10 Tips Mencari Calon Suami Yang Baik

Nota Editor : Artikel ini saya ambil daripada blog Ustaz Nor Amin. Dengan keizinan, saya kongsikan semula di ruangan ini untuk panduan kita semua. Semoga bermanfaat.

10 Tips Mencari Calon Suami Yang Baik - Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti, itulah sedikit dari lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri di bawah.

10 Tips Mencari Calon Suami Yang Baik


ciri suami soleh
 Sumber : http://kedaibaru.com

1. Kuat Agamanya

Biar sibuk macam mana sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3. Tegas Mempertahankan Maruah

Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4. Amanah

Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6. Tidak Liar Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7. Terbatas Pergaulan

Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8. Rakan Pergaulannya

Rakan-rakan pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9. Bertanggungjawab

Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapanya dan ahli keluarganya. Jika ibu bapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10. Tenang Wajah

Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
 

Wanita Seharusnya Berlumba-Lumba Mencari Lelaki Beriman

… kalau boleh, biarlah bukan ‘work hard’ semberono tanpa ilmu.

Ya, jika lambat menangguh pembinaan ‘masjid’ dan tidak berhemah dalam mencari jodoh!. Kelak akan memakan diri wanita itu sendiri. Dalam mengejar jodoh, tidak boleh semberono. Mesti dengan ilmu dan amal. Kelak, proses mencari jodoh akan kelihatan banyak bermasalah, banyak lompang bermasalah di kemudian hari dan ianya hanya akan menjauhkan diri anda sendiri dari lelaki selayaknya.

Memang benar akan dakwaan bahawa TUHAN tidak akan menzalimi hamba-NYA yang bertaqwa dalam mencari jodoh sekufu imannya. Namun janganlah pula kita para wanita Muslimah pula yang menzalimi diri dengan menyorok di belakang tiang dan bersembunyi di balik dinding rumah tanpa usaha, sehingga sukarnya lelaki mengenali si gadis.

… dan janganlah pula seorang wanita itu terlalu mencari dengan bertanya kepada setiap lelaki yang dikenali ~ sehingga mereka berasa rimas dan tidak berminat dengan anda.  Menolak bulat-bulat!

Mencari jodoh perlu patuhi terma dan syaratnya. Antara yang terpentingnya adalah adab …

Dapatkan Ilmu, Motivasi & Teknik Memikat Terkini Demi Mendapatkan Jejaka Idaman Hati

 
 
Mari Saya Senaraikan Apa Yang Saya Kongsikan Di Dalam Ebook ‘Si Hensem’ Ini

  • Bab 1 : Mengapa Mereka Dapat, Aku Tidak.
  • Bab 2 : Persediaan Memikat Untuk Dapat.
  • Bab 3 : Siapakah Diriku Ini
  • Bab 4 : Menguasai Psikologi Lelaki
  • Bab 5 : 7 Titik Kelemahan Lelaki
  • Bab 6 : Mengalirkan Arus Minda Kepada Si Dia
  • Bab 7 : Imaginasi Cemerlang Untuk Memikat
  • Bab 8 : Petua Menawan di Mata Orang
  • Bab 9 : Mari Test Serasi atau Tidak.
  • Bab 10 : Selingkar Kisah Cinta Gelap.
  • Bab 11 : Pikatlah, Jangan Sekadar ______.
  • Bab 12 : Bangkitkan Cantik Anda.
  • Bab 13 : Biasalah Perigi Mencari Timba.
  • Bab 14 : Jangan Sampai Terlampau.
  • Bab 15 : Contoh-Contoh Ayat Memikat.
  • Bab 16 : Memikat Sebelum Terlekat.
  • Bab 17 : Apakah Dia Jodoh Kita.

Dapatkan Ilmu, Motivasi & Teknik Memikat Demi Mendapatkan Jejaka Idaman Hati : Dapatkan Ebook Disini


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia