Tudung Sekolah Awning Lembut Selesa

Tudung Sekolah Awning Lembut Selesa - Nampaknya sekolah sudah dibuka seperti biasa. Ada yang dah mendaftar ke sekolah rendah dan ada juga yang mendaftar ke sekolah menengah. Biasanya isu yang hangat dibincangkan bila tiba musim persekolahan adalah tentang yuran dan kelengkapan persekolahan.

Saya tak nak sentuh tentang yuran cuma saya nak sentuh tentang kelengkapan persekolahan terutama sekali uniform sekolah dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki untuk membentuk imej seorang pelajar.

Tudung Sekolah Awning Lembut Selesa

Pelajar lelaki segak dengan uniform mereka dan bertali leher manakala pelajar perempuan anggun dan menawan dengan baju kurung dengan tudung menampakkan keayuan mereka. Pelajar perempuan mesti kelihatan kemas dan sopan.

tudung sekolah hitam awning lembut


Bila saya sebut perkataan "sopan" , mestilah kena jaga aurat masing-masing. Tudung kena pakai jangan tak pakai. Jangan saje-saje tayang rambut sana-sini. Pakai tudung yang disyorkan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Ibu bapa kena peka dalam pemilihan tudung anak-anak. Kalau boleh pilihlah tudung yang lembut dan memberikan keselesaan kepada pelajar. Lagi satu pilih tudung yang mudah untuk diurus.

Pelajar sekolah rendah misalnya. Kalau tak dijaga rapi, boleh comot dan kedut sana-sini dibuatnya. Jadi tudung yang lembut dan selesa perlu dicari untuk disesuaikan dengan baju kurung. Barulah cantik, kemas dan menawan.

Tudung Sekolah Awning Untuk Keselesaan


tudung sekolah pengawas awning lembut

Kat sekolah ni pelajar terlibat dengan macam-macam aktiviti. Itulah sebabnya mereka memerlukan tudung yang betul-betul selesa dan mudah untuk dipakai misalnya tudung awning. Tambahan pula kalau pelajar tu baru nak masuk darjah satu. Memang kena cari tudung yang mudah dipakailah.

"Pakai tudung kadang-kadang mengambil masa yang lama...setuju?"

Kalau tanya orang perempuan confirm dorang setuju. Betul kan yang pakai tudung mengambil masa yang lama? Senget sana sini, kena adjust itu ini, kena match dengan baju dan macam-macam lagi lah. 
  
tudung sekolah awning putih

Tapi kalau pakai tudung awning anak anda tak perlu ambil masa yang lama untuk pakai tudung sebelum ke sekolah. Lebih jimat masa anda betul kan. Lagi satu ibu bapa tak perlulah nak tunggu lama anak-anak pakai tudung.

Bila dah ada tudung awning, ianya menjadi lebih cepat dan jimat masa anda. Tudung awning adalah lembut dan selesa, imported Korean Lycra dan sentiasa kelihatan putih bersih.

Ok itu saja dari saya, boleh tengok macam-macam tudung sekolah awning dalam katalog ini : Katalog Tudung Awning



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
January 17, 2016 12:03 AM delete

ya. seronok tengok budak sekolah pakai tudung macam ni. kemas.

Reply
avatar
January 20, 2016 1:22 AM delete

Salam kenal...
Singgah sini jalan-jalan.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia