Tips Panduan Bisnes Dropship Berjaya

Tips Panduan Bisnes Dropship Berjaya - Anda nak berniaga tapi tak ada produk untuk dijual dan tak ada modal. Sebenarnya anda boleh berniaga tanpa produk sendiri. Kalau anda perhatikan ada dalam kalangan kawan-kawan anda yang menjual pelbagai jenis produk, belum tentu itu produk mereka. Boleh jadi mereka buat bisnes dropship atau lebih tepat lagi sebagai jurujual online. Dengan dropship anda tak perlu keluarkan modal dan ini adalah langkah pertama jika anda mahu berjinak-jinak dengan bisnes. Tak payah nak pening-peningkan kepala untuk setup perniagaan anda.

Tips Panduan Bisnes Dropship Berjaya

tips dan panduan dropship berjaya
Sumber gambar : Wangcyber

Untuk menjadi agen dropship anda cuma pilih produk yang ingin dijual. Berhubung dengan pemilik produk atau pembekal. Bincang dengan mereka berapakah harga dan komisen untuk agen dropship dan berapakah harga untuk pembeli.
Dropship ialah satu konsep perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk atau servis yang mereka jual. Pembekal akan memberikan harga agen kepada semua agen dropship atau pengedar.

Untuk makluman anda, baru-baru ini saya baru sahaja menjadi agen dropship bagi produk "Flash Card". Produk ini adalah produk permainan kanak-kanak dalam bentuk kad. Hanya halakan kamera handphone ke arah kad dan binatang akan muncul keluar dari kad. Memang menarik dan produk ini mendapat permintaan tinggi.

Dengan menjadi agen dropship produk "Flash Card" ini saya akan menerima komisen RM18 per unit. Harga produk adalah RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM55 (Sabah Sarawak). Jika anda berminat menjadi agen dropship produk ini boleh lah turut serta : Join Group Dropship Flash Card

Kelebihan Menjadi Agen Dropship

Ada beberapa kelebihan menjadi agen dropship antaranya anda tidak perlu mengeluarkan modal. Anda cuma promosikan produk untuk mencari pembeli. Anda juga boleh meletakkan harga jualan yang lebih tinggi untuk memaksimumkan untung. Tetapi harga tersebut mestilah masih mengikut harga pasaran. Kalau terlampau mahal takut nanti pelanggan anda membeli dengan agen dropship lain yang harga lebih murah.

Selain itu anda juga tidak perlu nak pening-peningkan kepala simpan stok produk. Tak payah nak uruskan stok yang banyak sebab ianya diurus oleh pemilik produk. Kebaikan untuk anda ialah anda selamat daripada kerugian misalnya timbul masalah stok rosak dan sebagainya.

Disamping itu, anda boleh membeli produk tersebut dengan harga diskaun. Selain menjual produk tersebut anda juga boleh membelinya dengan harga yang murah. Berita baik untuk anda, anda juga bakal menerima bonus jika jualan anda cukup memberangsangkan.

Secara Mudahnya....

Agen dropship cuma:
Pilih produk --> Buat promosi atau iklan--> Buat pesanan dan pembayaran --> Berikan butiran pelanggan dan pembayaran kepada pembekal.

Agen dropship tidak perlu:
Mengeluarkan modal satu sen pun --> Menyimpan stok yang bertimbun-timbun --> Menghantar pesanan kepada pelanggan

Bisnes Dropship Pun Boleh Gagal

Ya, bisnes dropship pun ada risikonya. Anda tidak akan menjadi agen dropship yang berjaya kalau tak ikut cara yang betul. Anda tak boleh langgar cara-cara yang telah digunakan oleh orang-orang yang dah berjaya. Anda kena ikut apa yang mereka lakukan. Yang penting anda kena ada "Ilmu".

Ada beberapa perkara yang telah diajarkan yang mungkin kalau terlepas pandang anda akan gagal. Oleh itu saya sarankan anda belajar ilmu kejayaan dropship. Bermula daripada ilmu memilih produk, cara nak lakukan promosi sehinggalah ilmu untuk menjual dan memikat pelanggan.

Saya nasihatkan anda baca ilmu-ilmu dropship dari "Bisnes Dropship Di Facebook" supaya keuntungan sentiasa berpihak kepada anda. Jangan main redah je tanpa ilmu yang betul. Baca sebanyak mungkin panduan berkaitan perniagaan dropship jika anda ada minat dan betul-betul serius.

Rajin-rajinkan diri buka laman web --> Bisnes Dropship Di Facebook supaya anda dapat menguasai ilmu sebenar perniagaan dropship. Selepas ini nak jual tudung, jual baju kurung, jual produk kecantikan dan apa jua produk tidak menjadi masalah bagi anda. Oh ya, banyak tips dan panduan yang diajarkan dalam ilmu "Dropship Facebook". Cuba baca dan pratikkan sekarang sebelum ia jatuh ke tangan pesaing anda.

Panduan Bisnes Dropship Facebook


panduan bisnes dropship facebook

Kandungan Panduan Bisnes Dropship Facebook :

1. Rahsia Bisnes Dropship

Explain secara details dari BASIC apa yang pembaca perlu tahu mengenai Bisnes Dropship di FB hinggakan mereka yang start dari ZERO pun boleh jadi HERO.

Bagaimana nak menghasilkan instant income tanpa pening –pening nak pegang stok dan merempit ke sana-sini nak uruskan penghantaran. The flow of bisnes dropship secara detail sehinggakan budak-budak SPM dan mat bangla pun boleh faham dan boleh terus buat.

2. Pencarian Produk Laku Keras

5 tools penting dalam pencarian produk laku keras, yang akan bantu anda buat kajian pasaran yang very spesifik dan up to trend supaya anda tak buang masa melangut depan laptop. 6 kriteria pemilihan produk yang akan dikongsikan supaya anda tak tersontot dan tepuk dahi sebab salah pilih produk.

Kriteria ni proven dan saya guna untuk produk dropship saya sejak dulu lagi. Didedahkan 7 niche hot produk yang memang buat duit! Siap bagi contoh produk lagi untuk mudahkan anda buat pilihan.

3. Mencari Trusted Supplier

Saya senaraikan tips-tips pemilihan supplier yang saya amalkan selama ni. Penting untuk anda tahu supaya anda tak silap pilih dan kena kencing nanti. Ada 2 kaedah mudah nak mencari supplier bakal saya tunjukkan supaya anda boleh terus buat tanpa keluar peluh merayau di GM KLang.

Saya guide anda step by step bagaimana nak mencari lubuk supplier yang masih ramai orang tak tahu. Anda akan dapat supplier yang betul dan very trusted untuk bantu anda buat duit ribu-ribu dengan bisnes ni.

4. Setup Kedai Online

Saya dedahkan bagaimana nak buat bisnes income lebat tanpa perlu keluar rumah. Hanya duduk santai depan komputer anda, sambil baring pun boleh! Ada tutorial bergambar step by step akan saya berikan tentang bagaimana nak setup kedai fesbuk anda. Sangat mudah dan pantas. Klik sana, klik sini dah siap!

Saya akan tunjukkan bagaimana nak deko-deko kedai anda supaya nampak menarik dan menonjol. Kita hias lawa-lawa dan tunggu orang datang nak belije nanti.

5. Pemasaran FB Untuk Hasilkan Sales

Anda akan tahu kenapa pemasaran Facebook masih relevan dan perlu untuk jana sales pantas. Bila anda dah faham benda ni, nak buat sales ribu-ribu di Facebook bukan benda yang impossible lagi!.

Saya dedahkan satu teknik pemasaran Facebook yang sangat power dan bakal tarik berduyun-duyun orang datang ke kedai Facebook anda. Saya siap guide dan tunjuk anda langkah demi langkah bagaimana nak guna teknik pemasaran yang hebat ni. Saya gerenti anda confirm boleh terus buat nanti.

6. Proses Jualan

Saya terangkan secara details benda-benda penting dalam proses jualan yang akan bantu anda meletopkan sales. Sebab tak faham benda ni lah ramai usahawan tersungkur awal-awal lagi.

buat duit dropship facebook

Saya akan tunjukkan details langkah-langkah bagaimana nak tukar orang ramai yang datang kedai anda tu kepada sales menggunakan dua kaedah yang highly converted!

Ada 7 kesilapan usahawan dropship yang buatkan bisnes gulung tikar bakal saya dedahkan. Ramai yang buat benda ni tapi tak perasan, jadi anda boleh elak dan jauhkan.

Jadi adakah anda sangat memerlukan 6 point-point penting ini? Jika jawapannya ya, Ebook ini sangat sesuai untuk anda. Ebook ini tidak dijual di mana-mana kedai buku di luar sana. Hanya di laman web berikut :

[+] Bisnes Dropship Facebook
[+] Bisnes Dropship Facebook
[+] Bisnes Dropship Facebook


Akses panduan ini akan di buka pada 12 Oktober 2016 tidak lama lagi. Jadi bookmark dan save link ini sekarang. Buka pada 12 Oktober nanti. Jangan terlepas ye.


Jangan teragak-agak lagi. Layari laman web di atas sebelum akses ditutup buat selama-lamanya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

12 comments

comments
September 16, 2015 3:10 PM delete

Dropship ni kalau kena dengan cara yang betul,memang masyuk... :)

Reply
avatar
September 17, 2015 8:19 PM delete

Ya..tuan JJ memang masyuk, tak payah nak pening kepala simpan stok :-)

Reply
avatar
July 25, 2016 11:54 AM delete

Terima Kasih Tuan Blog. Artikel ni banyak membantu...

“DROPSHIP BAJU, SELUAR, KASUT & BEG LELAKI”

*8 Tools Disediakan
*Potensi RM1K-RM3K Sebulan Menggunakan Wechat Sahaja!

Daftar disini : http://www.ellemaristore.com/p/dropship.html

Reply
avatar
August 12, 2016 2:38 AM delete

Sape nak buat bisnes dropship tu baca artikel ni dulu http://www.ellemaristore.com/p/ujian.html

Reply
avatar
August 30, 2016 9:38 AM delete

Panduan yang berguna. Terima kasih tuan.

Reply
avatar
September 20, 2016 12:46 AM delete

mcm mana nak dapatkan panduan tu? link tu dah close.

Reply
avatar
September 20, 2016 12:47 AM delete

salam tuan, link dah close. mcm mana saya nak daptkan panduan ni ya.

Reply
avatar
October 20, 2016 5:30 PM delete

Wasalam. Link sudah di buka.

Boleh akses disini -->> tinyurl.com/dropshipfb

Link ini sah dari 12 okt hingga 26 okt 2016.

Reply
avatar
October 20, 2016 5:31 PM delete

Wasalam. Link sudah di buka.

Boleh akses disini -->> tinyurl.com/dropshipfb

Link ini sah dari 12 okt hingga 26 okt 2016.

Reply
avatar
November 03, 2016 11:38 PM delete

ala..hari ni baru terbaca post ni..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia