Kerja Untuk Student Dan Fresh Graduate

Soalan : Saya seorang student dan fresh graduate, ada ke kerja-kerja yang saya boleh buat dari rumah? Dan macam mana bentuk kerja yang saya boleh buat dan bagaimana pula bayarannya.

Bismillah, 3 soalan dalam satu soalan di atas. Soalan di atas mungkin bermain-main di fikiran pelajar lepasan ipt mahupun ipts. Mereka ni fresh graduate tapi tercari-cari kerja sambilan yang mereka boleh buat secara part time.

Entri ini tidak khusus kepada fresh graduate sahaja dan sebaliknya jika anda seorang pelajar yang masih belajar yang ingin tambahkan duit poket saya kira anda wajib baca perkongsian ini.

Kerja Untuk Student Dan Fresh Graduate

kerja untuk student fresh graduate

Bila saya belek semula entri-entri lama, ebook-ebook dalam laptop saya dan tips rakan-rakan blogger dah tentu perkara yang sama yang dikongsikan adalah cara kerja dari rumah. Persoalannya apakah betul-betul wujud kerja sebegini.

Adakah ianya program SCAM ?

Ohh tidak sama sekali dan saya juga akui anda juga perlu berhati-hati dengan banyak program scammer di luar sana tu.

Ada dua buah laman web khas yang selalu saya jadikan rujukan jika mahu bekerja dari rumah. Laman web yang saya maksudkan ialah :
Ada persamaan bagi kedua-dua laman web ini iaitu diasaskan oleh syarikat yang sama dan mengeluarkan PANDUAN serta direktori untuk anda bekerja dari rumah.

Kalau anda seorang pelajar anda boleh buat kerja ini di kolej ataupun di asrama bertemankan laptop dan internet. Asalkan ia tidak menganggu anda sebagai seorang pelajar.

Kerja yang boleh anda buat antaranya menaip data entry, mengedit artikel, menjadi jurubahasa atau translator dan lain-lain lagi mengikut kebolehan anda.

Ya, "Kebolehan"

..

..

..

Anda lebih mengenali diri anda, anda lebih tahu kebolehan anda dari segi yang macam mana. Jadi buat kerja mengikut kebolehan anda.

Masa saya di universiti dulu saya dah mula cari pendapatan sampingan. Nak tambah duit poket maka saya banyakkan belajar dari pelbagai sumber. Blog adalah salah satu platform yang saya gunakan.

Hasilnya...

Ternyata ianya membuahkan hasil...dapat merasa income dari blog sehingga sekarang. Mudah-mudahan ianya terus kekal melimpah ruah. :-)

Anda nak belajar bekerja dari rumah? Boleh rujuk panduan di laman web jobdirumah.

..

..

Selain laman web job di rumah dan kerja translator, ada beberapa lagi laman web lain yang anda boleh manfaatkan untuk cari duit sampingan hanya berbekalkan talian internet dan ilmu.

Buat Duit Bookcafe, Lazada & Involve Asia

Mari kita lihat sama-sama beberapa laman web berikut :

1. Buat duit dengan Bookcafe

Pernah dengar Bookcafe? Laman web yang menjual pelbagai jenis buku secara online dan anda boleh mendaftar sebagai ejen Affiliate.

cara daftar affiliate bookcafe

Anda boleh mendaftar di pautan ini dan klik "Signup Now"

Masukkan maklumat anda serta maklumat untuk pembayaran komisen nanti.

Ambil "Standard Linking Code" anda dan promosikannya. Pada link ini akan tertera id anda.

Contoh:

https://bconline.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=694

Ini link affiliate saya dan angka "694" adalah id saya.

Angka id ini akan berbeza-beza bagi setiap ejen.

2. Lazada

cara daftar affiliate lazada

Pernah dengar Lazada?

Laman web yang tak asing lagi. Ada pelbagai produk yang dijual di sini dari pelbagai jenis kategori. Anda boleh mendaftar sebagai ejen affiliate dan promosikan pelbagai jenis produk.

Untuk menjadi ejen affiliate Lazada, anda perlu mendaftar dengan pihak HasOffers.com.

Link pendaftaran : Affiliate lazada

3. Involve Asia

cara daftar affiliate involve asia

Saya pun baru tahu tentang kewujudan laman web ini walaupun telah dibangunkan sejak 2014 lagi. Ada banyak keistimewaan dan kelebihan jika anda mendaftar di laman web Involve Asia.

Antaranya, anda boleh mempromosikan produk di Lazada, Zalora dan juga Trivago. Komisen yang dibayar adalah dalam matawang RM.

Link pendaftaran Involve Asia : Signup disini

..

..

..


Ok,

5 laman web di atas adalah cara untuk tambah pendapatan secara online sebagai seorang pelajar.

Anda ada masalah untuk pendaftaran? Boleh ajukan di ruangan komen.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
March 08, 2016 10:38 PM delete

saya pun teringin nak buat duit dari internet..mungkin usaha belum cukup menyebabkan usaha saya belum berhasil pada tahap yang membanggakan

Reply
avatar
March 10, 2016 1:16 AM delete

Tak mengapa tuan, yang penting usaha.

Usaha tangga kejayaan :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia