Tips & Panduan Memohon Kerja Swasta

Tips & Panduan Memohon Kerja Swasta - Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Walaupun anda berkelulusan tinggi sekalipun tapi saluran anda salah, kemungkinan anda gagal mendapatkan kerja. Tambahan pula kerajaan dah kurangkan pengambilan pekerja, graduan pula semakin ramai dan bertambah. Kemungkinan nak dapatkan kerja pun sukar.

Panduan Memohon Kerja Swasta

Rasa tertekan bila setiap kali permohonan kerja tidak diterima. Dah dipanggil temuduga tetapi asyik gagal dan ada juga yang dah hantar resume tetapi tak dipanggil temuduga. Bukan senang nak dapat kerja sekarang ini kalau tak gunakan saluran yang betul.

Tambahan pula kita dikejutkan dengan berita kerajaan membekukan pengambilan pegawai awam yang baru diikuti dengan amaran pemecatan pegawai awam. Ini semua langkah RASIONALISASI Perkhidmatan Awam.

tips panduan memohon kerja swasta

Tumpuan kini beralih kepada kerja swasta memandangkan peluang untuk mendapatkan kerja kerajaan semakin sukar. Tak mustahil semakin ramai yang beralih arah ke sektor swasta untuk bekerja.

Kelebihan Kerja Swasta

  • Gaji yang fleksibel.
  • Caruman KWSP
  • Polisi Takaful. Kebanyakan syarikat menyediakan polisi ini
  • Kerja lebih berdisiplin. Syarikat swasta orientasi keuntungan lebih utama dan untuk mencapai objektif kewangan ini, gerak kerja anda akan disusun dan akan akan menjadi luar biasa.
  • Bonus tahunan. Ada syarikat yang menyediakan bonus tahunan. Ada juga syarikat yang memberikan bonus besar jika keuntungan tahunan mencapai sasaran
  • Faedah cuti. Anda akan mempunyai cuti tahunan kerana ianya telah disyaratkan oleh jabatan buruh
  • Anda tidak terikat. Kebiasaanya anda akan diberikan tempoh percubaan selama 6 bulan yang anda boleh berhenti tanpa syarat. Jika anda dah mula kerja 2 bulan dan dapati ianya tidak serasi, anda boleh terus berhenti dan cari kerja lain. Kalau kerja kerajaan….jangan harap!
Anda perlukan maklumat yang tepat dari segi strategi dan taktik untuk dapat tembus. Bukan hanya tulis resume dan hantar ke 100 syarikat swasta. Jangan buat macam ini jika anda tak mahu masuk senarai ditolak dan gagal dapat kerja Ini yang anda perlukan

Perkara Anda Perlu Tahu Untuk Memohon Kerja Swasta

  • Anda mesti tahu bagaimana cara tepat memilih kerjaya
  • Anda mesti tahu juga bagaimana memilih majikan
  • Anda mesti tahu lubuk-lubuk rahsia untuk cari kerja
  • Anda kena tahu bagaimana menyediakan resume tepat untuk swasta
  • Bagaimana untuk sukses temuduga swasta
  • Bagaimana untuk buat majikan suka anda
  • Bagaimana untuk paksa majikan naikkan gaji.

Cuba baca situasi di bawah ini?

Ahmad dan Syukri sama-sama bergraduasi pada tahun 2008.

Ahmad masuk kerja kerajaan sebagai Pegawai dengan gaji permulaan RM1,900 dan Syukri masuk kerjaya swasta dengan gaji RM1,600.

Pada tahun 2015 mereka berjumpa semula. Gaji Ahmad telah naik kepada RM3,400 (Kerajaan) dan Syukri RM6,700 (Swasta).

Syukri juga telah menerima bonus unit saham syarikat sebagai tambahan bonus tahunan yang diterima.


Jadi mahu tak anda menjadi seperti Syukri? Cuba baca "Panduan Kerja Swasta" supaya dapat membantu anda berjaya medapatkan kerja dalam sektor swasta.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia