Komisen 3 Hingga 6 & Bayaran Ke 2 Dari Ashadee

Komisen 3 Hingga 6 & Bayaran Ke 2 Dari Ashadee - Jerebu pun dah reda nampaknya taklah kelam je udara ni. Lemas rasanya bila jerebu ni dan kesihatan juga akan terjejas. Semalam adalah Hari Malaysia yang merupakan hari cuti bagi rakyat Malaysia. Tapi saya tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je buat apa yang patut, baca entri rakan-rakan blogger dan update blog mana yang patut. Tak semangat nak keluar dalam keadaan udara yang tidak sihat ni.

Komisen 3 Hingga 6 & Bayaran Ke 2 Dari Ashadee

Semalam jugak hari gaji bagi affiliater-affiliater kat ashadee tu. Biasalah hari rabu adalah hari pembayaran komisen dari ashadee. Tapi memandangkan semalam Hari Malaysia cuti umum jadi hari ni baru ashadee uruskan komisen-komisen affiliate.

cara dapat komisen ashadee
Komisen 3

Kali ini saya juga tak terkecuali. Komisen dari affiliate ashadee ni tak adalah hebat sangat, biasa-biasa je saya dapat. Tapi alhamdulillah ada peningkatan. Cuma sekarang saya masih buat kajian produk apa yang ada permintaan tinggi. Maklumlah produk kat ashadee ni ada banyak.

cara dapat komisen ashadee
Komisen 4

Sepanjang bulan ogos dan september ni saya berjaya dapat 4 komisen daripada ashadee. Tapi kena tunggu lah pembayaran sebab saya dah tetapkan minimum RM50 barulah ashadee akan clearkan pembayaran. Kalau komisen saya kurang RM50 kena giatkan lagi promosi supaya jumlah komisen melebihi RM50 tu.

cara dapat komisen ashadee
Komisen 5

Sempat gaklah screenshot komisen-komisen yang saya dapat ni dengan harapan dapat membakar semangat anda yang serius nak cari duit online. Yang penting, buat dan terus buat. In Sha Allah ada hasilnya. Alhamdulillah selain tahun 2014, tahun 2015 adalah tahun yang indah buat saya berblogging. :-)

cara dapat komisen ashadee
 Komisen 6

Bila difikir balik dan terkenang saat awal-awal saya berblogging fuhh memang sedih dan banyak jugaklah cabaran. Tapi tekad dan fokus tu jadi keutamaan. Buat kerana minat In Sha Allah kita boleh pergi jauh. Rajin-rajinkan diri cari ilmu. Tak cukup dengan tu boleh buka laman web cara dapat komisen dari blog atau asas affiliate untuk newbie dan banyak lagi panduan yang anda boleh baca kalau betul-betul nak dapat komisen affiliate dari blog. Indahnya kalau tiap-tiap bulan dapat bayaran komisen affiliate dari ashadee macam ni kan?

bayaran komisen ashadee


ps : Ada peningkatan dari bayaran sebelum ini. Saya kena giatkan lagi promosi dan mantapkan lagi teknik yang sedia ada sebab perjalanan masih jauh. Selamat maju jaya ya.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia