Cara Menjual Di Instagram Dan Tips Naikkan Followers

Cara Menjual Di Instagram Dan Tips Naikkan Followers Instagram - Dalam case pemasaran online, seorang jurujual tidak boleh hanya menggunakan satu medium pemasaran online jika inginkan jualan meningkat dan konsisten. Mempelbagaikan "channel pemasaran" adalah perlu bagi seorang peniaga dan salah satunya adalah melalui Instagram.

Sebab instagram adalah salah satu tempat berkumpul dan bersembang. Jadi kebarangkalian untuk proses jual beli berlaku adalah sangat tinggi.

Anda tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap facebook semata-mata kerana di facebook pesaing anda sangat ramai. Jadi instagram adalah alternatif anda jika anda ingin mempelbagaikan channel pemasaran anda.

cara menjual dan cara tingkatkan followers instagram

Adakah anda seorang peniaga di instagram atau berminat untuk belajar berniaga di instagram dan memasarkan produk di instagram?

Jika jawapannya ya, anda wajib baca post ini sampai habis kerana ada beberapa point yang anda perlu gunakan nanti jika anda ingin tahu "Bagaimana untuk letupkan jualan dan naikkan followers di instagram"

Cara Menjual Di Instagram Dan Tips Naikkan Followers

Mengapa instagram adalah alternatif terbaik untuk dijadikan channel pemasaran selain facebook?

Saya ada jawapan yang kukuh bagi soalan atau pertanyaan di atas. Saya mempunyai 3 point utama kenapa instagram adalah channel terbaik.

1.Engagement rate tinggi dan kurang gangguan

Kajian dari pelbagai pakar media sosial di luar sana mendapati bahawa pengguna adalah 120 kali ganda lebih berkemungkinan untuk memberi respon kepada sebuah Instagram post berbanding Tweeter tweet, dan 58 kali ganda lebih berbanding sebuah Facebook post.

Di Instagram home page tidak terlalu banyak gangguan. Gambar, video, sedikit teks dan itu sahaja. Senang berbanding Home page Facebook yang mempunyai banyak benda. News feed, chat room, iklan dan sebagainya. Kesannya, pengguna Facebook lebih jarang berinteraksi dengan post yang mereka nampak.

2. Image based

Ini fakta dan saya tak nafikannya. Salah satu kelebihan pada instagram ialah konsep "Image Based".

Berbeza dengan Facebook post atau Twitter, setiap post dalam Instagram adalah dalam bentuk gambar.

Pernah dengar sebutan Inggeris ‘A picture paints a thousand words?’ 

Jika ya, anda mungkin akan dapat memahami kenapa Instagram sangat sesuai dijadikan medium untuk membuat marketing.

Ingat pelanggan anda seorang yang tidak cukup masa untuk melihat iklan anda yang meleret. Gunakan teknik gambar supaya mesej iklan anda cepat sampai kepada mereka.

Anda hanya perlu meletakkan gambar produk anda dan jika anda mahir, pengguna Instagram dengan sekilas pandang sahaja akan dapat memahami apa yang anda cuba promosikan. Inilah kelebihan yang ada di instagram iaitu fungsi Image Based.

3. Simple and easy to learn.

Instagram sangat senang untuk digunakan, dan pengguna baru akan dapat menguasai penggunaan Instagram dalam masa yang amat singkat. Ini kerana Instagram tidak mempunyai fungsi yang terlalu rumit. Anda hanya boleh membuat beberapa tindakan seperti like, follow, tag, meletakkan hashtag, post gambar, masukkan filter sahaja.

Cara Menjual Di Instagram

Fasa pertama anda adalah membina kedai online anda di instagram.

Proses untuk membuka akaun instagram bukannya perkara rumit dan boleh siap dalam masa kurang dari 5 minit.

Anda boleh muat turun manual untuk create akaun instagram di laman web : Instakaboom

Cuma apa yang anda perlu tekankan ialah :

"Lengkapkan & Optimumkan Profile Page Anda"

Pastikan Profile page anda perlu mempunyai perkara berikut :

1. Username

Sebaiknya, pastikan yang username IGshop anda mempunyai kaitan dengan produk anda. Seperti contoh, jika anda menjual kasut, sebaiknya username anda mempunyai perkataan ‘kasut’, sebagai contoh: “kasut.murah.beb”, “Kasut_wanita_moden”, “Cantiknya_kasut_disini”. Ini adalah supaya IGshop anda senang dijumpai pengguna Instagram.

2. Profile Picture

Sama seperti username, sebaiknya pastikan yang profile picture anda berkaitan dengan produk yang anda jual. Anda juga boleh meletakkan logo.

3. Name

Ringkaskan penerangan IGshop anda seringkas mungkin, dan letakkan di sini. Anda perlu memastikan yang penerangan anda di sini seringkas mungkin supaya prospek dapat mengetahui secara terus apa yang IGshop anda tawarkan. Jika anda tengok contoh di atas, “Servis IGshop Malaysia” menerangkan dengan direct yang IGshop ini menawarkan khidmat servis IGshop. Untuk IGshop kasut, mungkin anda boleh menulis “Kasut wanita & lelaki berkualiti”, atau “Kasut pelbagai pilihan semua bawah RM80!”

4. Description

Di sini saya cadangkan anda meletakkan Call To Action anda. Ajak prospek melakukan sesuatu seperti dapatkan servis/produk anda sekarang, atau ajak mereka untuk menghubungi anda. Untuk contoh kedai kasut, mungkin anda boleh menulis “RM80 masih mahal? Whatsapp 012 345 6789 untuk harga lagi menarik!”

5. Contact

Pastikan anda meninggalkan sesuatu untuk prospek menghubungi anda. Email, website, nombor telefon, WhatsApp.

6. Posting

Pastikan posting anda dipenuhi gambar yang menarik dan cantik. Ini akan menarik prospek untuk membuka post anda, dan mereka akan lebih berkemungkinan untuk follow anda.

Tips Menaikkan Followers Instagram

Mencari followers yang targeted. Maknanya mereka ini mempunyai minat pada produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual produk pelangsingan badan, anda perlu mencari followers yang gemuk. Orang yang gemuk lebih berminat dengan produk pelangsing badan, dan lebih berkemungkinan mendapatkan produk anda.

Mencari followers yang aktif. Maknanya followers ini jenis yang selalu check akaun IG mereka, suka like post, tag rakan mereka, atau memberi komen pada post anda. Followers yang aktif adalah ibarat ‘loudspeaker’ yang akan mempromosikan IGshop anda dengan percuma!

Mencari followers yang real. Maknanya followers anda ini adalah manusia sebenar. Bukan robot. Jika ramai followers anda adalah robot, mereka tidak akan mempromosi, like, atau tag rakan mereka di post anda. Mereka semestinya tidak akan membeli produk anda. Jadi akaun IGshop anda tidak akan dapat berkembang.

Sebagai tambahan kepada tips-tips yang saya terangkan di atas, anda juga boleh mendapatkan lebih banyak cara untuk letupkan jualan instagram dan cara untuk tingkatkan followers yang targeted. Teknik ini di beri nama : Insta Kaboom.

Dalam eBook ini anda akan di ajar tentang:
  • Apa itu Instagram
  • Kenapa menjual melalui Instagram
  • Proses untuk setup akaun Instagram untuk mengoptimumkan jualan
  • Teknik membina 10k follower dalam 5 minggu
  • Teknik dan kaedah membina interaksi dengan follower anda
  • Cara-cara dan jenis-jenis post yang anda boleh letakkan di IGshop anda
  • Teknik scheduling posting anda.

Ebook Instagram Kaboom adalah “Panduan Tingkatkan Follower & Letupkan Jualan Di Instagram”

Mari kita lihat beberapa bukti keberkesanan teknik ini yang telah berjaya menaikkan followers.

testimoni insta kaboom

testimoni insta kaboom

testimoni insta kaboom

testimoni insta kaboom

Ebook ini adalah dalam format file softcopy PDF. Ia BUKAN sebuah buku fizikal. Anda akan diberikan link download melalui email untuk mendapatkan ebook ini. Sebelum kita masuk lebih mendalam, mari saya kongsikan bersama anda serba-sedikit info mengenai ebook Instagram Kaboom ini.

Ebook ini dipakejkan khas untuk mereka yang ingin tingkatkan follower yang targeted, aktif & real di Instagram. Ebook ini adalah hasil daripada pengalaman penulis sendiri sepanjang menyediakan servis tarik follower di Instagram. Isi ebook ini realistik & praktikal.

ebook instakaboom

Di dalam panduan ini, anda akan dapat melihat secara live video bagaimana membuka akaun instagram, setup IG Shop serta bagaimana menggunakan software-software rahsia. Sudah tentu, ada beberapa tips juga yang hanya di dedahkan di dalam video, tetapi tidak di dalam ebook. Ianya akan dapat membantu anda mempelajari langkah demi langkah cara meletupkan jualan anda di Instagram dengan lebih jelas lagi!

Berikut adalah Isi Kandungan bagi 10 Video tersebut.

Video 1 – Pengenalan
Video 2 – Mendaftar Di IG
Video 3 – Setup IG Shop
Video 4 – Cara Daftar ***Software Rahsia***
Video 5 – Following
Video 6 – Unfollow
Video 7 – Unfollow Followers
Video 8 – Cara Guna ***Software Rahsia***
Video 9 – Cara Guna ***Software Rahsia***
Video 10 – Cara Guna ***Software Rahsia***


Dapatkan Ebook ini dan 10 video sekarang --> Instakaboom video tutorial


Panduan ini boleh didapati secara online dan akan terus di hantar ke email anda. Anda tak perlu menunggu lama untuk gunakan teknik ini. Anda juga boleh muat turun review copy percuma. Link muat turun : Download sekarang

Saya ucapkan selamat meletupkan jualan dan meningkatkan followers dengan Teknik Insta Kaboom.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
February 04, 2016 5:21 PM delete

saya tak reti guna ig pada desktop. jadi saya kurang guna ig untuk bisnes.

Reply
avatar
February 05, 2016 12:41 AM delete

ofkos, memang kena ada banyak channel promosi.

kalau takde, usaha kena buat jugak.

Reply
avatar
February 05, 2016 2:01 AM delete

tumpu pada blog pun dah ok tapi kalau ada pelbagai channel pemasaran lagi bagus :-)

Reply
avatar
May 27, 2016 12:52 PM delete

Saya guna teknik dari youtube ni. Dapat dalam 100++ followers sejam.
5jam dapat 500. Free. Selamat mencuba

https://www.youtube.com/watch?v=EUZKVUcif2I

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia