Cara Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

Cara Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia - Bila agaknya jerebu yang melanda negara kita ini akan berakhir. Perkara yang perlu dititikberatkan ialah kesihatan. Jerebu memang merbahaya dan jangan pandang remeh. Seeloknya ambillah langkah-langkah dan beberapa tindakan semasa jerebu.

Setakat ini sekolah telah ditutup beberapa kali. Kalau kat negeri selangor ini sudah hampir 7 hari (setakat entri ini ditulis) sekolah ditutup berikutan pengumuman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa jerebu melanda kita disarankan agar peka dengan berita semasa dan sentiasa memantau Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa bagi kawasan masing-masing.

Cara Semak Indeks Pencemaran Udara IPU Malaysia

Di negara Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU semakin tinggi tahap pencemaran udara. Anda dinasihatkan supaya menjaga kesihatan semasa jerebu. Boleh rujuk jadual di bawah.

klasifikasi bacaan ipu jerebu

Jadi silalah buat pemantauan dan peka dengan berita semasa terhadap bacaan IPU di kawasan masing-masing supaya langkah pencegahan boleh di ambil lebih awal. Ada beberapa cara untuk menyemak bacaan IPU yang anda boleh buat secara online.



Cara Semak Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia

Ada beberapa cara untuk semak bacaan IPU secara online. Ini merupakan cara yang biasa saya guna.

1. Laman Web Department Of Environment

cara semak ipu jerebu

Anda boleh semak bacaan IPU terkini di kawasan anda dan juga kawasan lain melalui laman web rasmi Department Of Environment : Semak sekarang. Nilai bacaan IPU akan dikemaskini setiap jam. Jadi jika anda terlepas untuk melihat bacaan IPU di kaca tv bolehlah semak dilaman web ini secara online.

2. Aplikasi Malaysia Air Pollution Index

muat turun aplikasi malaysia air pollutant index

Ini merupakan aplikasi yang wajib ada dalam telefon pintar anda. Senang nak check bacaan IPU secara online. Anda boleh semak bacaan IPU terkini di tempat anda dan juga di kawasan-kawasan lain. Anda bolehlah muat turun aplikasi ini di playstore atau :
  • Bagi android anda bolehlah muat turun disini.
  • Bagi IOS (berbeza dengan android) anda bolehlah muat turun disini.

Sumber : Fadzi Razak


Ok semoga membantu anda :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
October 31, 2015 9:36 AM delete

alhamdulillah jerebu dah beransur pulih....

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia