Resepi Cara Buat Burger Sedap

Resepi Cara Buat Burger Sedap - Hari ini saya nak kongsi cerita bagaimana membuat sebiji burger yang sedap yang saya ambil dari pages Klikjer. Kalau ada sesiapa yang nak buat berniaga, itu lagi bagus. Supaya pelanggan berpuas hati dan perniagaan anda pun bertambah maju.

Resepi Cara Buat Burger Sedap

Mengikut tinjauan pendapat yang telah saya lakukan, rasa burger yang sedap mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • sedikit pedas
  • sedikit manis
  • sedikit berkrim
  • sedikit berempah
  • kaya dengan sos
  • aroma yang sedap dan menyelerakan
  • penampilan yang menggiurkan
  • harganya mestilah murah dan berpatutan

Sumber foto : Media viva co

#1 Kuali

Sebaiknya dari jenis besi yang tebal. Memang harganya mahal sikit, sebab ia lebih bagus kerana haba dari api akan lebih stabil dan menyeluruh. Sebelum masak cuci kuali dulu. Gunakan axion/sunlight atau yang sama waktu dengannya. Kebiasaannya peniaga burger tak basuh kuali dengan betul. Mereka simbah-simbah jer dengan air kemudian gosok dengan scraper. Tak menjaga kebersihan langsung.

#2 Api

Gunakan api kecil. Sebabnya ialah, jangan sesekali masak burger pakai api besar. Nanti daging burger cepat hangus, jadi garing macam keropok dan rasanya tak best. Hanya memasak burger menggunakan api kecil atau sederhana saja.

#3 Marjerin

Sapukan marjerin ke serata kuali. Sapu thin layer saja. Jangan bubuh banyak – membazir. Ini supaya nanti time nak masak kuali tak melekat. Saya syorkan 2 jenis iaitu Planta atau Pelangi. Pelangi (keluaran Felda) lebih murah harganya.

#4 Daging

Sebaikya daging sudah di-defrost-kan (nyahbeku) terlebih dulu agar cepat masak. Tapi jika daging tu masih beku – tak apa. Letak saja di kuali, cuma jangan sesekali gatal tangan besarkan api – inilah penyebab daging burger keras, garing dan hangus. Biar jer daging tu jadi lembut dan masak perlahan-lahan. Tak payah sibuk-sibuk letak marjerin, nanti daging tu akan keluar minyak sendiri.

#5 Teknik Menggoreng

Balik-balikkan daging burger time memasak. Tak payah sibuk-sibuk tekan daging tu. Siapa yang ajar? Kalau korang rajin tekan-tekan daging tu, nanti semua jus daging dia hilang. Daging jadi hilang rasa dan keras! Rasa dah jadi tak sedap. Inilah rahsia kalau betul-betul nak buka bisnes burger yang sedap.

#6 Teknik Ketuk Lubang

Teknik ini sangat bagus, sebabnya ialah selain dari membantu agar daging semuanya masak, ia juga jadi tempat untuk perencah meresap dan terperangkap. Selain itu juga, agar daging tetap tebal dan lembut – terasa apabila digigit dan dikunyah.

#7 Teknik Merempah

Setelah diketuk-ketuk sampai berlubang, sila pastikan daging telah masak kemudian tekan sikit daging tu untuk membuang minyak yang berlebihan. Tekan 2-3 kali jer – jangan over pulak. Lepas tu bubuhlah perencah ikut step iaitu:
  • Worchestershire Sauce – Lea & Perrins. Jangan letak banyak, ala kadar sahaja. 
  • Kicap Perasa – Saya lebih suka brand Maggi.
  • Serbuk Lada Sulah (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Lada Hitam (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Serbuk Kari Daging (Optional) – Apa-apa brand pun boleh.
  • Air Bawang Putih – Buat sendiri
Saya lebih suka guna serbuk lada hitam menggantikan serbuk lada sulah sepenuhnya sebab rasanya lebih best dan mantap serta nampak eksklusif. Lepas selesai semua perencah, anda balikkan daging sekali, lepas tu tekan sekali jer dan angkat. Letak kat roti yang telah disediakan. Sekali lagi ditekankan, pastikan memasak daging jangan over cook, nanti rasa dia hilang dan keras.

#8 Air Bawang Putih

Ia bertujuan untuk mengelakkan daging jadi over dry. Air bawang putih akan menggantikan jus daging yang sebahagiannya telah hilang waktu proses memasak tadi. Cara buatnya senang jer. Korang kupas bawang putih lepas tu ketuk bagi hancur. Masukkan dalam botol, bubuh air dan goncang! Tak payah bubuh garam tau.

#9 Roti Burger

Lepas belah dua, korang sapu marjerin. Sapu thin layer saja tapi menyeluruh. Bakar roti di kuali di bahagian isi tengah saja. Bahagian kulit atas dan bawah jangan bakar. Karang berminyak dan lembik pulak. Jangan gatal- gatal tangan tekan roti tu time membakarnya. Lepas bahagian yang dibakar tu dah jadi perang sikit, korang angkatlah. Sebaiknya letak atas alas berjaring bukan di tempat yang rata seperti pinggan. Letak kat alas berjaring akan membuatkan hot air circulation pada roti lancar. Roti jadi gebu, garing dan mantap. Jika korang letak kat tempat flat, roti nanti jadi lembik.

#10 Sayur

Lepas roti dah dibakar. Korang bubuhlah sayur. Ni ada beberapa pilihan sayur. Salad, lettuce, kobis, tomato, bawang kuning / Holland, timun. Salad, lettuce dan kobis – sebaiknya korang hiris ler. Kobis tu paling bagus kalau dihiris halus, baru ler mantap. Tomato juga perlu dihiris. Bawang korang boleh pilih sama ada nak hiris atau potong dadu. Timun lebih baik kalau timun jepun – lebih rangup dan tiada risiko liat dan pahit seperti timun biasa. Saya suka combine lettuce/kobis + bawang potong dadu + timun jepun.

#11 Sos Cili

Sebaiknya gunakan sos cili yang ada brand la seperti Maggi, Kimball etc. Saya lebih suka sos cili jenis ala Thai agar rasanya tidak masam. Jangan pakai sos cili murah, nanti rasa burger tak sedap.

#12 Sos Tomato

Kalau nak gunakan sos tomato, carilah yang rasanya kurang masam. Gunakan sedikit sahaja. Saya tak suka sos tomato.

#13 Sos Lada Hitam

Kalau letak ni pun sedap… tambah sodap. Syaratnya pastikan sos lada hitam tu pedas-pedas manis sikit. Korang boleh adjust sendiri dengan kicap manis cap Kipas Udang + sedikit gula atau madu. Insya’allah sedap.

#14 Mayonis

Mayonis yang paling sesuai ialah brand Ladys Choice. Tapi harganya mahal. Brand murah rasanya agak masam sedikit – masam tak bagus untuk burger citarasa Malaysia ini. Kalau korang nak jimat, korang beli jer mayonis pakai paket jenama murah sikit. Lepas tu korang adjust dengan menambah gula castor atau gula icing barang sesudu dua lepas tu gaul rata.

#15 Keju

Kalau nak letak keju pun boleh, cuma mahal ler sikit.

#16 Telur

Guna telur ayam yer, bukan telur itik atau penyu. Telur ni untuk Benjo sahaja mulanya. Tapi sekarang dah jadi trend burger tambah telur jadi burger special. Ada macam-macam fesyen dan teknik. Ada yang masak pakai acuan (old style), ada yang buat dadar lepas tu lipat dan ada yang buat dadar lepas tu bungkus daging burger.

Bagi saya, jika nak rasa telur tu benar-benar terasa ialah dengan mengunakan teknik acuan. Telur akan utuh dalam bentuk alaminya dan ketebalannya itulah yang menyebabkan rasa telur itu muncul. Kalau dah jadi pembungkus daging, rasa telur tu dah kalah habis oleh rasa daging. So what for letak telur? Ia lebih kepada untuk membuat mata para pelanggan tertarik aja. Tapi ingat… makan burger pakai mulut, gigi, lidah dan tekak… bukan pakai mata! Tapi selera orang lain-lain.

#17 Madu

Korang juga boleh cuba letak madu pada daging burger. Guna madu murah sahaja seperi brand Tesco etc. Saya dah test, ramai orang suka.

Habis dah pun cerita pasal resepi memasak burger. Ingat, burger yang sedap harus berasa sedikit manis, sedikit pedas dan agak “soggy”/”basah”. Rasa masam akan merosakkan rasa burger.

Nak buat bisnes burger? Dapatkan panduan --> Bagaimana memulakan perniagaan burger.

Ebook Bisnes Burger – “Panduan Jana 5 Angka Sebulan Dengan Bisnes Burger!”

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook hebat Bisnes Burger ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...
  • Penerangan pengenalan kepada potensi besar perniagaan burger jalanan yang boleh dijadikan sebagai ‘alat’ untuk anda mencapai status Jutawan Senyap
  • Perbezaan diantara peniaga burger profesional dan peniaga burger ‘biasa-biasa’ walaupun di tepian jalan. Perbezaan meliputi dari segi K_______, ________ Produk, Operasi _________, K________ Pelanggan dan Ke_______.
  • Pembongkaran 9 kelebihan bisnes burger tepi jalan berbanding perniagaan makanan restoran atau apa-apa jenis perniagaan pun yang selama ini hanya Jutawan Senyap sahaja yang tahu!
  • Penerangan jelas mengenai bisnes burger jenis Perusahaan Sendiri VS Francais. Mana satu pilihan yang lebih TEPAT?
  • Pendedahan 3 strategi ‘SUPER-POWERFUL’ yang wajib anda lakukan untuk mencapai pendapatan 5 angka setiap bulan daripada bisnes burger anda
  • 5 aspek pengurusan yang wajib anda tahu dan amalkan dalam bisnes burger anda agar perjalanan anda menuju sasaran pendapatan 5 angka sebulan menjadi lebih mudah
  • Penerangan tentang 5 faktor dari segi produk burger anda sendiri yang perlu anda ambil-kira untuk menjamin keuntungan bisnes burger anda
  • PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Pendedahan ini bakal membuka mata anda tentang 3 kelemahan bisnes burger bakar! Anda akan didedahkan dengan punca kegagalan sesebuah bisnes burger bakar yang boleh anda elakkan jika anda ingin juga menjalankannya
  • Tips ‘PANAS’ – Teknik Ga________ konsep bisnes burger anda untuk lebih unik dan mudah menarik perhatian prospek
  • Berapakah peratusan dan nilai untung bersih yang harus anda tetapkan dalam bisnes burger anda? Semuanya akan dibongkarkan. Sekali dengan contoh pengiraan jelas dan mudah untuk difahami
  • 2 Teknik ‘RAHSIA’ bagaimana anda boleh tingkatkan profit margin bisnes burger anda
  • 5 langkah yang perlu anda ambil bagi membina jenama dan imej perniagaan burger anda agar prospek anda lebih memandang tinggi dan ingin terus datang lagi, lagi dan lagi ke gerai burger anda
  • Pembongkaran 5 Teknik Pemasaran yang ampuh lagi terbukti berkesan khusus untuk bisnes burger bagi mendapatkan limpahan pelanggan hingga ‘tak menang tangan’ anda dibuatnya!
  • 18 ciri-ciri sebuah stall burger yang bagus perlu anda ketahui untuk menarik perhatian prospek dan pelanggan anda dengan mudah tanpa susah-susah anda ajak mereka beli burger anda. Mereka dengan rela-hati akan hadir ke stall burger anda bagaikan ‘kena pukau’ walaupun anda tidak menggunakan sebarang Ilmu Hitam dalam bisnes
  • Pendedahan mengenai 14 teknik dan kriteria yang perlu anda ambil perhatian dalam memilih lokasi stall burger anda bagi mendapatkan jualan 200 biji burger sehari. Silap pilih lokasi, nahas anda! Anda menempah kegagalan dalam bisnes burger kalau tak tahu 14 teknik ini
  • 4 langkah yang perlu anda ambil sebagai persiapan sebelum membeli alatan stall burger anda
  • 7 ciri-ciri aspek kebersihan stall yang perlu anda titik-beratkan bagi menjamin kualiti kebersihan dan kesihatan pekerja serta para pelanggan anda
  • 8 tips untuk membersihkan peralatan bisnes burger anda dengan mudah dan cepat
  • 4 jenis lokasi yang WAJIB anda elakkan untuk anda berniaga burger
  • Cara-cara mengawal dan mengelakkan sebarang serangga atau haiwan perosak yang boleh mengancam kebersihan stall burger anda
  • Penerangan 5 bidang kritikal aspek yang perlu anda terapkan pada setiap pekerja anda ketika melatih mereka agar bisnes burger anda masih mampu bergerak dan menjana pendapatan dengan sendirinya tanpa perlu kehadiran anda
  • Pembongkaran 7 pantang-larang dalam bisnes burger yang perlu anda elakkan bagi menjamin kelangsungan perniagaan anda

Fuh, demikianlah isi-isi kandungan yang bakal anda perolehi melalui ebook ini. Memang hebat kan?


YA, sudah pasti ianya hebat dan mampu memberikan anda manfaat dalam usaha anda membina sebuah perniagaan burger yang menguntungkan.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

9 comments

comments
November 20, 2015 5:28 PM delete

Perghh...ikut resepi nya mmg menjadi la..

Reply
avatar
November 20, 2015 7:28 PM delete

betul..orang jual burger suka tekan2 burger. Saya rasa diorang takde menda dah nak buat jadi nk bagi orang sabar menanti itu yang suka tekan-tekan burger..konon sibuk masak..hehe

Reply
avatar
November 21, 2015 5:58 AM delete

terbaik..moga dapat manfaat bersama

Reply
avatar
November 26, 2015 4:59 AM delete

suka dengan bisnes burger... cuma nak running business belum kesempatan.. huhu

Reply
avatar
December 26, 2015 11:23 PM delete

Bolehlah cuba resepi ini nanti ya :-)

Reply
avatar
December 26, 2015 11:40 PM delete

biaselah tu...huhu..moga berjaya ye :)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia