Pelajar IPT Kerja Sambilan Cari Duit Lebih

Pelajar IPT Kerja Sambilan Cari Duit Lebih. Pelajar IPT kerja sambilan nak cari duit lebih bukan perkara asing dan baru lagi. Malah isu ini dah lama berlaku cuma peratus tu kurang sedikit berbanding sekarang sebab tu kurang dihebohkan. Baru-baru ini timbul isu pelajar ipt tak cukup duit.

Pelajar IPT Kerja Sambilan Cari Duit Lebih

Ya...tambahan pula kos sara hidup sekarang ni semakin meningkat. Nak bergantung sepenuhnya terhadap duit mak ayah atau PTPTN itu terpulang. Duit pinjaman PTPTN kadang-kadang tak cukup sebab tu ada pelajar yang makan nasi sekali sehari. Siang makan nasi malam makan meggi.


Sumber gambar : sinar harian 

Pelajar IPT dan meggi bukan makanan asing lagi.

Malah ada yang beli lauk untuk makan dua kali. Ayam seketul beli siang hari pastu simpan sedikit untuk buat lauk untuk makan malam nanti. Kalau perut masih terasa lapar akhirnya top pup plak dengan meggi. Bukan perkara asing lagi.

Saya dulu pernah bergelar pelajar ipt. Bukan semua yang masuk IPT anak orang senang atau anak orang kaya. Nak masuk u kena pakai duit, nak hidup kat u kena pakai duit, nak konvo pun kena pakai duit.

Semua kena pakai duit....bagi yang kurang berkemampuan nak tak nak kena ambil ptptn walaupun terpaksa.

Cara Pelajar IPT Cari Duit Lebih

Hakikatnya itulah lumrah kehidupan di universiti. Ada member saya dulu kerja sambilan kat kedai makan. Siang hari pergi kelas, malam nanti kerja kat kedai makan.

Kalau tak  kerana tak cukup duit tak ada maknanya dorang nak kerja secara sambilan. Tambahan pula tak nak susahkan mak ayah. Pandai-pandailah cari peluang macam mana nak tambah pendapatan di universiti. Kalau boleh buat sorang-sorang, pakatlah dengan member-member.

Masa saya kat u dulu saya pernah jual nasi lemak, jual tudung pun pernah (walaupun tu pakaian orang perempuan), design baju pastu jual pun pernah. Pakat dengan member-member yang sekepala dan cari yang jenis muka tak malu.

Masa tu saya tak jumpa lagi panduan kerja dirumah yang boleh saya buat di bilik bertemankan laptop dan talian internet apatah lagi panduan bisnes aiskrim.

Sekarang dah maju sket, kalau nak kerja sambilan secara online mereka boleh search je cara untuk tambah pendapatan misalnya melalui alternatif kerja sambilan untuk pelajar IPT.

Dalam tu ada macam-macam kerja yang boleh di buat. Pilih kerja yang sesuai yang anda rasa anda boleh buat. Terpulang kepada anda.

Itu saja nak kongsi hari ini, jangan makan meggi selalu yer :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
February 01, 2016 11:38 PM delete

Jadi kepada yang lebih berkemampuan...besederhanalah...ambil pengajaran daripada kawan kawan yang tidak berapa berkemampuan...

Reply
avatar
February 05, 2016 2:02 AM delete

Saya setuju dgn pendapat tu..ingat kawan-kawan lain yang tak berkemampuan :-)

Reply
avatar
February 18, 2016 6:30 PM delete

Pelajar Universiti awam kena rajin berusaha untuk cari pendapatan sampingan walaupun masih belajar. Tidak semestinya kena kerja dengan orang. Berniaga sendiri pun boleh. Kalau tiada modal pun boleh jadi ejen jual nasi lemak dan sebagainya. Apa yang penting kena kreatif dalam menjana pendapatan.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia