Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 - Saya dikhabarkan bahawa pihak SPA telah mengumumkan tarikh Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan diadakan pada 15 April 2016. Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak SPA, peperiksaan online akan diadakan pada jam 8 malam hingga 10.25 minit malam.

Adakah anda pernah memohon jawatan ini? Adakah anda juga Calon Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41? Saya sarankan anda buat semakan di pautan ini : http://e-semakan.spa.gov.my.

Saya tak mahu anda tercicir dalam Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 15 April ini.

Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sebenarnya sudah agak lama pihak SPA tidak membuka ambilan untuk Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41. Kali terakhir Exam Pegawai Teknologi Maklumat diadakan adalah pada tahun 2014 dan tiada exam pada tahun 2015.

exam-online-peperiksaan-pegawai-teknologi-maklumat
 
Dan tahun ini, pada 15 April 2016 pihak SPA akan mengadakan Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk calon yang terlibat. Saya doakan nama anda juga tersenarai dan tidak terlepas untuk menghadiri peperiksaan itu nanti.

Tahukah anda bahawa Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini melibatkan 3 seksyen iaitu Pengetahuan Am, Daya Penyelesaian Masalah dan juga Psikometrik. Adakah anda sudah bersedia.

Berikut adalah huraian lengkap berkenaan ketiga-tiga Seksyen tersebut.

Pecahan Seksyen Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 Terkini 2016

1. Pengetahuan AM

Terdapat 50 soalan aneka pilihan yang akan ditanya merangkumi topik ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.  Anda diberi masa untuk menjawab dalam masa 40 minit. Antara maklumat yang perlu anda tahu sebagai persediaan untuk menjawab soalan dalam seksyen ini ialah program-program yang dijalankan oleh kerajaan pada masa sekarang seperti GTP, ETP dan pelbagai program transformasi yang telah dilaksanakan.

Jangan risau, anda boleh dapatkan nota ringkas yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Nota tersebut sudah pasti dapat memudahkan kerja anda daripada terpaksa mencari banyak rujukan dan buat persediaan sendiri. Sudah pasti akan membuang banyak masa. Jimatkan masa anda dan buat persediaan sekarang.  Klik Di Sini jika berminat untuk mendapatkannya.

2. Daya Penyelesaian Masalah

Terdapat 40 soalan yang perlu dijawab dalam seksyen ini dalam tempoh masa masa 45 minit. Anda akan diuji dengan soalan kemahiran logik, menterjemah data dan kemahiran matematik serta IT. Jadi perlu ingat kembali kemahiran dan pengetahuan IT anda kerana anda bakal menjadi bakal seorang pegawai IT yang akan menjaga infrastruktur IT negara.

3. Psikometrik

Anda jangan terkejut jika saya katakan ada Ujian Psikometrik dalam Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 kali ni. Dalam seksyen ini anda perlu menjawab lebih kurang 200 soalan dalam masa 30 minit. Dalam tempoh masa tersebut anda perlu memerah otak untuk menjawab soalan yang menguji diri dan juga minda anda. Ia sangat “tricky”, ramai calon gagal disebabkan gagal mengenalpasti kemahuan dan keperluan yang diperlukan kerajaan dalam seksyen ini.

Inilah pecahan seksyen yang bakal menguji anda pada 15 April nanti

Berdasarkan pecahan di atas, ada 3 Seksyen dalam Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat 15 April nanti. Adakah anda sudah bersedia?

Peringatan Kepada Calon Exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Saya nak ingatkan bahawa anda kena sedar bahawa anda bakal bersaing dengan ribuan calon lain untuk merebut jawatan PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapinya?

Anda mungkin tak perasan, pada tahun lalu (2015), kerajaan telah mengumumkan pembekuan ambilan perjawatan baru. Ianya diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan diikuti perlaksanaannya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ramai yang kecewa dengan pengumuman ini tetapi telah diredakan oleh Ketua Setiausaha Negara yang menjelaskan pembekuan hanya untuk pengambilan baru. Tetapi jika berlaku kekosongan dan keperluan, akan ada ambilan dilakukan.


TAHUN 2016 pintu dibuka, tetapi kita tak tahu sampai bila. Apa yang paling penting, anda dapat peluang 15 APRIL ini untuk masuk ke kerjaya kerajaan.

Anggap anda bertuah dan tinggal satu langkah sahaja lagi. Jadi apa persediaan anda? Sudahkan anda mula membuat persiapan dengan melihat format soalan dan contoh-contoh soalan peperiksaan online pegawai teknologi maklumat?

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 2016 

rujukan-peperiksaan-online-pegawai-teknologi-maklumat

Saya serius supaya anda lulus dalam peperiksaan online pegawai teknologi maklumat F41 nanti. Jadi saya nak bocorkan kepada anda : Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Dan anda sangat bertuah kerana pakej ini mengandungi :

1. 87++ Nota Ringkas

Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Kami ada pengalaman dan kami tahu bahagian mana yang anda perlu fokus!

2. 270++ Contoh Soalan

Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal. Eh tahun ini tiada contoh soalan oleh pihak SPA kan?

3.  Maklumat Jawatan

Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan Pegwai Teknologi Maklumat F41 ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini!

4. Penerangan Format

Percaya kepada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Tak perlu terkejut, kami berikan gambaran sebenar!

5. Pecahan Seksyen

Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan!

6. Tip Sulit Sukses

Untuk setiap seksyen ada jerat dan trick yang sengaja diadakan. Tujuannya hanya satu, menyingkirkan calon yang ramai! Ada beberapa maklumat penting yang bakal menjadi senjata untuk anda selamat dari perangkap ini. Rahsia ini untuk anda sahaja :)

Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat adalah dalam bentuk ebook berformat PDF yang anda boleh baca melalui laptop, smartphone mahupun tablet.

Jika anda seorang yang serius dan bercita-cita besar untuk lulus dalam peperiksaan online pegawai teknologi maklumat F41 anda bolehlah ke laman web berikut dengan kadar segera kerana akses telah pun dibuka :

[+] Link Akses Pakej Rujukan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Layari link atau pautan di atas. Rujukan ini akan diberikan melalui email dan anda boleh download secepat mungkin.

Demikian sahaja untuk info berkenaan Panduan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang akan diadakan pada 15 April ini. Anda perlulah membuat rujukan dan melihat format dan juga contoh-contoh soalan sebagai persediaan jika anda mahu lulus dalam exam online itu nanti.

[+] Baca artikel ini juga : Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41.

Selamat maju jaya saya ucapkan :-)


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia