Cara Pemasaran Produk Di Instagram

Topik kali ini "Cara Pemasaran Di Instagram" untuk jual produk secara online. Berdasarkan pemerhatian saya instagram sekarang ini bukan tempat untuk upload gambar semata-mata. Instagram sudah menjadi tempat untuk jual produk secara online selain daripada facebook dan juga google. Rata-rata peniaga sudah mula memasarkan produk mereka di instagram.
 
cara pemasaran produk online di instagram
Sumber foto : seedmarketers.com

Katakanlah anda seorang peniaga online dan ingin mempelbagaikan channel pemasaran. Anda patut menggunakan instagram selain daripada facebook ads. Mempelbagaikan channel pemasaran bermakna anda meningkatkan lagi kebarangkalian prospek melihat produk anda. Secara automatik jualan anda akan meningkat. Jika sebelum ini anda pernah menggunakan facebook ads dan juga google ads yang kedua-duanya menelan kos jadi apa kata anda jimatkan kos dengan menggunakan instagram.

Cara Pemasaran Produk Online Di Instagram

Instagram bukan tempat bersosial semata-mata. Bukan tempat untuk upload gambar dan berbalas komen semata-mata. Trend terkini ada peniaga yang memanfaatkan instagram untuk bisnes. Jadi adakah anda sudah mempunyai akaun instagram? Kalau belum bolehlah buka akaun instagram sekarang dan kita pergi ke langkah yang seterusnya.

Seperkara yang kita kena faham tentang pemasaran di media sosial baik di facebook mahupun instagram. Kita kena ingat facebook dan instagram pada asalnya tempat untuk bersosial dan bukannya tempat jual beli barang. Tapi kita kena bijak untuk memanipulasi tempat bersosial untuk memasarkan produk. Ada sesetengah peniaga mereka cuba asingkan akaun instagram personal dengan bisnes. Mereka cuba install dua hingga empat akaun instagram dalam satu handphone.

Berbalik kepada cara pemasaran di instagram, ada beberapa perkara yang anda kena tahu. Anda kena tahu kunci instagram ini :
  1. anda kena kenali instagram dengan lebih dekat
  2. anda kena tahu 10 tips pemasaran di instagram
  3. teknik untuk naikkan followers (jangan abaikan)
  4. cara bina profil bisnes (belajar cara post gambar dan video)
  5. cara posting berkesan
  6. teknik set dan forget
Ada enam kesemuanya dan yang mana paling penting? Jawapan saya keenam-enamnya sangat penting. Jadi peranan anda sebagai peniaga di instagram anda kena kuasai kesemuanya. Nampak macam sukar tetapi hakikatnya taklah sesukar yang anda fikirkan jika anda gunakan ILMU.

Dalam pemasaran di instagram apa kata anda amalkan tips-tips ini supaya bisnes anda di instagram bertambah baik.

5 Tips Pemasaran Di Instagram

  1. Pastikan nama dan akaun instagram mudah disebut. Tujuannya supaya pelanggan senang untuk ingat. Jangan gunakan nama yang pelik-pelik dan panjang.
  2. Letakkan maklumat lengkap. Contohnya di ruangan maklumat kedai, waktu operasi dan hari pengeposan sila lengkapkan. Lagi satu jangan lupa letakkan no telefon supaya pelanggan mudah menghubungi anda.
  3. Kena "set" kan akaun instagram anda kepada "public" supaya senang followers terus window shopping selepas follow anda. Ini dapat meningkatkan kebarangkalian pembeli.
  4. Testimoni meningkatkan kepercayaan pelanggan. Dapatkan testimoni-testimoni pelanggan sebelum ini yang berpuas hati dengan servis atau produk anda kemudian upload.
  5. Respon pantas. Pelanggan mahukan servis yang terbaik. Buatkan mereka rasa selesa. Respon dengan pantas setiap komen daripada mereka. Jangan biarkan mereka menunggu lama.

Hakikatnya banyak lagi tips-tips pemasaran di instagram. Bukan setakat tahu naikkan followers semata-mata. 5 tips di atas cuma sebahagian daripada teknik pemasaran di instagram.


Kesimpulannya...

Dengan pertambahan channel pemasaran bermakna bertambahlah bilangan orang yang melihat produk anda dan mengenali bisnes anda. Kebarangkalian untuk mendapatkan pembeli yang ramai juga akan meningkat. Pembeli yang ramai bermakna sales juga turut meningkat.

Kesemuanya ada saling kaitan. Jika sebelum ini anda banyak bergantung kepada facebook mahupun facebook ads, apa kata anda cuba pula cara pemasaran di instagram. Ingat "Sentiasa pelbagaikan channel atau saluran pemasaran anda".

Sebelum terlupa, dalam strategi pemasaran di instagram anda juga memerlukan "Teknik Instagram Kaboom". Anda boleh rujuk modul-modul yang telah digunakan beserta testimoni para pengamal teknik ini.

Panduan Pemasaran Instagram


Di dalam video ini anda akan dapat melihat secara live bagaimana membuka akaun instagram, setup IG Shop serta bagaimana menggunakan software-software rahsia. Sudah tentu, ada beberapa tips juga yang hanya di dedahkan di dalam video, tetapi tidak di dalam ebook. Ianya akan dapat membantu anda mempelajari langkah demi langkah cara meletupkan jualan anda di Instagram dengan lebih jelas lagi!

Berikut adalah Isi Kandungan bagi 10 Video tersebut.

Video 1 – Pengenalan
Video 2 – Mendaftar Di IG
Video 3 – Setup IG Shop
Video 4 – Cara Daftar ***Software Rahsia***
Video 5 – Following
Video 6 – Unfollow
Video 7 – Unfollow Followers
Video 8 – Cara Guna ***Software Rahsia***
Video 9 – Cara Guna ***Software Rahsia***
Video 10 – Cara Guna ***Software Rahsia***

Dapatkan Ebook ini dan 10 video sekarang --> Instakaboom video tutorial

Panduan ini boleh didapati secara online dan akan terus di hantar ke email anda. Anda tak perlu menunggu lama untuk gunakan teknik ini. Anda juga boleh muat turun review copy percuma. Link muat turun : Download sekarang


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia