5 Sebab Suami Berubah Kasih & Suami Curang

5 Sebab Suami Berubah Kasih & Suami Curang - SETELAH hampir 20 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya mahligai yang dibina atas dasar cinta sama cinta menemui kemusnahan. Bagi Musliha, dia bagaikan kehilangan kata-kata dengan perceraian yang berlaku sementelah anak-anak sudah semakin besar. Pada mulanya,  dia sukar untuk menerima hakikat namun akhirnya reda dengan ketentuan Illahi. Kata orang sudah tiada jodoh. Musliha cuba mencari kesilapan diri dan merenungi apa kekurangan dirinya hingga dibuang begitu sahaja oleh bekas suaminya.

sebab suami berubah dan curang

Apakah dia sebenarnya masih tidak mengenali dan memahami sikap sebenar suami ataupun suaminya sudah berubah kasih. Ini kerana sepanjang berkongsi hidup,  Musliha memang menyediakan keperluan suaminya dari segi zahir dan batin. Sebenarnya kecurangan pasangan ini ada kalanya berlaku tanpa kita sedari. Walaupun pada perkara remeh, namun  jika tidak dibendung pasti akan menyebabkan kemusnahan dalam rumah tangga yang dibina. Sebagai pasangan suami isteri, kita perlu tahu kenapa pasangan boleh berlaku curang dalam perhubungan itu.

5 Sebab Suami Berubah Kasih

Tidak menyediakan keperluan

Kesibukan bekerja menyebabkan kita tidak sempat untuk menyediakan keperluan harian seperti makan minumnya. Apabila pasangan asyik makan di luar pastinya dia akan bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada antaranya yang berkenan di hati. Jadi jangan salahkan suami jika dia bersikap curang di belakang anda.

Sukar beri layanan seks

Seks menjadi keutamaan dalam hidup seorang lelaki. Jadi biar penat mana sekalipun jangan sesekali menolak pelawaannya untuk melakukan seks. Lakukan dalam keadaan ekspres dan yang penting memuaskan kehendaknya. Jika anda boleh beri lebih daripada itu pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan.

Melakukannya seperti orang suruhan

Lelaki juga tidak gemar jika pasangan memarahi mereka sesuka hati ataupun di khalayak ramai. Jika ini berlaku seperti menjatuhkan maruah mereka sahaja. Jangan anda bersikap ‘queen control’ kerana lelaki tidak suka diperlakukan begitu. Mereka juga ada ego tersendiri dan hormatilah dia sebagai suami dan ketua keluarga.


Amalkan gaya hidup sosial

Ada di antara pasangan yang berkahwin mengamalkan gaya hidup sosial dengan tidak ambil peduli dengan siapa mereka berhubungan. Gaya hidup sebegini juga boleh menyebabkan pasangan curang terutamanya suami kerana isteri tidak pernah ambil peduli dengan kehidupannya. Jika anda sayangi pasangan, elakkan daripada mengamalkan gaya hidup sebegini.

Berpenampilan tidak menarik

Suami juga tidak gemar jika melihat pasangannya dalam keadaan tidak berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi jika anda hanyalah suri rumah dan menjadikan kain batik serta baju lusuh sebagai pakaian harian. Apa kata walaupun tidak bekerja, anda mengubah penampilan yang lebih menarik dan kemas. Bak kata pepatah sedap mata memandang dan mungkin juga melihat penampilan baru membuatkan dia tidak sabar untuk mengajak berhubungan intim. 


Tanda-Tanda Suami Curang

Berubah sikap menjadi panas baran

Jika selama ini dia seorang yang penyayang dan tiba-tiba berubah menjadi panas baran, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Apa sahaja yang anda lakukan salah di matanya dan kadangkala dia sengaja mencari salah anda. Berjaga-jaga dengan perubahannya ini kerana dia sebenarnya sudah benci melihat anda.

Tiba-tiba menjadi orang yang sibuk

Pasangan yang curang juga boleh dikesani apabila dia menjadi orang yang paling sibuk. Mungkin dia tidak ada masa untuk bertemu dengan anda dan hanya menggunakan pesanan ringkas sahaja. Kesibukan ini sebenarnya adalah kerana dia sedang enak melayani kehendak kekasih barunya.


Bercakap secara sembunyi

Tanda paling senang untuk mengetahui dia curang adalah apabila ada panggilan telefon. Biasanya dia akan bercakap secara sembunyi-sembunyi dan dalam nada perlahan. Ada juga yang akan bangun di tengah malam untuk bercakap dengan kekasih hatinya dan ia akan menjadi rutin harian.

Mengubah gaya penampilan

Jika selama ini pakaiannya agak selekeh dan tiba-tiba dia mengubah penampilan menjadi lebih muda dan segak. Perubahan ini disebabkan oleh kekasih hati yang mungkin lebih muda berbanding usianya. Jika anda menegurnya, dia tidak akan ambil peduli kerana sedang asyik memadu asmara.

Suami Anda Berubah? Dah tak macam dulu? Ada takut dia ada perempuan lain? Baca tips dan petua ini --> Petua Memikat Suami


Sumber Asal :

* Dipetik dari majalah Seri Dewi & Keluarga edisi April


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
April 24, 2016 8:22 AM delete

Dalam rumahtangga, memahami dan bertolak ansur adalah sangat penting. jangan menyimpan masalah anda dan cuba berbincang sebagai suami dan isteri. jangan ada rahsia antara suami dan isteri dan besikap jujur.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia