Bayaran Pertama Komisen Lazada

Bayaran Pertama Komisen Lazada - Buat pertama kalinya saya terima komisen dari Lazada. Laman web yang tak asing lagi dengan istilah shopping online. Malah saya sendiri pernah beli barang di lazada.

Pagi semalam saya terima email bahawa komisen telah dikreditkan ke akaun bank. Tak terfikir pun itu bayaran komisen dari lazada. Bolehlah belanja anak bini makan ayam goreng selalu.

Bukan main lama baru dorang kreditkan komisen ni sedangkan invoice dah lama dah keluar. Mungkin ini yang pertama kali kot. Yang penting pasni dorang cepat-cepat kreditkan komisen tu.

Bayaran Pertama Komisen Lazada

Berapa sangat komisen tu?

Alahhh..bukan banyak mana pun wat penat je promosi....

...


...


...


Tak kisahlah, orang nak kata apa yang penting ini cara termudah jana pendapatan online. Nak daftar affiliate Lazada? Boleh daftar kat laman web ini.

Saya tak aktif sangat promote produk kat lazada walaupun dah lama dah daftar. Login pun jarang-jarang dan tak sangka plak ada komisen yang terhasil. Leh tengok invoice yang pihak lazada keluarkan.

contoh invoice komisen lazada

Kalau tengok tarikh invoice, ia dikeluarkan pada bulan februari lagi. Ni dah bulan april baru komisen di bayar. Tak pe, yang penting dorang bayar. Jangan tak bayar langsung sudah.

Mungkin pasni saya kena contact dorang kat bahagian support kalau komisen lambat dibayar. Dan benda ni akan jadi perkara wajib dah lepas ni kalau dorang lambat bayar lagi.

Mula-mula join affiliate lazada ni saya agak pening. Interfacenya dah cukup buatkan affiliater pening nak-nak kalau masih newbie.

Artikel Berkait :

Nak cari link untuk tiap-tiap satu produk memang boleh makan masa sket. Maksud saya nak dapatkan DIRECT link untuk satu-satu produk tu lambatlah sket.

Harap-harap, pihak lazada boleh buat penambahbaikan lagi terhadap sistem affiliate mereka ni sebab kalau interface yang mesra pengguna confirm affiliater suka promosi produk-produk kat lazada ni.

terima bayaran komisen lazada

Tak gitu?

Ok, komisen affiliate dah selamat saya terima dengan gayanya. Dah wat belanja anak bini makan ayam goreng Uncle Jack.

ps : Entah kenapa semenjak dua menjak ni saya makin suka dengan ayam goreng Uncle Jack tu.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
April 18, 2016 5:20 PM delete

best juga affiliate ni ek..tapi xpernah join mana2 affiliate

Reply
avatar
April 19, 2016 8:32 PM delete

saya ucapkan selamat, selamit, selamut, atas bayaran pertama dari Lazada sebuah website belanja online yang sungguh sangat makjleb dengan memberikan peluang mendapat bayaran bagi para blogger

Reply
avatar
April 21, 2016 7:02 AM delete

Perthh janji dapat juga komisen , itu yang penting.

Reply
avatar
April 23, 2016 10:18 PM delete

bolehlah join, pendaftaran percuma je.. :-)

Reply
avatar
April 23, 2016 10:24 PM delete

terima kasih. yup ini salah satu peluang :-)

Reply
avatar
April 23, 2016 10:34 PM delete

Memang sangat penting. Janji dapat. Kalau tak penat2 je promote.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia