Patutlah Kereta Berdesing Bila Brek

Patutlah Kereta Berdesing Bila Brek - Bila dah ada kereta ni banyak perkara nak kena tahu, bukan sekadar tau bawak je. Paling tidak pun kena tahu benda-benda yang basic bukan sahaja tahu gunakan gear yang betul. Kalau dah ada kereta confirm akan menyebabkan aliran duit keluar. Nak kena tukar minyak hitam lah, aircond tak bape nak jalan lah, kena tukar tayarlah dan banyak lagi. Sebab itulah kereta dikategorikan sebagai liabiliti dan bukannya aset.

Kenapa Kereta Berdesing Bila Brake

Bulan lepas punye cerita, maklum sajelah bulan sebelum tu banyak travel sane-sini dan sampai satu tahap kereta saya rase pelik semacam je. Bila brek mesti keluar bunyi berdesing. Bunyi tu tak berpanjangan cuma tiap kali brek mesti keluar bunyi tu. Memang kurang sedap didengar. Macam ade tak kena ni mesti ada problem pada sistem brek.

Masuk bengkel lah nampak gayanya ni...

Untuk keselamatan anak dan keluarga, memang wajarlah kena masuk bengkel. Periksa mana yang rosak. Bahaya tu kalau brek problem. Setelah bedah siasat di buat memang sah ada masalah pada brek. 

cara tukar brake pad rosak

Rupanya brake pad dah haus dah..patutlah bunyi pelik je. Silap hari bulan boleh rosak brake disk.

Brake Pad Kena Tukar

Dah wajib tukar brake pad baru..kalau dibiarkan makin parah jadinya. Sebenarnya kos untuk tukar brek pad ni taklah mahal sangat. Bergantung pada brand brek pad yang anda nak. Pilih yang sesuai dengan kereta anda. Ikut bajet dan kesesuaian lah kan.

Saya tukar brek pad ni dalam RM70 termasuk upah. Oklah tu kan..brek pad yang saya guna ni pun sesuai dengan kereta. Ada banyak brand untuk brek pad ni. Terpulanglah kan..

cara tukar brake pad kereta

Gambar kat atas ni gambar brek pad yang baru...haha..sempat snap brek pad baru sebelum siap pasang... Ok setel masalah bleh lah bawak isteri, anak dan keluarga tercinta jalan-jalan..

Tengok berape lama brek pad ni boleh tahan... :-)


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia