Panduan Bisnes Printing Secara Online

Panduan Bisnes Printing Secara Online - Bisnes printing atau cetakan antara bisnes yang boleh dijalankan dari rumah secara online. Maka anda tak perlu keluarkan kos untuk sewa kedai. Macam mana nak jalankan dari rumah? Ok, nanti saya terangkan dalam entri ini.

Bisnes printing atau percetakan ini bolehlah dikategorikan sama dengan bisnes banner. Bisnes banner atau bunting juga melibatkan percetakan. Jadi kedua-duanya ada kaitan dan kedua-duanya anda boleh jalankan dari rumah. Bisnes printing adalah salah satu bisnes untuk buat duit dari rumah.

Panduan Bisnes Printing Secara Online

Mungkin anda sudah lali dengan perkataan "Buat duit dari rumah" dan masih tercari-cari yang manakah yang sesuai. Jawapannya ada pada diri anda. Katakanlah anda niat nak cari punca pendapatan jadi anda kena tetapkan bisnes apa yang anda nak buat asalkan mengikut "Minat" anda. Ya, mesti mengikut minat kalau nak bisnes anda bertahan lama. Jangan ikut orang dan buat ikut minat anda.

Bisnes printing atau percetakan bukannya bisnes baru di Malaysia ini. Malah bisnes ini telah bertapak lama di negara kita. Namun bukan semua boleh memulakannya disebabkan oleh kekangan "Modal". Itu cerita beberapa tahun yang lalu. Modal menjadi punca utama mematahkan semangat mereka yang nak mulakan bisnes printing.

Sedar tak sedar flow bisnes printing dah semakin moden ke arah yang lebih fleksibel. Kini anda tidak memerlukan modal yang besar apatah lagi untuk sewa kedai dan sebagainya. Lokasi perniagaan cukup sahaja di rumah anda di depan laptop dengan talian internet. Inilah yang saya maksudkan dengan perniagaan printing atau percetakan secara online.

Realitinya anda tak memerlukan mesin, pejabat, pekerja dan modal yang besar. Nampak tak tahap kesukaran dalam bisnes printing sudah menjadi minima. Maka peluang untuk anda menjalankan bisnes printing semakin luas.

Potensi Bisnes Printing Dan Percetakan

Bisnes Printing membawa maksud perniagaan yang menjalankan khidmat percetakan untuk produk atau item tertentu seperti business card, flyer, brochure, leaflet, bunting, banner dan banyak lagi. Saya pasti anda pernah lihat produk atau item-item ini diluar sana. Jumpa kawan anda, mereka berikan business card.

Pergi shopping complex, bersepah gadis-gadis cantik dan comel memberikan anda flyers (kertas saiz A4 @ separuh A4 dengan gambar produk beserta rekaan @ design yang cantik). Kemudian anda terlihat pula bunting (banting) yang digantung pada tiang-tiang lampu jalan. Sebenarnya PELUANG BESAR buat duit lalu sahaja didepan anda.

Tahukah anda business card, flyer dan bunting itu mampu jadi sumber pendapatan anda. Jika bukan pendapatan utama, mungkin boleh jadi pendapatan kedua, ketiga atau seterusnya. Jadi bayangkan potensi besar yang anda ada untuk memulakan bisnes printing. Sekarang mari kita lihat keuntungan yang mampu anda perolehi dalam bisnes printing. Ini adalah berdasarkan kiraan yang betul

Contohnya Business card / name card / kad perniagaan anda.

Biasanya dijual pada kadar harga RM30 hingga RM80 sekotak bergantung pada kualiti. Di dalam kotak tersebut biasanya terdapat 100 keping kad. Tahukah anda harga kos yang perlu anda keluarkan? Hanya RM14 hingga RM40 sahaja.
 .
Kira berapa untung anda sekarang?

Jika kualiti untuk RM14 dijual pada harga RM30, anda untung RM16. Lebih 100% keuntungan! Jika kualiti untuk RM40 dijual pada harga RM80, anda untung RM40. Untung 1 kali ganda!

panduan bisnes printing secara online

Itu baru keuntungan sekotak. Jika sebulan anda mampu jual 10 kotak atau mungkin 100 kotak. Kira sendiri berapa banyak keuntungan yang anda PASTI perolehi?

Satu lagi contoh ialah Flyer saiz A4 @ A5 (separuh A4)

Biasanya dijual pada kadar harga RM900 hingga RM2000 untuk 10,000 keping. Modal yang anda perlu keluarkan hanyalah... RM700 hingga RM900 sahaja.

Kira berapa untung anda sekarang?

Jika kualiti untuk RM700 dijual pada harga RM900, anda untung RM200. Jika kualiti untuk RM900 dijual pada harga RM2000, anda untung RM1100. "Banyak tu, betul tak?"

panduan bisnes printing secara online

Contoh akhir sekali ialah bunting

Bunting (sebutan banting - yang tergantung pada tiang lampu jalan). Biasanya dijual pada kadar harga RM30 hingga RM36 untuk 1 keping bersaiz 6x2 kaki. Berapa modal anda?

Percaya tak jika saya katakan modal hanya sekitar RM12 hingga RM18 sahaja? Berapa untung anda? RM18 bukan?
Itu baru 1 keping. Bagaimana jika anda berjaya mendapatkan pelanggan yang membuat tempahan untuk 100 keping?
 
panduan bisnes printing secara online

Buat duit dengan bisnes printing secara ONLINE

Inilah cara mudah untuk anda buat duit. Kini bisnes printing boleh dilakukan dari meja makan rumah anda. Anda tidak perlu berjumpa pembekal dan pelanggan anda. Semuanya boleh dilakukan secara online.

Untuk permulaan, saya amat menggalakkan anda untuk menjalankan bisnes printing dari rumah. Anda sudah lihat sendiri kadar keuntungan bagi setiap tempahan di atas. Untuk menjalankan bisnes printing, anda perlu tahu macam mana nak dapatkan pembekal, cara promosi online dan offline, macam mana nak kaut keuntungan, cara menguruskan tempahan dan banyak lagi.

Kesimpulannya.....

Perhalusi satu persatu, adakah anda sudah mempunyai ilmu di dada untuk memulakan perniagaan printing atau percetakan. Buat checklist betul-betul. Catatkan apa masalah anda kalau anda ingin menjalankan bisnes printing? Jika anda dah jalankan bisnes printing apa pula masalah anda?

Bila sudah ada senarai semak yang anda buat, tiba masanya anda buka laman web bisnes printing. Di sini anda akan diajarkan dengan modul dalam bentuk video. Ada 9 modul dalam bentuk video yang disediakan termasuklah tools yang anda perlukan.

Inilah pentingnya modul-modul ini. Ia adalah guru anda dan akan mengajar anda untuk berjaya dalam bisnes printing. Keputusan di tangan anda dan panduan telah tersedia yang penting belajar dan terus belajar. Jangan putus asa untuk mencari sebanyak mungkin ilmu bisnes printing berdasarkan 9 modul yang disediakan ini.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
November 15, 2015 10:30 PM delete

Ya...ada sesetengah orang mereka suka buat secara online :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia