Komisen Kedua Dari Mobicow

Komisen Kedua Dari Mobicow - Ini merupakan komisen kedua saya dari program pengiklanan Mobicow. Bagi yang tak tahu lagi apa itu Mobicow bolehlah baca entri saya sebelum ni. Baiklah, ini adalah salah satu sumber income saya melalui blog. Komisen yang saya terima ini dalam nilai USD. Sementara nilai ringgit tak menentu ni syok jugak kan dapat komisen dalam USD ni.

Komisen Kedua Dari Mobicow

Dengan Mobicow saya tak perlu nak promote sana sini. Cukup hanya letak kod iklan yang diberikan dalam template blog saya. Setiap kali pelawat masuk ke blog saya melalui Mobile dan iklan Mobicow berjaya muncul saya akan menerima komisen.

Kenapa mobile? Ya, iklan Mobicow akan muncul apabila pelawat melayari blog melalui handphone. Anda akan menerima komisen dalam USD setiap kali iklan berjaya keluar. Bukannya penat kan cuma perlu letak kod yang diberikan sahaja.

Jika anda belum ada akaun Mobicow anda boleh sign up disini percuma. Lepastu daftarkan blog anda. Bila blog anda berjaya di approve anda bolehlah letak kod iklan yang diberikan.

Syarat untuk cash out komisen Mobicow ialah USD 5 paling minima. Setakat ini komisen saya terus masuk akaun pay pal dan saya akan terima email dari mobicow yang komisen telah di bayar. Ini kali kedua komisen yang saya terima dari mobicow.

buat duit blog dengan mobicow

Bukannya susah kan cuma nak dengan tak nak je.... Baca kat sini macam mana nak daftar mobicow ni. Jadi kalau anda tak ada blog cepat-cepat buat blog. Bukan sahaja Mobicow malah banyak lagi peluang untuk anda buat duit blog. Tidak semestinya komisen USD malah komisen dalam nilai ringgit pun ada.

Kalau anda betul-betul tekad nak berjaya dapat komisen dari blog, anda patut baca post ini --> Teknik Buat Duit Blog



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia