Antara Cache Cookies Dan Chipsmore

Topik kali ni Cache dan Cookies - Anda mungkin pernah dengar perkataan cache dan cookies ni. Bagi blogger dan juga affiliater macam saya ni kedua-dua perkara ni saya kena ambil tahu terutama sekali berkaitan cookies. Saya sering tertanya-tanya apa itu cache dan cookies. Akhirnya persoalan saya terjawab selepas baca entri blogger Ahmad Faiz penulis teknik buat duit blog yang kongsikan tentang cache dan cookies ni.

Apa itu Cache?

Cache ialah penyimpanan sementara kandungan laman web pada browser anda untuk mempercepatkan loading di laman web yang pernah anda lawat sebelum ini . Apabila anda membuka beberapa laman web dengan gambar dan video yang besar, ia mungkin mengambil sejumlah masa yang lama untuk laman web loading.

Browser anda akan menyimpan kandungan web seperti imej, video, audio dan lain-lain pada komputer anda supaya masa hadapan apabila anda membuka laman web yang sama, anda akan mendapati ia loading lebih cepat.

Apa Itu Cookies?

Perasan atau tidak, ejaan Cookies untuk ejaan biskut dalam bahasa inggeris adalah sama. Ia dipanggil sebegitu kerana, apabila kita makan biskut, cebisan-cebisan kecil biskut pasti akan tertinggal di baju atau di seluar kita sehinggalah kita membersihkannya dengan sempurna. Lebih kurang sama dengan apabila kita makan chipsmore. Ia samalah juga dengan konsep Cookies di dalam sesebuah website yang kita layari.

apa itu cache cookies dan chipsmore
 Sumber foto : https://breadetbutter.files.wordpress.com

Cookies adalah bahagian yang sangat kecil maklumat yang disimpan pada web browser dan dihantar kembali ke server setiap kali halaman yang sama di buka. Cookies mula diperkenalkan oleh Netscape dan dalam peringkat awal cookies tidak mendapat penerimaan yang baik, kerana khabar angin berkata ia mungkin boleh mencuri data peribadi anda.

Kemudian orang menyedari bahawa cookies sebenarnya tidak berbahaya, dan kini ianya diterima. Cookies biasanya digunakan untuk menyimpan maklumat yang diperlukan untuk tempoh yang lebih pendek. Pada akhirnya, ia akan tamat tempoh.

Beza Cache dan Cookies

  1. Walaupun cookies dan cache adalah dua cara untuk menyimpan data pada web browser pelawat, sebenarnya ia adalah tujuan yang berbeza.
  2. Cookie digunakan untuk menyimpan maklumat dan mengesan ciri-ciri yang berbeza yang berkaitan dengan pengguna, manakala cache digunakan untuk membuat loading halaman web yang dilayari sebelum ini dengan lebih cepat.
  3. Cookies menyimpan maklumat seperti preferences pengguna, manakala cache akan menyimpan fail-fail sumber seperti audio, video atau flash fail.
  4. Biasanya, cookies tamat tempoh selepas beberapa waktu, tetapi cache disimpan di dalam web browser pelawat sehingga mereka dikeluarkan secara manual oleh pengguna.

Ok dah faham? :-)


Sumber asal : ahmadFaiz



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
October 08, 2015 5:36 AM delete

oh.. kak baru tahu ni... kira ilmu baru juga la ni...tq

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia