Berjaya Juga Format Laptop Lenovo G40-70

Berjaya Juga Format Laptop Lenovo G40-70 - Sudah hampir sebulan laptop saya buat hal. Saya pun tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Cuti jerebu yang lalu memang boring giler. Duduk rumah je memandangkan udara kurang baik. Bila dah terlampau boring saya on lah laptop seperti biasa untuk update blog.

Alih-alih nampak pelik je window laptop. Banyak perisian hilang dan tak boleh buka. Fuhh.. tension masa tu. Cuba cari mana puncanya tapi susah saya nak kenalpasti maklum sajalah saya bukannya mahir sangat bab programming ni. Kalau kat kampus dulu senang, ada ramai member yang arif bab programming ni. Budak-budak IT katakan.

Berjaya Juga Format Laptop Lenovo G40-70

Bukan setakat nak update blog je susah, tapi nak open program pun tak boleh. Dahlah perisian word dan excel memang diperlukan sangat waktu tu. Maklum sajalah banyak perkara nak kena key in yang memerlukan laptop. Ujian betul.. time macam ni lah laptop nak buat hal.

cara format laptop lenovo G40-70

Dalam tempoh hampir sebulan tu saya google macam-macam cara nak atasi masalah ini. Asyik try & error je makin pening di buatnya. Akhirnya saya ambil keputusan untuk format walaupun rasa sayang memandangkan banyak file-file penting. Bila dah format sudah pasti kena install semula perisian yang ada terutama sekali microsoft office yang sangat diperlukan buat masa ini untuk siapkan urusan kerja.

Nak tak nak kena format jugaklah jawabnya. Cari tutorial di internet dan baca dari banyak sumber. Download window dan driver yang diperlukan. Tiga hari jugaklah ambil masa untuk sediakan apa yang diperlukan memandangkan kelajuan internet tempat kerja sangat terhad. Kenalah bersabar dan ambil masa beberapa hari.

Laptop Lenovo G40-70 Kena Format

Kalau anda nak format laptop Lenovo, ada perbezaan semasa menjalankan Boot sama ada dari Pendrive atau DVD. Sebaik sahaja on atau restart laptop anda perlu tekan FN+F2 (serentak). Untuk mendapatkan drivers laptop anda, anda bolehlah download di laman web lenovo support.

Memang hari semalam cukup bersejarah. Laptop yang berusia lebih setahun ini kena format dengan tangan sendiri. Proses install window tak lah mengambil masa yang lama dan bukannya susah sangat. Berjaya jugak format dengan menggunakan pendrive.

Kalau hantar ke kedai dah kena caj berapa ringgit tu.. Install window sudah, install drivers pun sudah dan install software pun sudah. Akhirnya selesai dalam satu malam.. :-)


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
November 19, 2015 11:22 AM delete

oh baru tahu pasal kena tekan FN+F2 ni. Sebelum ni format kat pc ja. Kat laptop belum lagi...

Jemput Singgah :Contest Review Lynk.My 2015

Reply
avatar
November 19, 2015 10:59 PM delete

Samalah saya pun baru tahu.....hoho....nanti blhlah try :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia