Pengalaman Beli Barang Di Lazada

Pengalaman beli barang di Lazada. Ya, ini kali pertama saya beli barang dari Lazada walaupun saya sedar laman web Lazada ni dah lama wujud. Boleh katakan sebelum ni saya cuma tengok-tengok je barang yang dijual di laman web Lazada. Tapi entah kenapa tetiba ada keinginan nak beli barang di Lazada. Saya rasa tak perlu lah saya nak ceritakan detail apa itu laman web Lazada. Sebab semua orang dah kenal laman web shopping online ni.

Pengalaman Beli Barang Lazada

Lazada baru sahaja selesai dengan kempen Mycybersale. Untunglah sape yang shopping masa tu sebab banyak barang dijual dengan harga diskaun. Sebenarnya ada beberapa barang yang saya berkenan di laman web Lazada antaranya Powerbank. Powerbank yang saya maksudkan adalah powerbank pineng PN-968.

Memang banyak powerbank yang dijual di laman web Lazada ni. Ada pelbagai jenama dan keluaran. Brand Pineng antara jenama powerbank yang femes dalam kalangan pemilik handphone. Saya pun tak pasti setakat ini dah berapa jenis powerbank keluaran pineng.

Sebelum saya beli powerbank pineng PN-968 dari lazada ni, saya dah baca beberapa review dari blogger lain dan akhirnya saya ambil keputusan untuk beli satu. Maklum sajalah powerbank sekarang ni boleh dikatakan diperlukan dalam situasi tertentu.. Penting tu... :-)

Beli Powerbank Pineng PN-968 Di Lazada

Kelabu mata jugak saya bila survey powerbank pineng PN-968 di laman web lazada tu. Ada banyak harga yang berbeza-beza. Ada yang mahal, ada yang murah dan ada yang sederhana. Masing-masing ada kelebihan yang tersendiri terutama sekali bab kualiti sebab tu harga berbeza-beza walaupun model yang sama.

Powerbank pineng PN-968 yang saya beli di lazada ada harga diskaun. Apa lagi terus order sebab kalau saya beli kat luar sana belum tentu boleh dapat harga yang rendah macam ni. Tambahan pula ada diskaun yang ditawarkan.

Saya ambil keputusan untuk beli power bank ni dengan pilihan 'Cash On Delivery", bayar apabila barang dah sampai. Bila tempahan di buat, lazada akan hantar sms dan juga email. Anda boleh lihat status order anda dalam email yang dihantar.
 
pengalaman beli pineng powerbank lazada

Bila barang sudah dalam proses pengeposan, lazada akan hantar sms dan email lagi untuk makluman kepada anda. Nanti anda boleh check tracking id sebab lazada akan berikan anda no tracking barang yang anda order.

pengalaman beli pineng powerbank lazada
 
Akhirnya barang saya dah sampai dalam masa dua hari bekerja. Cepat juga barang sampai dan barang yang sampai pun dalam keadaan yang baik. Sebelum barang sampai petugas yang hantar barang ni dah call saya awal-awal lagi sebelum dia sampai. Kira saya boleh get ready lah ye. Bagi duit dan sign terus dapat barang.. :-)

Anda nak survey powerbank kat lazada bolehlah survey sekarang ya..Tengah ada diskaun tu rugi kalau tak beli sekarang. Lihat pautan ini --> Powerbank Lazada.

Nanti di ruangan search produk tu anda taip je powerbank apa yang anda nak cari. Nak search produk yang lain pun boleh. :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
December 08, 2015 10:26 PM delete

tq for sharing the info, free2 meh la visit blog saya http://akakjalan2bajet.blogspot.my

Reply
avatar
December 08, 2015 10:26 PM delete

tq for sharing the info, free2 meh la visit blog saya http://akakjalan2bajet.blogspot.my

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia