Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan Dan Pasar

Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan Dan Pasar - Bisnes Air Balang antara bisnes yang digemari oleh rakyat Malaysia. Bisnes air balang boleh dijalankan di bazar ramadhan, pasar malam dan juga pasar-pasar. Bisnes air balang juga boleh untung sampai 7K sebulan kalau kena caranya. Jadi, entri ini saya tulis khas untuk mereka yang nak buat bisnes dan nak cari duit lebih tapi tak tahu nak buat bisnes apa.

Bisnes Air Balang Bazar Ramadhan Dan Pasar


Sumber : mstar.com.my

Kalau anda nak buat bisnes yang agak mudah dilakukan, bermodal kecil dan mampu memberikan pulangan serta keuntungan yang lumayan, saya cadangkan anda mulakan bisnes menjual air atau bisnes air balang.


Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR. Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah. Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air). Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh..

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan. Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00... Bermakna anda sudah memperolehi RM120... Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Petikan dari : Panduan Lengkap Memulakan Bisnes Air Balang

..

..

Ok, yang tu kita cerita bab untung tapi adakah semudah yang kita fikirkan?

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM35,000!"

Mari kita tengok pula antara cabaran yang anda perlu fikirkan.

Berapakah Modal Bisnes Air Balang

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL. Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM2,250.


Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula..

 

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja.

Panduan Memulakan Bisnes Air Balang

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis berniaga air balang sejak tahun 2008. Di dalam ebook ini terdapat banyak ilmu serta tips yang beliau kongsikan.. meliputi panduan, strategi, resepi air paling laris, teknik pemasaran, pengurusan serta operasi bisnes air balang di bazar-bazar dan karnival.

panduan bisnes air balang

Ada 60 mukasurat yang padat dengan info-info real dari seorang "usahawan yang real" yang berniaga sendiri di bazar-bazar ramadhan, karnival serta pesta. Ini bukanlah "ebook teori" atau "ebook resepi oleh chef" yang hanya sekadar pandai memasak tetapi tidak pernah mempunyai pengalaman menjual dimana-mana pasar ramadhan.

Apa Yang Di Bongkarkan Dalam Ebook Ini?

Baiklah! Saya tidak mahu berselindung dengan anda... berikut adalah apa yang saya tulis dan hidangkan kepada anda menerusi ebook ini!

BAB 1 : CARA MOHON TAPAK NIAGA

Dalam bab permulaan ini, penulis akan tunjukkan anda langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan tapak niaga di bazar ramadhan atau bazar-bazar yang lain. Apa sijil yang perlu anda dapatkan sebelum membuat sebarang permohonan dan dimanakah untuk mendapatkannya?

Semuanya beliau tunjukkan dalam bab ini! Siap sekali beliau bagi dengan contoh gambar sijil & resit!

Berapa pula besar saiz tapak dan berapakah bayaran bagi setiap tapak? Juga beliau tunjukkan kos anggarannya disini!

Bab ini amat penting, terutama sekali jika anda baru pertama kali mahu berniaga di bazar. Tanpa tapak niaga... sudah pastinya tiada bisnes untuk anda.

BAB 2 : TIPS MEMILIH LOKASI BAZAR


Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan! Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga. Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa! Kenali tapak-tapak yang "hot" yang ramai pengunjung untuk anda berniaga! Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Beliau akan bongkarkan ciri-ciri tersebut di dalam bab ini!

BAB 3 : PERALATAN SERTA KELENGKAPAN

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja. Dalam bab ini beliau akan tunjukkan jenis kanopi serta jenis meja yang anda perlukan. Beliau juga turut berikan anda tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah!

BAB 4 : PERSEDIAAN & PENGURUSAN MASA BERNIAGA

Ada 5 Tips "REAL" yang beliau kongsikan dalam bab ini. Ilmu dalam bab ini, hanya "peniaga sebenar" sahaja yang tahu. Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?

 

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda!

Selain itu, saya juga turut kongsikan rahsia sebenar teknik menarik pelanggan dan bagaimanakah mahu menjadikan gerai jualan anda unik dan berbeza dari peniaga-peniaga yang lain, di dalam bab ini!
 
BAB 5 : RESEPI 8 JUS BEST SELLER

Di dalam bab ini beliau kongsikan "8 Resepi Jus Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga ada ditunjukkan.

8 Resepi Jus Buah tersebut adalah...
  • Jus Mangga
  • Jus Tembikai Susu
  • Jus Tembikai
  • Jus Carrot Susu
  • Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  • Jus Mata Kucing
  • Jus Air Jagung
  • Jus Nenas Madu

BAB 6 : RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang beliau kongsikan di dalam bab ini! Beliau akan kongsikan apakah sebab beliau meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang beliau berikan dalam bab 5 sebelum ini.

Dalam bab ini juga beliau kongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga ada dikongsikan di dalam bab ini!

BAB 7 : CASE STUDY - BAGAIMANA BELIAU JANA RM7K SEBULAN DENGAN BISNES AIR

Ini adalah bab yang paling menarik di dalam ebook ini. Di dalam bab ini, beliau akan ceritakan semua strategi serta apa yang beliau lakukan sehingga mampu mencapai keuntungan sebanyak RM7,000 dengan hanya berniaga 3 balang air di bazar ramadhan.
  • Balang air jenis apa yang beliau gunakan?
  • Air apa yang beliau jual?
  • Berapa kos serta untung menjual air tersebut?
  • Apa teknik yang beliau gunakan untuk menarik pelanggan?
  • Dimana lokasi strategik serta bagaimana beliau menyusun balang air?
  • Bagaimana beliau gandakan keuntungan sehingga 3 kali ganda?

Semuanya beliau akan bongkarkan tanpa berselindung kepada anda di dalam bab ini.

Begitu banyak ilmu serta rahsia yang beliau bongkarkan di dalam ebook ini. Saya pasti, sebaik sahaja anda selesai membaca ebook ini, anda pasti akan teruja dan tidak sabar-sabar untuk berniaga air balang. Anda sudah tidak perlu lagi susah-susah untuk buat "trial & error".

Jalan shortcut sudah tersedia untuk anda. Anda boleh ambil pengalaman beliau berniaga selama 8 tahun, hanya dalam masa beberapa jam sahaja dengan cara membaca ebook ini.

Bukankah itu cara yang lebih mudah dan bijak?

Ok tanpa berlengah lagi anda boleh baca sendiri berkenaan Ebook Panduan Bisnes Air Balang di laman web berikut : Ebook Bisnes Air Balang

Oh ye, anda boleh lihat juga apa kata mereka yang telah mendapatkan dan membaca Ebook Panduan Bisnes Air Balang di laman web tersebut.

Bagaimana pula dengan keuntungan Bisnes Air Balang? Jemput baca entri berikut : Boleh untung ke jual air balang?

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
May 01, 2016 7:37 PM delete

Nk dkt bln pose ni mmg ramai la ambik peluang bisnes air balang..

Reply
avatar
May 01, 2016 11:17 PM delete

Betul jie..puasa dah tak lama lagi..ni lah peluang untuk orang kite :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia