Berurusan Dengan Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang

Berurusan Dengan Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang - Saya tak pernah terfikir pula yang saya akan datang kat sini. Ni semua gara-gara nombor handphone dah kena block sebab lama sangat tak top up. Mana taknye sejak guna nombor umobile tu, dah jarang-jarang topup nombor celcom tu.


Tapi nombor celcom tu sangat penting. Ramai kenalan yang nak contact pun guna nombor celcom tu. Jadi susahlah sket kalau saya dah tak guna nombor tu. Macam biasalah kerja celcom ni, kalau dah lama tak topup dorang akan hantar sms lah suruh top up. Kalau tak, nombor akan ditamatkan perkhidmatan. Nak tak nak nombor tu kena renew balik tapi kena gi kat center lah jawabnya.

Urusan Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang

Mengenangkan nombor handphone tu jadi nak tak nak kena datanglah jugak kat Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang ni. Masa tu saya pergi ketika hari bekerja dan saya pergi sebelah pagi. Masa tu orang tak ramai, tapi yang tak bestnye tak ada parking yang ekat dengan Celcom Center ni.

celcom center wisma atlan

Ada je orang yang parking kat luar kawasan celcom center ni. Tapi risikolah sket parking kat bahu jalan macam tu je. Kalau nak parking kat dalam pun boleh tapi kena ambil pas masuk kat gate tu.

parking celcom center menara atlan

Memandangkan parking yang berdekatan dengan celcom center tu dah penuh, terpaksalah saya parking kat menara atlan tu. Jauh la plak nak jalan kaki ke celcom center.

Panduan Ke Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang

Kalau anda nak ke Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang, saya nasihatkan awal-awal jangan drive laju sangat takut terlepas. Sebab kedudukan Celcom Center ni boleh buatkan kita tak perasaan kewujudannya.

Sumber gambar : Ladyshahadah

Bangunan yang kat belakang tu adalah Menara Atlan. Kedudukan celcom center sebenarnya berada di tengah-tengah antara Wisma MCA dan tokong buddha.

Cara Pergi Ke Celcom Center Wisma Atlan Jalan Ampang

1. Kalau anda berada di simpang Jalan Tun Razak - Jalan Ampang dari arah Ampang menghala KLCC, anda perhatikan saja sebelah kiri. Anda akan nampak Ampang Park di sebelah kanan dan menara Citibank di sebelah kiri.

2. Sebelah menara Citibank adalah wisma MCA. Ada jejambat pejalan kaki betul-betul di depan wisma MCA. Seberang jalannya tu pulak bank of china.

3. Kalau anda dari Jalan Sultan Ismail - Jalan Ampang, anda boleh u-turn kat simpang empat Jalan Tun Razak - Jalan Ampang kat depan Ampang Park tu.


Ok, semoga membantu.

ps : nombor phone dah boleh guna macam biasa. Just bagi IC dan kena bayar 30 hinggit untuk staff tu masukkan top up melalui sistem. Kemudian tunggu beberapa jam barulah nombor boleh digunakan macam biasa.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
April 22, 2016 3:07 PM delete

saya pernah mempunyai no telefon yang lesap kerana tidak reload dalam masa yang lama

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia