Buat Duit USD Dengan Dropship

Buat Duit USD Dengan Dropship - Rasanya saya dah tak perlu nak terangkan apa itu bisnes dropship dengan panjang lebar. Saya kira anda dah tahu macam mana nak buat bisnes tanpa produk sendiri ini. Pasti anda tertanya-tanya boleh ke nak buat duit usd dengan dropship?

Jawapan saya, dah tentu boleh asalkan anda tahu caranya. Kali ini saya nak tunjukkan kepada anda macam mana nak jual produk fizikal secara online di pasaran antarabangsa. Dan yang menariknya income anda dalam USD macam gambar kat bawah ni.

buat duit usd dengan dropship antarabangsa

Ok, gambar di atas adalah hasil daripada teknik yang terbukti berkesan macam mana anda nak hasilkan website e-commerce untuk jual produk ke pasaran antarabangsa.

Buat Duit USD Dengan Dropship

Tahu tak anda majoriti usahawan yang menjual produk fizikal di negara kita masih lagi menggunakan kaedah lama yang sangat-sangat menyusahkan dan melambatkan proses urusan jual beli antara peniaga dan juga pembeli. Apa yang saya maksudkan dengan kaedah lama tu? Pernah anda tengok seperti gambar ni?

buat duit usd dengan dropship

Solusinya...

Anda perlu menjual produk fizikal melalui platform e-commerce di pasaran antarabangsa.

Kenapa E-commerce?

Cuba anda bayangkan, jika suatu hari anda dapat 500 komen yang suruh PM mereka berkenaan dengan produk yang anda iklankan di Facebook.

Sanggup tak anda nak PM kesemua 500 orang prospek tu yang belum tentu akan buat pembayaran untuk produk anda?

Bukan setakat tu je, anda perlulah sentiasa follow up mereka setiap hari sampailah mereka rasa “menyampah”.

Kadang-kadang mereka akan ganggu waktu tidur anda sebab mereka boleh SMS atau Whatsapp bila-bila masa sahaja tanpa pedulikan hak privacy anda.

Tapi sedar tak sedar, anda telah banyak bazirkan masa anda atau staff anda untuk berbuat demikian sedangkan masa yang ada sepatutnya boleh buat aktiviti lain yang boleh mendatangkan keuntungan lebih lagi.

Tambah-tambah lagi jika anda ni jenis tak pandai nak buat ‘ayat jampi’ atau dalam kata lain copywriting untuk close sale, anda kena terima yang bisnes anda dalam bahaya!

Sebab itulah anda perlu pilih E-commerce atau E-dagang sebagai platform untuk anda jual produk fizikal kat mat saleh di luar sana.

Kalau anda tak tau apa itu platform e-commerce, anda boleh gambarkan website Zalora, Lazada, Amazon dan lain-lain yang mempunyai transaksi secara online.

E-commerce dapat menjimatkan masa anda. Anda tak perlu terer pun tentang ayat-ayat nak close sale.

Buat Duit USD Dengan Shopify

Ok, anda nak tahu apa itu Shopify?

buat duit usd dengan dropship

Shopify adalah merupakan platfrom e-commerce yang semakin popular sekarang. Ini adalah disebabkan ianya dicipta untuk lebih fokus dan mesra pengguna. Malah, ia mudah buat mereka yang pertama kali mahu membangunkan sebuah laman e-commerce sendiri. Shopify tidak memerlukan kemahiran programming yang tinggi.

Cuba anda gambarkan website Lazada, Trivago dan Amazon? Itulah gambaran bentuk website e-commerce. Anda tak perlu sakit kepala melayan pelanggan yang mintak pm setiap masa. Inilah salah satu kelebihan website e-commerce.

Panduan Buat Duit Shopify Dengan Shopievo

Shopievo merupakan online course pertama di Malaysia yang membongkarkan sistem dan strategi langkah demi langkah yang telah bantu kami hasilkan jualan sebanyak RM413,600 atau $94,000 USD dengan dropship produk fizikal di pasaran antarabangsa dengan menggunakan platform e-commerce Shopify.

buat duit usd shopievo

Shopievo ialah sebuah panduan lengkap berbentuk video digital (tonton online atau download) dimana ia mengajar anda :
  • Bagaimana membina sebuah bisnes online Ecommerce yang stabil di market international
  • Dengan membuka kedai online E-Commerce menggunakan platform Shopify
  • Menjual barang secara Dropship (orang tengah) tanpa perlu pegang stok & pos barang
  • Marketkan produk fizikal ke market di negara US terutamanya
  • Menggunakan Facebook Ads (basic + advanced) sebagai senjata pemasaran utama

Ok, kalau anda ingin melihat sendiri kehebatan panduan Shopievo ini, anda boleh lihat sendiri di laman web ini. Anda boleh lihat bukti-bukti income USD yang terhasil dengan menggunakan teknik ini. Untuk makluman anda laman web panduan Shopievo pernah ditutup sebelum ini dan dibuka sekali lagi memandangkan masih ramai yang ingin belajar dengan teknik ini.


Jadi, ini mungkin peluang anda. Jangan lepaskan peluang anda.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
April 24, 2016 9:03 PM delete

dengarnya ramai yg dah buat duit puluh puluh ribu dengan shopify ni

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia