Brim Dah Dapat? Nak Buat Ape?

Brim dah dapat? Nak buat ape? Nampaknya duit brim dah masuk. Heboh di laman-laman sosial. Kat facebook, dan twitter ramai penerima brim duk update sal ni. Tak kisahlah nak buat ape dengan duit brim tu yang penting untuk benda-benda berfaedah.

 

Brim Dah Dapat? Nak Buat Ape?


tarikh pembayaran brim 2016

Disebalik berita brim dah masuk ada yang persoal..

"Eh kau kan pembangkang mana boleh ambil brim..."

"La..kau ni bukan main bangkang tapi senyap-senyap kau isi jugak brim..  "

Secara mudahnya brim untuk rakyat, tak kisahlah berbeza parti ke apa. Sekurang-kurangnya dengan duit brim anda boleh gunakannya untuk benda bermanfaat. Biasanya pemberian percuma seperti ini orang tak reti nak hargai. Sampaikan duit tu habis entah ke mane..

Apa kata anda guna duit brim tu untuk pelaburan jangka panjang. Bukan semua tapi cebis lah sedikit untuk buat benda berfaedah. Misalnya laburkan sedikit duit untuk belajar ilmu perniagaan. Sekurang-kurangnya anda boleh belajar tambah pendapatan sampingan.

Jangan biarkan duit tu habis macam tu je. Mentang-mentanglah duit free janganlah tak hargai. Laburkan sedikit untuk diri sendiri. Belajarlah untuk buat sesuatu yang boleh menjana pendapatan kepada anda.

 

Habis Tu Duit Brim Nak Buat Ape?


Nak buat ape dengan duit brim?

Saya tak ada jawapan tepat untuk soalan ini. Sebab jawapan tu ada pada diri masing-masing. Terpulang pada anda. Kalau anda laburkan untuk tambah pendapatan ia juga untuk diri anda sendiri. Anda buat untuk diri anda dan juga keluarga anda.

Jangan terjebak dengan benda-benda mengarut dah lah ye. Bukan apa, mentaliti orang kita ni nak cepat kaya dalam masa yang singkat. Nak duk diam goyang kaki tapi duit masuk berdesup.

Sayang sekali dah ramai yang rugi beribu-ribu duit dan masa yang bernilai begitu sahaja..Fikir masak-masak jangan mudah terpedaya !!

Awas...!!

Jangan mudah terpedaya dengan skim cepat kaya kononnya laburkan duit lepas tu tunggu je duit masuk bulan-bulan. Tambahan pula waktu macam ni duit brim baru sahaja diterima. Takut ada yang ambil kesempatan ajak anda join macam-macam cara buat duit, MLM dah banyak lagi program SCAMMER di luar sana.

Jangan sampai terpedaya...lukanya amat pedih sekali...



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
January 31, 2016 9:07 PM delete

pernah apply sekali tapi kena reject sebab gaji..huhu.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia