Bisnes Air Balang Boleh Untung Ke?

Bisnes Air Balang Boleh Untung Ke? - Persoalan macam ni biasanya akan timbul sebelum nak mula buat bisnes termasuklah bisnes air balang. Jual air biasanya sangat laris terutama sekali bila cuaca panas terik seperti yang melanda Malaysia sekarang ni.

cara mula bisnes air
Sumber : http://www.islamituindah.my

Jual air balang boleh dijalankan di pasar-pasar misalnya pasar malam dan bazar ramadhan. Ada macam-macam jenis air yang dijual. Biasa yang saya tengok paling sedikit pun ada 3 jenis air yang dijual. Bermaksud 3 balang air sahaja. Tapi betul ke boleh untung kalau jual air balang?

Bisnes Air Balang Boleh Untung Ke?

Soal untung ni kalau nak cerita bukan sahaja keluar di mulut sahaja malah kenalah buat kira-kira sket kat buku nota tu tak pun kertas. Barulah anda nampak flow dalam bisnes air balang ni. Kan lagi senang nak tengok celah mana yang untung tu dan berapakah kadar keuntungan tu.

Berdasarkan pengalaman penulis "Ebook Bisnes Air Balang"

Tahun lepas, sewaktu beliau berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan beliau mencecah lebih RM7,000.

Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan beliau diperolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Ya! 3 balang air sahaja!

Tapi Alhamdulillah... Setiap hari..  ketiga-tiga balang air beliau akan habis licin dijual!

Ianya bukanlah nasib semata-mata.... Tapi ada "STRATEGI RAHSIA"  yang beliau lakukan hasil dari pengalaman berniaga air sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


...

...


Ok, itu buktinya kalau ada yang mempertikaikan "Untung ke jual air balang"


Tapi...


Macam mana pula dengan anda? Bolehkah anda dapat untung 7K seperti beliau? Bagi saya boleh dan tak mustahil malah anda boleh dapat lebih banyak dari tu.

Mari kita amati betul-betul kenapa boleh untung macam tu sekali dengan jual air balang.

Tahu tak yang anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh, jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya    sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini...  selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Ok sekarang macam mana?

Anda dah nampak gambaran macam mana nak dapatkan untung besar dalam bisnes air balang.

Tapi sebelum anda terus mula bisnes air balang ada beberapa perkara lain yang anda kena pertimbangkan antaranya "Modal".

InshaAllah, ada masa terluang saya siapkan entri "Berapa Modal Bisnes Air Balang" dan saya akan kongsikan kepada anda.

Oh ya, kalau anda dah tak sabar nak belajar bisnes air balang, anda boleh terus belajar dari Tuan Mizan. Belajar dari beliau disini.

Kenapa beliau? Sebab beliau adalah orang yang terlibat dengan bisnes air balang sejak 2008. Jadi, beliau adalah rujukan yang tepat. Rujuk beliau disini.

Ok, jangan ketinggalan untuk mendapatkan tips bisnes air balang dari saya dengan melanggan tips percuma. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengetahui Bisnes Air Balang Boleh Untung Ke?




Jumpa lagi.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 01, 2016 8:35 AM delete

untungnya bisnes air balang ni..

Reply
avatar
May 01, 2016 11:21 PM delete

Memang boleh untung kalau kena dgn caranye :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia