Jaga Kesihatan Anda Ketika Jerebu

Jaga Kesihatan Anda Ketika Jerebu. Dah hampir dua minggu tempat saya ni jerebu. Nasib baik hujan pun turun. Kalau tidak boleh jadi makin teruk. Tapi pandangan tu menjadi kabur je bila jerebu ni. Persekitaran udara nampak berasap dan berdebu je. Jerebu ni juga boleh memudaratkan kesihatan. Sebab itulah apabila jerebu melanda kita dinasihatkan supaya kurangkan aktiviti luar rumah.

Jaga Kesihatan Anda Ketika Jerebu

Apa sebenarnya jerebu ni? Ok, jerebu ni bermaksud satu keadaan apabila atmosfera mengandungi debu, habuk dan asap. Jerebu ni boleh berpunca dari beberapa faktor antaranya aktiviti kilang. Cuba ke kawasan perindustrian dan lihat persekitarannya. Udara kelihatan berdebu dan berasap.

kesan-kesan jerebu
Sumber : bharian.com
 
Selain itu jerebu juga boleh disebabkan oleh pembakaran secara terbuka atau kebakaran hutan dan juga asap kenderaan. Jerebu ni boleh menjejaskan penglihatan dan jarak penglihatan apabila anda memandu kenderaan juga akan terjejas.

Jerebu ni boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada kanak-kanak, orang tua, pesakit lelah dan perokok. Maknanya jerebu ini boleh memberi kesan terhadap sistem pernafasan kita.

Selain itu ada beberapa gejala yang timbul apabila kita terdedah dengan jerebu antaranya iritasi kerongkong dan batuk-batuk, kesukaran bernafas atau hidung tersumbat, iritasi pada mata (mata menjadi merah) dan kulit akan terasa gatal.

Bagaimana Untuk Atasi Masalah Kesihatan Akibat Jerebu

tips ketika jerebu
 Sumber : astro awani

Jangan pandang remeh apabila jerebu ni dan kita perlu mengambil beberapa langkah antaranya :
  • Banyakkan minum air mineral
  • Kurangkan aktiviti diluar
  • Sediakan ubat yang secukupnya jika mempunyai masalah pernafasan
  • Sentiasa membasuh bahagian yang terdedah menggunakan air
  • Jangan merokok walaupun anda rasa susah nak berhenti merokok. Rasa tak boleh tahan sangat cuba baca "Tips Berhenti Merokok"
  • Pakai penutup hidung terutama apabila anda melakukan aktiviti luar

Jangan abaikan kesihatan anda dan juga keluarga anda ketika jerebu ni. Takut nanti memudaratkan kesihatan anda dan juga keluarga.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
September 10, 2015 4:24 PM delete

Satu Malaysia jerebu da sekarang ni...

Reply
avatar
September 11, 2015 12:08 AM delete

Harap-harap tak bertambah teruk :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia