kalau nak tahu nama anda tersenarai ke tak boleh ke bank negara. Kat sana anda boleh print out rekod CCRIS anda.

cari duit bayar hutang ptptn
Sumber : http://rotikaya.com

Nasihat saya lebih baik bayar je ptptn ni jangan duk tangguh-tangguh lagi. Andai kata anda nak buat loan ke ape, nak beli kete atau beli rumah takut tak lepas sebab nama dah kena blacklist ptptn. Dari segi bayaran bulanan, andai kata anda mahu kurangkan jumlah bayaran bulanan, cuba anda berunding dengan pihak PTPTN. Bagitau mereka apa masalah mereka supaya bayaran bulanan yang anda perlu buat setiap bulan dapat dikurangkan.

Cara Bayar Hutang PTPTN Tanpa Guna Duit Gaji

Macam mana pula kalau nak bayar ptptn tapi tak nak guna duit gaji? Misalnya anda nak cari duit sampingan untuk buat bayaran pinjaman ptptn. Dapat lepas bayaran bulanan pun jadilah. Tapi kalau dapat banyak tu lagi bagus boleh cepat-cepat setel hutang ptptn.

Saya ada beberapa cara kalau anda nak cari duit lebih atau kerja sambilan kalau anda betul-betul tekad nak dapatkan duit untuk bayar ptptn. Baca sampai habis entri ini ya dan pilih cara mana yang anda rasa sesuai. Saya tak mahir teknik manipulasi ASB untuk bayar PTPTN tapi kalau anda nak belajar boleh rujuk video brader ini : ASB Genius

1. Bayar PTPTN dengan Bisnes Affiliate

Bisnes affiliate antara bisnes yang femes sekarang ini. Dah ramai yang berjaya menjana income ribuan ringgit dengan bisnes affiliate. Tiada bayaran pendaftaran yang dikenakan. Tugas anda cuma promote sahaja link produk dan terima komisen jika ada jualan terhasil. Kat malaysia ini ada banyak program affiliate yang femes antaranya :


Boleh pilih mana-mana yang kat atas tu. Ini beberapa contoh komisen yang saya pernah terima daripada Klikjer, Ashadee, dan banyak lagi program affiliate yang lain. Rujuk bukti-bukti komisen affiliate saya disini.

Macam mana saya hasilkan komisen macam ni. Ok saya tak nak rahsiakan dari anda. Saya banyak promosikan produk-produk ini melalui blog. Tapi kenalah usaha ya. Untuk memudahkan anda, saya galakkan anda belajar melalui panduan ini : Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Niat kena betul erk, "Untuk nak bayar hutang PTPTN malah apa-apa hutang yang ada". InshaAllah dipermudahkan.

2. Bayar PTPTN dengan Dropship

Dropship atau jadi orang tengah. Anda pilih program dropship untuk mana-mana produk dan promosi. Anda terima bayaran dari pelanggan dan anda buat bayaran dan tempahan daripada penjual. Tugas anda cuma promosi, terima bayaran dan uruskan tempahan. Macam tulah konsep dropship. Kena bincang dengan pembekal atau penjual terutama sekali berkaitan keuntungan anda bagi setiap jualan.

Kat bawah ini pula adalah teknik dropship produk fizikal ke pasaran antarabangsa. Mesti anda pelik kenapa income dalam USD. Ok, sebabnya anda jual produk ke pasaran antarabangsa. Market lebih besar dan potential buyers juga lebih luas. Bayangkan anda dapat income USD macam kat bawah ini. Bukan ke dah membantu untuk bayar pinjaman ptptn.

buat duit usd shopievo


Ok, teknik dropship USD ini sebenarnya diajarkan oleh Wazeen Azizan. Anda boleh belajar daripada kursus beliau kat sini. Ilmu yang diajarkan adalah berdasarkan pengalaman beliau. Anda jangan ragu-ragu sebab ini bukan program buat duit mengarut atau sebagainya. Apa kata anda tonton video oleh Wazeen Azizan. Dengar apa beliau nak sampaikan. "Tonton Sekarang"

Kursus ini adalah kursus berbayar tapi saya ada sediakan "Kupon Diskaun" untuk anda. Kupon ini saya tawarkan dalam unit yang TERHAD. Siapa cepat dia dapat. Boleh hubungi saya di ruangan "Contact" atau mesej saya di facebook (facebook saya) untuk dapatkannya.

3. Bayar PTPTN dengan Bekerja Dirumah

Ini cara yang keempat, khusus untuk yang komited nak buat kerja dari rumah. Bukan jual produk atau sebagainya. Anda terima job, siapkannya dan hantar kepada majikan. Anda akan dibayar dalam USD dan ada juga dalam Ringgit Malaysia.

Caranya macam ni :
  1. Daftarkan diri dalam Portal Jobdirumah --> Link pendaftaran
  2. Bila dah daftar, anda akan terima panduan bertulis dan video panduan kerja jobdirumah. Tengok sampai faham.
  3. Setiap hari anda akan terima email kerja kosong dari pihak Jobdirumah. Pilih kerja yang anda rasa boleh buat dan mohon kerja tersebut.
  4. Bila dah dapat kerja anda cuba buat sebaiknya. Jika kerja anda bagus, besar harapan mereka akan cari anda lagi untuk kerja seterusnya.
  5. Bila dah siap kerja, anda boleh hantar dan terima bayaran.
  6. Untuk kerja-kerja seterusnya, anda ulang langkah 3-5.

Dah dapat hasil daripada ketiga-tiga cara diatas silalah bayar hutang PTPTN dan bunganya sekali ye. Jangan tak bayar pula ye. Pilih cara yang mana yang anda nak lakukan terpulang pada anda. Saya cuma bagi cadangan pada anda.

Dapat je income terus bayar hutang PTPTN. Jangan tangguh-tangguh lagi. Kalau tak makin bertambahlah tunggakan tu. InshaAllah kalau anda ikut apa yang saya terangkan, anda boleh bayar ptptn tanpa guna duit gaji

Jangan lupa kongsikan entri ini dengan kawan-kawan ya. Tekan sahaja butang SHARE yang ada kat bawah ini. Moga ilmu ini bermanfaat untuk semua. Mudah-mudahan anda bebas dari hutang PTPTN. Jika ada sebarang soalan boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Selamat melangsaikan hutang PTPTN.  


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia