Berapakah Modal Bisnes Air Balang?

Berapakah Modal Bisnes Air Balang? - Ok, entri ini merupakan kesinambungan bagi entri sebelum ini (Bisnes air balang untung ke? dan Bisnes air balang bazar ramadhan dan pasar). Baiklah, kali ini saya akan kupas tentang modal bisnes air balang. Pastinya ramai yang tertanya-tanya "Berapakah Modal Bisnes Air Balang".

Soal modal dalam sesebuah bisnes sebenarnya terpulang pada anda. Ia bergantung pada bagaimana cara anda nak jalankan bisnes tersebut.

berapa modal bisnes air balang

Bisnes air boleh memberi untuk BESAR kepada anda. Itupun kalau kena caranya. Tapi jangan risau nanti saya akan terangkan kepada anda.

Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000.  (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Berapakah Modal Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan

Dari segi keuntungan....

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Baiklah, macam mana pula dengan modal bisnes air balang?

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran.

Anda sebenarnya silap jika terus beranggapan macam ni... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Modal Bisnes Air Balang

Untuk menjalankan bisnes air anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli peralatan seperti meja lipat, kanopi dan balang air.

1.Kaki Besi Meja Lipat & Papan Lapis Meja

Ukuran standard kaki besi adalah 6 kaki panjang dan 3 kaki lebar. Harganya di antara RM50 -RM70. Atau pun anda boleh beli kaki besi meja lipat yang lebih pendek iaitu 3 kaki panjang dan 3 kaki lebar jika hanya memerlukan meja yang kecil. Harganya pula lebih murah iaitu di antara RM25 - RM35.

Manakala papan lapis meja dijual dengan harga RM15 sekeping. Kelebihan membeli meja sebegini ialah ianya fleksibel, mudah dilipat, ringan dan boleh dimuatkan dalam kenderaan walau sekecil kereta kancil atau Viva. Memasangnya pun sangat mudah.

2. Kanopi

Kenapa kanopi? Tak boleh ke guna payung?

Bukan tak boleh tapi saya tak galakkan. Payung kurang stabil terutama sekali bila hujan lebat atau ribut. Jadi kalau anda ada bajet lebih saya sarankan anda beli Kanopi.

Beli kanopi jika anda ada bajet extravaganza. Kebanyakan peniaga pada masa kini sama ada di pasar malam atau pun bazar ramadhan menggunakan kanopi ketika berniaga. Nampak lebih cantik dan stabil. Harganya tak mahal..masih mampu dibeli.

Kanopi pula ada beberapa saiz antaranya :

Kanopi bersaiz 8 X 8 kaki

Harganya RM150. Sesuai untuk peniaga yang tak banyak barang jualan. Kanopi ini muat dimasukkan ke dalam kereta kancil atau viva.

Kanopi bersaiz 10 X 10

Harganya di antara RM190- RM250. Bezanya adalah kanopi yang lebih mahal, kainnya (bumbung kanopi)  lebih tebal dan tiang besi lebih kuat, tidak mudah patah dan berkualiti.  Kain kanopi jenis ‘MUTU' lebih tahan lama dan tidak mudah terkoyak.

3. Balang Air

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250.

Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

..

..

Ok, seperti yang saya terangkan awal-awal lagi. Bisnes air boleh memberikan keuntungan lumayan kepada anda. Itupun kalau kena caranya. Antara aspek yang perlu anda ketahui adalah berkenaan dengan modal supaya anda tak rugi. Apa yang saya terangkan cuma panduan ringkas untuk anda. Untuk mendapatkan panduan penuh, anda bolehlah baca ebook "Bisnes Air Balang".

Sebelum terlupa, dalam ebook bisnes air balang juga ada diceritakan kat mana anda nak beli kelengkapan tu semua. Siap dengan nama dan alamat kedai lagi. Selain tu anda juga perlu tahu macam mana nak mohon tapak bazar, tips memilih lokasi "Hot Demand" dan juga resepi buat jus air memikat pelanggan. Semua tu tak sempat saya nak ceritakan kat sini. Terpulang pada anda sebelum laman web "Ebook Bisnes Air Balang DITUTUP" lebih baik anda baca segera.


Akhir kata, terima kasih sudi membaca entri "Berapakah Modal Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan".


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
May 09, 2016 7:18 AM delete

boleh katakan kecil jer modal bisnes air balang..

Reply
avatar
May 14, 2016 11:17 AM delete

ye jie..terpulang sebenarnya..kena buat perkiraan yang bijak :-)

Reply
avatar
May 15, 2016 3:33 AM delete

wow! tip top gak pulangan dia. kalau manage betul2 setiap income yang masuk tu, memang tak mustahil boleh beli rumah bungalow

Reply
avatar
May 16, 2016 9:05 AM delete

ya, yang penting kena manage betul dan mindset pun kena betul.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia