Amboi Meriahnya Komen SPAM Masuk

Amboi bukan main meriah komen SPAM masuk - Dah lama saya perhatikan ada beberapa entri saya yang mendapat rank baik di google mesti ada yang cuba nak SPAM. Hohoho...tapi kali ni agak meriah berbanding sebelum ni. Sebelum ni jarang sangat komen SPAM singgah di blog saya tapi tak tahu kenapa sejak beberapa minggu yang lepas makin menjadi-jadi. Angkat puak ke ape dorang ni. Semasa cuti minggu lepas pun bukan main komen SPAM ni masuk sampai 4 kali dalam satu hari.

Amboi Meriahnya Komen SPAM

Komen-komen yang datang ni sudah tentu dari orang yang saya tak kenali. Dah lah nama pelik-pelik. Ada macam-macam nama dan kebanyakannya nama mat salleh. Saya memang tak suka komen-komen bersifat SPAM ni. Rasa menyampah lah pulak kalau dah sampai empat kali dalam sehari.

gambar kucing menyampah
 
Boleh mencacatkan persekitaran blog saya. Lagi satu mencacatkan ruangan komen entri yang saya tulis. Kalau pembaca blog saya yang tengok pun mereka juga akan sependapat dengan saya. Sudah tentu sakit mata memandang dan sudah tentu hati tuan punya blog (saya) lagilah sakit.

Kebanyakan komen dorang ni menjurus kepada program buat duit tak pun untuk promosi perniagaan. Kalau rakan-rakan blogger yang nak tinggalkan link tu saya tak kisah sangat asalkan komen yang beretika.

Ini tidak, pengomen SPAM ni memang akan tinggalkan komen yang berjela-jela yang entah ape-ape. Apa tujuan dorang ni saya tak tahu. Saya yakin rakan-rakan blogger yang lain pun pernah alami benda yang sama. Nampaknya kena cari alternatif lain untuk elakkan benda macam ni dari terus berlaku.

Anda ada apa-apa cadangan tak? Boleh kongsikan di ruangan komen. :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
October 12, 2015 10:23 PM delete

ada problem ke dengan adsense smpai tak keluar iklan tu?
nak letak kod simple je..msk dlm widget je.
kecuali nak letak kod dlm blog post kena edit dlm template.

Reply
avatar
October 13, 2015 12:43 AM delete

ya..tak klua gak nick...adehhh...biasa bpe lama bru klua?

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia