Jerebu Makin Teruk Apa Tindakan Kita?

Jerebu Makin Teruk Apa Tindakan Kita? - Jerebu makin teruk nampaknya. Dah ramai dah yang komen sana sini dan share tentang jerebu tempat masing-masing. Jerebu ni bukan fenomena alam tetapi disebabkan oleh kerakusan manusia yang tak bertanggungjawab. Orang lain yang buat kita yang kena. Jangan pandah remeh bila berlaku jerebu ni. Mencegah lebih baik dari mengubat.

Apa Tindakan Kita Semasa Jerebu?

Dah berminggu jerebu ni menular masuk ke Malaysia. Sebelum ini negara kita pernah dilanda jerebu iaitu pada tahun 2013. Kini tahun 2015, jerebu melanda negara kita lagi. Saya pun dah ada rasa sakit-sakit tekak disebabkan jerebu ni. Rakan-rakan sekerja dah ada yang pakai "mask" sebab tak tahan dengan jerebu.

Kerajaan pun dah buat pengumuman supaya ambil langkah berjaga-jaga. Dua hari lepas kementerian pelajaran dah umumkan supaya sebarang aktiviti luar bilik darjah dihentikan apabila IPU sudah mencatat bacaan 150 dan sekolah bakal ditutup buat sementara waktu sekiranya IPU sudah mencecah 200.

Nampaknya memang makin teruk jerebu. Lewat tengah malam semalam kerajaan dah isytiharkan sekolah dicutikan pada selasa 15 September 2015 dan akan dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu. Malah cikgu-cikgu dikehendaki datang ke sekolah hari ini untuk mengawal pelajar sebab dikhuatiri ada pelajar yang datang sekolah sebab tak tengok pengumuman lewat tengah malam semalam.

Kesan-Kesan Jerebu

Banyak kesan-kesan jerebu ni selain daripada kesan kesihatan antaranya :
1) Ekonomi terjejas
2) Perniagaan terjejas
3) Pelancongan terjejas
4) Pendidikan terjejas
5) Gaya hidup terjejas
6) Alam sekitar terjejas
7) Penglihatan terjejas
8) Mengundang kemalangan

Banyak aspek yang terjejas bukannya kesihatan sahaja. Tapi dalam keadaan sebegini kesihatan perlu diutamakan. Kurangkan aktiviti luar dan banyak minum air yang dimasak. Jangan pandang remeh dan kalau boleh pakai "penutup muka". Jadi sila ambil tindakan berikut semasa jerebu :

apakah tindakan semasa jerebu

ps : Selagi udara masih tidak selamat dan kerajaan tak buat pengumuman selagi itulah langkah langkah ini perlu dipatuhi. Sekolah akan mula dibuka apabila bacaan IPU berada di bawah 150.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
April 18, 2016 6:51 PM delete

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia