Cara Atasi Suami Curang Suami Berubah

Cara Atasi Suami Curang Suami Berubah - Suami Anda Dah Lain? Dah Tak Macam Dulu-Dulu?  Selalu Makan Hati Dengan Karenah Suami Anda Yang "Macam-Macam"? Ok, topik kali ini lebih menjurus kepada kaum wanita atau isteri yang nak mengatasi masalah suami mereka.

Antara masalah yang biasa kita dengar seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah.

Cara Atasi Suami Curang Suami Berubah


nasihat ustaz azhar suami curang

Pendek kata..cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku. Jadi entri ini ditulis untuk membincangkan sebab kenapa suami berubah sikap dan cara nak atasinya sebelum lebih parah.

Pertama sekali si isteri perlu fikir "Mengapa Suami Berubah?"

Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.

Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah dan saya pernah kupas sebelum ini [Rujuk Entri Ini]

Mengapa Suami Berubah

1. Orang Sekeliling

Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri  perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.

2. Kerjaya

Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan  kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.

3. Ekonomi & Sosial

Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.

4. Fitrah

Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.

Masihkah Ada Harapan

Berita Baiknya. Manusia itu memang boleh berubah.

Jika si suami boleh berubah kepada yang 'tidak baik!' (tunggul) . Maka, itu bermakna, si suami juga boleh berubah kepada yang 'baik' (unggul).

Apa yang penting, sebagai isteri! Anda perlulah bijak memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut.

Mengapa Isteri Yang Perlu Buat Itu Ini... Begitu Begini?

Ada juga sesetengah golongan isteri yang mempersoalkan.... "Yang bermasalah suami saya! Kenapa pula saya yang kena usaha dan buat macam-macam?"

Ini adalah satu hakikat yang pihak isteri perlu terima. Apabila si suami mula bermasalah, sememangnya pihak isterilah yang perlu berbuat sesuatu. Jika pihak isteri juga hanya berdiam diri dan mengharapkan si suami berubah dengan sendirinya.... Ia mungkin tidak akan berlaku dan berkemungkinan, ia akan menjadi lebih teruk dan lebih buruk lagi.

Masakan si suami boleh berubah jika baca buku pun dia malas, apatah lagi mahu pergi kursus, menonton rancangan kekeluargaan atau mendengar radio ceramah pun dia tidak mahu. Maklumlah, ego lelaki kan tinggi? Tidak mahunya dia nak buat perkara-perkara begitu..

Jadi, mahu atau tidak, memang andalah, pihak isteri.. yang perlu mengatur strategi dan berbuat sesuatu.

Ianya mungkin mengambil masa untuk kesedaran bertapak di hati suami, tapi secara perlahan-lahan, akan datang kemahuan untuk berubah dalam dirinya, yang mana, seterusnya akan menjadi tabiat dan berakhir sebagai seorang suami yang unggul.

Bagaimana Cara Atasi Suami Bermasalah

Jika anda sudah bersedia untuk mengambil cabaran dan tanggungjawab di dalam menjadi agen perubahan bagi suami anda yang tercinta!

Berikut adalah panduan bagaimana untuk melakukannya.

ebook suami unggul

Ianya adalah sebuah panduan di dalam bentuk  ebook (buku elektronik), yang bertajuk..... SUAMI UNGGUL !!

Di dalam panduan ini, telah disenaraikan cara untuk menangani 42 karenah suami. Antara karenah suami yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti berikut :

  • Suami Tidak Bekerja
  • Suami Pengurus Rumahtangga
  • Suami Lemah Mental
  • Suami Tak Rasional
  • Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
  • Suami Lemah Tenaga Batin
  • Suami Berjawatan Besar
  • Suami Berniaga
  • Suami Miang Keladi
  • Suami Bodo-Bodo
  • Suami Jawatan Rendah
  • Suami Hensem
  • Suami Kememer
  • Suami ‘Bisu’
  • Suami Kaki Melaram
  • Suami Simpan Perempuan
  • Suami Kaki Kelentong
  • Suami Kaki Disco/Kelab Malam
  • Suami Toleh
  • Suami Kaki Betina
  • Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
  • Suami Workaholic
  • Suami Tidak Penyayang
  • Suami Homoseksual
  • Suami Panas Baran
  • Suami Ramai Peminat
  • Suami Terlalu Tua
  • Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
  • Suami Jiwang Karat
  • Suami Pucuk Muda
  • Suami Aktif Bermasyarakat
  • Suami Kejam
  • Suami Terlalu ‘Kuat’
  • Suami Abai Mertua
  • Suami Lemah Pengamalan Agama
  • Suami Ada Anak Tiri
  • Suami Beristeri Lebih
  • Suami Kuasa Veto
  • Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
  • Suami Aktivis Politik
  • Suami Putar Alam
  • Suami Satu Sen Tak Guna

Semua jalan penyelesaian bagi setiap masalah di atas telah tersedia di dalam ebook ini. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca ebook ini dengan sabar serta ikuti saranan-saranan yang diberikan di dalamnya.

Dapatkan Ilmu Serta Jalan Menjadikan Suami Anda  Seorang Suami Yang Unggul & Hebat!

 
Ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH ianya akan dapat membantu anda mencari ikhtiar dan membuka jalan, bagaimana anda boleh mengubah suami anda, menjadi suami unggul yang anda idam-idamkan.

Usah lagi biarkan hati anda diremuk-remuk melihat karenah suami yang "macam-macam". Hentikannya sekarang dan dapatkan ebook ini segera di sini --> Ebook Suami Unggul

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca "Cara Atasi Suami Curang Suami Berubah."

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia