Cara Tukar Blogspot.My Kembali Asal Ke Blogspot.Com

Cara Tukar Blogspot.My Kembali Asal Ke Blogspot.Com. Kisah ni berlaku beberapa hari yang lalu. Kira masih panas jugaklah. Saya ada create satu blogspot baru tapi bila dan siap ada seperkara pelik yang saya perasan iaitu url blog dah bertukar dari blogspot.com ke blogspot.my. Ingatkan blog saya je yang kena tapi bila buka facebook ramai rakan-rakan blogger duk update sal benda ni. Nampaknya google dah buat perubahan atau nak buat pengasingan pengguna blogspot mengikut negara. Contohnya kalau blogger Malaysia, dari blogspot.com akan bertukar menjadi blogspot.my.

Cara Tukar Blogspot.My Kembali Asal Ke Blogspot.Com

Walaupun url dah berubah tapi jika pelawat datang ke url yang lama iaitu blogspot.com, Google akan redirect ke url yang baru iaitu blogspot.my. Blog kita masih tetap boleh diakses dari seluruh dunia.

Bagi sesetangah blogger mungkin dorang tak kisah sangat tapi hakikatnya ada kesan-kesannya bila benda ni terjadi.

Kesan-Kesan Bila URL Dah Bertukar

1. Yang menggunakan pengiklanan Google Adsense pastinya iklan Adsense akan hilang dari blog akibat perubahan url. Maknanya "blank space" je yang muncul.

2. Ada yang kate ranking alexa blog juga akan berubah sebab sebelum ni guna url blogspot.com.

3. Yang menggunakan iklan nuffnang pula mungkin iklan yang asas yang warna biru tu je yang keluar. Jadi kena log in nuffnang balik dan tukar url blog anda.

Cara Tukar Blogspot.My Kembali Ke Blogspot.Com

Kalau yang ada domain sendiri tu untunglah tak payah nak pening-pening fikir sal benda ni. Tapi ada caranya nak ubah dari blogspot.my kembali ke blogspot.com

Caranya kena add script yang kat bawah ni di atas/sebelum <head> dalam blog. 

cara tukar blogspot my kembali ke blogspot com
 
1. Pergi ke Template - Edit HTML.
2. Tekan CTRL + F dan search <head> dalam template.
3. Dah jumpa,  add script yang bawah ni di atas / sebelum <head>.

<script type="text/javascript">
var blog = document.location.hostname;
var slug = document.location.pathname;
var ctld = blog.substr(blog.lastIndexOf("."));
if (ctld != ".com") {
var ncr = "http://" + blog.substr(0, blog.indexOf("."));
ncr += ".blogspot.com/ncr" + slug;
window.location.replace(ncr); }
</script>


Selamat mencuba ya. Tutorial ni saya ambil daripada rakan blogger Nick Nashram

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
September 08, 2015 1:05 AM delete

cantek... boleh di war2kan kepada kengkawan blogger yang lain ni...

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia