Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan Terkini 2015

Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2015 Terkini. Menjelang 14 September 2015 pastinya pelbagai persiapan yang dibuat oleh calon-calon peperiksaan online separa perubatan. Ada yang baca macam-macam tips peperiksaan separa perubatan di internet, ada yang bertanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah menduduki peperiksaan online separa perubatan dan tak kurang juga yang geledah di laman web kerjaya. Mana taknya, calon-calon bakal bersaing dengan ribuan lagi calon-calon yang lain. Peluang bukannya datang berkali-kali betul tak? Jadi bagi membezakan anda dengan calon-calon yang lain adalah persiapan yang lengkap.

Panduan Peperiksaan Online Separa Perubatan 2015

Anda mungkin tak perasan, untuk tahun 2015 ini, kerajaan telah mengumumkan pembekuan ambilan perjawatan baru. Ianya diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan diikuti perlaksanaannya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

rujukan peperiksaan online separa perubatan

Ramai yang kecewa dengan pengumuman ini tetapi telah diredakan oleh Ketua Setiausaha Negara yang menjelaskan pembekuan hanya untuk pengambilan baru. Tetapi jika berlaku kekosongan dan keperluan, akan ada ambilan dilakukan dan September ini anda seorang yang bertuah kerana dipanggil untuk LATIHAN SEPARA PERUBATAN.

Jadi untuk membantu calon-calon peperiksaan online separa perubatan tu nanti. Anda bolehlah rujuk beberapa tajuk-tajuk penting berkaitan tugas dan skop jawatan separa perubatan. Nota ringkas ini saya muat turun dari laman web kerjaya. Kalau anda berminat untuk muat turun bolehlah muat turun sekarang. Link muat turun.

Nota Ringkas : Tajuk-tajuk Penting Berkaitan Tugas & Skop Jawatan Separa Perubatan

Nota 1 : Pengetahuan Am - Senaman Yang Selamat
Anda boleh mengelak dari kecederaan semasa bersenam dengan panduan di bawah ini :
  1. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
  2. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.
  3. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
  4. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
  5. Aktiviti senaman dimulakan dengan sesi memanaskan badan bagi mencegah rasa sakit selepas senaman.
  6. Lakukan aktiviti ringan contohnya berjalan untuk menyejukkan badan dan regangan bagi mencegah rasa sakit dan pening.
  7. Jika anda mengalami kesukaran bernafas, sila perlahankan aktiviti senaman anda.
Nota 2 : Pengetahuan Am - Keracunan makanan
  1. Keracunan makanan merupakan penyakit yang berpunca dari pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
  2. Punca keracunan makanan disebabkan oleh:
  • Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti cendawan, kulat dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.
Nota 3 : Perkakasan Komputer
  1. Merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap yang juga dikenali sebagai peranti (device).
  2. Perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal sebuah komputer.
  3. Perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melakukan kerja komputer.
  4. Beza perkakasan (hardware) dengan perisian (software) agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware).
  5. Perisian tegar merupakan perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam memori baca sahaja (ROM).
  6. Perkakasan komputer ialah sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam pemain cakera padat, kenderaan, mesin elektrokardiograf, ketuhar gelombang mikro dan banyak lagi.
  7. Komputer peribadi merupakan perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan sebahagian kecil perkakasan komputer.
Ada 20 Nota kesemuanya berkaitan tajuk-tajuk penting ini. Anda muat turun je di laman web kerjaya ini. Muat turun sekarang.

50 Contoh Soalan Peperiksaan Separa Perubatan & Jawapan Seksyen A (Bukan Soalan Ramalan )

1.    Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam

I.    Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.    Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III.    Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV.    Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


2.    Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A.    Bila anda berasa penat
B.    Bila anda sudah bosan
C.    Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D.    Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam


3.    Pilih kenyataan yang SALAH mengenai senaman

A.    Untuk penghidap tekanan darah tinggi, berhenti bersenam jika berasa sakit dada, sukar bernafas dan pening.
B.    Teruskan senaman seperti biasa walau pun rasa sakit melanda kerana ianya hanya seketika sahaja.
C.    Bagi penghidap diabetes, pakai kasut sarung yang selesa untuk elakkan kecederaan di kaki.
D.    Jika anda seorang yang obes, kurangkan gerakan agresif yang boleh mencederakan otot.

200 Contoh Soalan  Peperiksaan Separa Perubatan & Jawapan Seksyen C (Bukan Soalan Ramalan )

1.    Saya suka mendayung sampan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


2.    Saya suka mengajar kanak-kanak mengeja.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


3.    Saya berminat menjadi perunding pelaburan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


4.    Saya berminat menjadi penasihat kewangan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya


5.    Saya berminat menjadi Penolong Pengarah Persatuan.

A.    Ya
B.    Tidak
C.    Tidak pasti
D.    Saya tidak mahu tahu mengenainya

Berminat nak dapatkan rujukan lengkap peperiksaan online separa perubatan 14 September 2015 ini? Apa yang anda akan dapat dalam panduan ini.

panduan rujukan peperiksaan online separa perubatan


Panduan peperiksaan online separa perubatan telah berjaya membantu calon-calon sebelum ini lulus dengan cemerlang.











Panduan peperiksaan online separa perubatan 2015 ini anda boleh akses dalam masa yang terhad sebelum tibanya tarikh peperiksaan online separa perubatan 14 September 2015. Rujukan lengkap ini anda boleh dapatkan dan muat turun di laman web kerjaya mulai sekarang --> Akses segera sekarang.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia