Untungnya Buat Bisnes Banner Dan Bunting

Untungnya buat bisnes banner dan bunting - Bisnes banner dan bunting boleh dikategorikan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Celah mana untungnya? Berapa untungnya? Dan paling penting macam mana nak mula bisnes banner dan bunting ni?

Sebelum tu anda perasan tak perniagaan banner dan bunting ini sebenarnya tidak memerlukan sebuah kedai. Maknanya anda tidak perlu keluarkan kos sewa kedai. Percaya tak yang anda sebenarnya boleh jalankan bisnes banner dan bunting di rumah. Nampak macam mudah tetapi hakikatnya bukanlah semudah yang disangkakan kalau anda tak ada perancangan yang baik.

Macam Mana Nak Untung Buat Bisnes Banner Dan Bunting

Sahabat saya, asalnya memang mempunyai minat dalam bidang designer. Dan sekarang beliau sudah menerima tempahan banner dan bunting dari rumah tanpa perlu sewa kedai pun. Sebab itu awal-awal lagi saya katakan anda boleh jadikan bisnes banner dan bunting sebagai salah satu cara untuk tambah pendapatan dari rumah.

Flow bisnes banner dan bunting ni macam ni. Anda tawarkan perkhidmatan anda dan terima tempahan. Kemudian anda siapkan design, hantar kedai printing dan hantar kepada pelanggan. Dari segi untung anda tu pula macam mana? Macam mana nak dapatkan untung atas setiap design banner dan bunting? Yang ni anda kena kira betul-betul biar memadai dengan penat lelah anda.

Biasanya...harga banner dan bunting berbeza-beza mengikut kriteria. Anda perlu tetapkan harga. Katakanlah untuk satu banner anda boleh dapat RM50. Kalau anda berjaya dapat 3 tempahan dalam sehari anda dah dapat RM150 kan?

Biasanya yang menjadi masalah dalam bisnes banner dan bunting ni adalah tak tahu nak cari pelanggan dan tak tahu kat mana nak tawarkan perkhidmatan anda. Katakanlah kelemahan anda adalah sukar untuk dapatkan tempahan jadi anda kena cari jalan penyelesaian.

Ketika inilah anda memerlukan "Sistem Agen Bisnes Banner". Ini adalah salah satu rahsia yang digunakan oleh peniaga banner secara senyap. Jarang sekali mereka akan kongsikan kepada anda. Alih-alih anda kena usaha dan pelajarinya sendiri.

Boleh lihat gambar di bawah untuk memahami bagaimana sistem agen berfungsi.

untungnya guna sistem agen bisnes banner

Buat Bisnes Printing Banner Dan Bunting Di Rumah

Berdasarkan rajah di atas anda menjadi tumpuan agen. Anda menjadi orang tengah antara agen dan pengilang. Tugas anda hanya menerima order dari agen dan proses ini terus berulang dan berulang. Bermakna....lagi ramai agen lagilah ramai bakal pelanggan anda...inilah salah satu kelebihan sistem agen.

Cara inilah yang digunakan oleh otai-otai dalam bisnes banner dan bunting. Anda boleh gunakan untuk bisnes printing banner, bisnes buat banner dan juga bisnes cetak banner. Kesemuanya anda boleh lakukan dari rumah sahaja tanpa perlu ke hulu ke hilir mencari bakal pelanggan.

Trend " Bekerja dari rumah " bukannya asing lagi sekarang ini. Asalkan ada minat dan niat untuk tambah pendapatan InshaAllah berjaya.

Malah dalam perniagaan banner dan bunting anda boleh belajar daripada modul yang telah disediakan dalam bentuk video. Anda boleh tonton dan praktikkannya. Ada 7 modul video dan 2 modul video bonus yang disediakan. Dokumen kerja dan rujukan juga disediakan untuk dijadikan panduan.

Mungkin anda belum lagi ke laman web video tutorial bisnes banner yang saya maksudkan ini. Ada beberapa respon positif dari pengamal panduan ini yang anda boleh lihat di laman web berikut : Tutorial bisnes banner

panduan bisnes banner

Lepas ni dah tak payah lagi nak pergi kursus, seminar dan kedai buku untuk belajar bisnes banner dan bunting. Semuanya ada di laman web "Tutorial bisnes banner".



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia