Kenapa Perlu Komen Blog Orang Lain?

Kenapa Perlu Komen Blog Orang Lain? Ini lah kesilapan saya beberapa tahun yang lalu. Maklum sajalah masa tu baru saja kenal dunia blogging dan baru belajar nak tulis entri. Pendek kata semuanya masih baru atau newbie. Mengapa saya kata anda kena komen blog orang lain. Bukan komen untuk jatuhkan blog orang lain. Maksud saya singgah ke blog mereka, baca entri mereka dan tinggalkan komen.

Kenapa Perlu Komen Blog Orang Lain?

Memang rugi kalau anda baca je entri mereka tanpa tinggalkan komen. Anda dah terlepas banyak peluang. Bukan satu, bukan dua, malah boleh jadi beratus-ratus peluang untuk diri anda. Saya tak kan sebut satu persatu cukup hanya beberapa peluang dan kelebihan. Saya tak pasti anda nampak atau tak nampak benda ni atau buat-buat tak sedar. Jangan malas untuk tinggalkan komen ya.


Kalau anda rajin baca dan tinggalkan komen pada entri rakan blogger lain, mereka akan sedar kehadiran dan kewujudan dalam dunia blogging. Jangan jadi blogger yang syok dalam dunia sendiri. Dalam dunia blogging ia tetap sama dengan dunia sebenar. Dalam dunia blogging tetap ada jiran tetangga.
Jadi bertegur sapa lah. Katakan mereka dah kongsi entri yang telah membantu anda. Ucapkanlah terima kasih pada mereka. Kalau anda tak lokek untuk tinggalkan komen, mereka juga akan datang ke blog anda dan tinggalkan komen.
Dalam dunia blogging ni dengan cara meninggalkan komen anda boleh brandingkan nama anda atau nama blog anda. Kadang-kadang mereka akan ingat nama anda, nama gelaran anda, tagline anda dan cukup warna blog anda.

Tengok blog Hasrul Hassan dah terkenal dengan warna oren. Tengok blog Encik Titan terkenal dengan tagline lelaki kacak yang ego dan kitab seo merah jambu beliau. Kalau nak disenaraikan memang banyak lagi. Tapi tengoklah macam mana mereka brandingkan nama mereka dalam blog mereka.

Kalau dulu saya memang abaikan benda ni. Saya tak tinggalkan komen pada entri blogger lain. Saya cuma jadi silent reader yang merugikan saya juga akhirnya. Mereka tak sedar kehadiran saya, mereka tak sedar kewujudan saya dan mereka tak kenal nama saya.

Itu cerita tiga tahun yang lepas. Cerita saya masa berkenalan dengan dunia blogging. Jangan buat silap macam saya ya. Tapi kini dah berubah.. mereka dah sedar kewujudan saya dan kenal blog ini.

Jangan abaikan benda ni kalau anda nak jadi blogger yang kekal lama dalam dunia blogging. Buatkan mereka kenal anda, jangan malu-malu. Rajinkan diri ping entri ke group rakan blogger. Benda ni bukan susah cuma malas je kan? Jangan malas-malas lagi ya.


Kesimpulannya....

Ingat, tak kenal maka tak cinta. Dari mata jatuh ke hati. Itulah realiti dunia blogging....hakikat hidup dalam masyarakat blogger... :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia