Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan

"Entri ini disediakan khas untuk Calon Peperiksaan Online Separa Perubatan mendapatkan gambaran dengan lebih jelas bentuk soalan serta Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma mahupun Sijil pada 8 Mac 2016 (Selasa) ini."

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Tarikh Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Pada 08/03/2016 (Selasa)

Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA),  Jadual Peperiksaan Online memasuki Perkhidmatan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma bagi calon dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah :
  • Tarikh Peperiksaan : 08/03/2016 (Selasa)
  • Masa : 8.00 Malam - 9.35 Malam


Peperiksaan kali ini melibatkan 2 Seksyen utama iaitu :
  • Seksyen A : Pengetahuan AM Separa Perubatan
  • Seksyen B : Ujian Psikometrik Separa Perubatan

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Terbahagi kepada 10 jawatan :
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  • Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Jururawat Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Diploma Separa Perubatan

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :
  • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil

Terbahagi kepada 3 jawatan :
  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Sijil Separa Perubatan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
  • Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil :
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Seksyen A :

1.    Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam

I.    Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.    Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III.    Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV.    Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


2.    Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A.    Bila anda berasa penat
B.    Bila anda sudah bosan
C.    Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D.    Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam


3.    Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman

A.    Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
B.    Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
C.    Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan kecederaan di kaki.
D.    Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh mencederakan otot.


4.    Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A.    Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B.    Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C.    Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D.    Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.


5.    Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A.    Pening
B.    Sakit kepala
C.    Muntah-muntah
D.    Berpeluh/demam


6.    Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A.    Makanan dimasak tidak sedap
B.    Makanan dimasak oleh warga asing
C.    Makanan tidak dimasak dengan baik
D.    Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan Seksyen B :

1.    Saya suka mendayung sampan.
A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


2.    Saya suka mengajar kanak-kanak mengeja.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


3.    Saya berminat menjadi perunding pelaburan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


4.    Saya berminat menjadi penasihat kewangan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


5.    Saya berminat menjadi Penolong Pengarah Persatuan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


6.    Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab kesihatan.
A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


7.    Saya suka membantu menyelesaikan masalah kesihatan kawan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


8.    Saya suka menonton perlawanan bola tampar.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya

Persediaan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Satu perkara yang anda kena sedar, anda bakal bersaing dengan ribuan calon lain untuk merebut jawatan SEPARA PERUBATAN yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapinya.

Apa Yang Anda Perlukan Adalah
Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan

Rujukan Peperiksaan Online Separa Perubatan telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya yang telah membantu puluhan ribu calon peperiksaan dan temuduga sejak 2009. Tim Infokerjaya telah berjaya membantu Calon Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan sebelum ini. Lihat luahan calon yang telah berpuas hati di bawah :

testimoni rujukan separa perubatan

testimoni rujukan separa perubatan

testimoni rujukan separa perubatan

Calon-calon di atas telah lulus dalam peperiksaan online separa perubatan setelah membuat persediaan rapi dengan merujuk panduan yang telah dikeluarkan oleh Tim Infokerjaya. Anda juga mahu menjadi sebahagian daripada mereka dan berkongsi kegembiraan?

Jika jawapannya ya, anda bolehlah membuat persiapan dan persediaan dengan merujuk "Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Disini" 

Isi Kandungan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan

20 Nota Ringkas
Nota ini akan menjimatkan 15 jam masa anda mencari dan menyaring maklumat yang penting untuk peperiksaan ini. Kami ada pengalaman dan kami tahu bahagian mana yang anda perlu fokus.

Penerangan Format
Percaya kepada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana calon tak tahu format. Bila tiba peperiksaan terus terkejut dengan soalan. Tak perlu terkejut, kami berikan gambaran sebenar.

200++ Contoh Soalan
Ini bukan soalan ramalan atau soalan sebenar. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk berikan anda gambaran bagaimana soalan dibentuk dan disoal.

Pecahan Seksyen
Penilaian setiap seksyen sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi. Ada pecahan dalam seksyen penilaian dan anda yang tahu bakal mendapat manfaat lebih dalam melakukan persediaan sebelum peperiksaan.

Maklumat Jawatan
Anda kena faham dan tahu mengenai jawatan dalam Latihan Separa Perubatan (U29) ini. Apa tugasan dan apa yang bakal anda lalui selepas berjaya menjawat jawatan ini. Maklumat ini anda perlukan untuk sesi temuduga anda nanti. Jangan ke temuduga jika tak ada maklumat ini.

Kesemua kandungan ini anda akan dapat hanya melalui : Laman Rasmi Rujukan Pantas Peperiksaan Online Separa Perubatan Disini.

 

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia