Hotel Berdekatan Pantai Bukit Keluang

Hotel Yang Boleh Anda Menginap Jika Ke Bukit Keluang - Ok, topik kali ini lebih kepada topik jalan-jalan dan percutian. Anda pernah berkunjung ke Bukit Keluang atau merancang untuk bercuti di Bukit Keluang?

Jika jawapannya "Ya"

Anda mesti baca perkongsian ini, sebab antara perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk bercuti adalah tempat penginapan.

Bercakap mengenai Bukit Keluang, pantai ini telah menjadi lokasi percutian yang menarik sejak kebelakangan ini.

pantai bukit keluang
Sumber gambar : visit-terengganu.net

Berdasarkan perkongsian gambar-gambar di laman sosial, ia telah menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung ke bukit keluang.

Hotel & Homestay Berhampiran Bukit Keluang

Jadi jika anda ingin berkunjung ke Bukit Keluang dimana anda boleh menginap? Ada beberapa Hotel dan Homestay di sekitar pantai Bukit Keluang untuk anda menginap mengikut bajet anda. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda.

Bukit Keluang Beach Resort

Hotel 3 bintang yang dilengkapi dengan restoran dan kolam renang. Hotel ini terletak di Kampung Raja iaitu 6.1 km dari Kelab Golf Desa Besut dan 20 km daripada jeti Kuala Besut dan persisiran pantai Kelantan.

bukit keluang beach resort

Turut disediakan kemudahan lain seperti kolam kanak-kanak, wifi percuma, parking dan juga lokasi perkelahan di kawasan sekitar. Bilik disediakan kemudahan seperti peti sejuk, mesin pembuat kopi, wifi, TV, dan juga bilik mandi.

IZ Budget Motel

Alamat, No 2 Tingkat 2 MDB Pasar Tani, Kuala Besut, Terengganu, 22200 Kampung Kuala Besut, Malaysia.

hotel di bukit keluang

Terletak di Kampung Kuala Besut, IZ Budget menawarkan penginapan yang sederhana dan selesa. Para tetamu yang memandu boleh menikmati tempat letak kereta secara percuma di lokasi yang berdekatan.

Bilik-bilik ini mempunyai lantai jubin, alat penghawa dingin, tuala dan linen. Para tetamu mempunyai akses sama ada ke bilik mandi berkongsi atau peribadi dengan kemudahan pancuran mandian.

Di IZ Budget ini, para tetamu boleh mendekati kakitangan untuk bantuan dengan pemindahan lapangan terbang, perkhidmatan tiket dan urusan lawatan. Aktiviti-aktiviti seperti memancing, berkanu, mendaki dan snorkeling juga boleh dianjurkan.

Tempat penginapan bebas rokok ini terletak kira-kira 78 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Anda juga dapat menikmati ganjaran PERCUMA semasa penginapan anda, seperti parking.

T 'Lodge

No. 1A, Perkedaian 2 Tingkat Merpati MDB, Stesen Bas, 22300 Kampung Kuala Besut, Malaysia.

hotel t lodge bukit keluang

T 'Lodge terletak di Tengah Pekan Kuala Besut, 5-minit berjalan kaki dari Jeti Pulau Perhentian. Ia menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24-jam dan Wi-Fi percuma di seluruh bangunan. Semua bilik mempunyai bilik mandi di dalamnya.

T'Lodge adalah 5-minit memandu dari Jeti Kuala Besut dan mengambil masa 15-minit perjalanan dari La Hotspring. Kota Bahru dan Lapangan Terbang Kelantan adalah 1-jam memandu jauhnya.

Bilik-bilik berhawa dingin dilengkapi dengan TV satelit dan peti sejuk mini. Bilik-bilik mandi en suite menyediakan bekalan air panas. Cerek elektrik disediakan di atas permintaan.

Simpanan bagasi disediakan di kaunter penerimaan tetamu.

Anda juga dapat menikmati beberapa ganjaran PERCUMA semasa penginapan anda, seperti WiFi dan parking.

Samudera Hotel


bukit keluang samudera hotel

Samudera Hotel terletak berdekatan pantai. Hanya 0.1 km dari jeti Kuala Besut dan 4.1 km dari Kelab Golf Desa Besut serta 11.8 km dari pantai Kelantan Beach. Terdapat bilik yang menyediakan kemudahan wifi, Tv satelit dan bilik mandi.

Besut Kampung Homestay

Terletak Kampung Pengkalan Nyireh, Kuala Besut, Malaysia. Besut Kampung Homestay menawarkan penginapan yang tenang dan selesa dengan ruang tempat letak kenderaan secara percuma di lokasi. Tempat penginapan layan diri ini menyediakan pemindahan percuma ke Jeti Pulau Perhentian yang terletak 3 km jauhnya dari sini.

kuala besut homestay

Mempunyai pintu masuk peribadi, rumah penginapan yang berdiri sendiri ini dilengkapi dengan alat penyaman udara, almari pakaian, meja makan dan ruang tamu dengan sofa dan TV. Peti sejuk dan cerek elektrik juga disediakan. Bilik mandi peribadi menawarkan kemudahan pancuran mandian.

Di Besut Kampung Homestay, tuan rumah boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Aktiviti-aktiviti seperti mendaki, berkanu dan berbasikal boleh diaturkan. Lawatan dan perkhidmatan pengangkutan disediakan dengan bayaran tambahan. Tempat penginapan bebas rokok ini berjarak 76 km dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

..

..

Jadi, Hotel dan Homestay manakah yang menjadi pilihan anda jika anda merancang untuk bercuti ke bukit keluang?

Anda bolehlah membuat carian dan tempahan di laman web ini untuk mendapatkan hotel dan homestay berdekatan Bukit Keluang dengan harga yang lebih rendah.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
March 08, 2016 10:35 PM delete

wow..cantiklah tempat nie..kalau ada rezeki lebih nak pergi juga nanti..

Reply
avatar
March 10, 2016 1:21 AM delete

Memang cantik, tmbh plak dah byk penambahbaikan yang di buat.

Jgn lupa mendaki bukit nanti :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia