Cara Bisnes Online: Kenapa Masih Gagal Dapat Jualan

Cara Bisnes Online: Kenapa Masih Gagal Dapat Jualan. Nampaknya bukan senang nak dapatkan jualan yang pertama dari produk yang anda jual. Kadang-kadang saya suka skodeng peniaga di facebook ni. Ada beberapa masalah yang mereka hadapi antaranya :
  • Tak tahu nak tulis ayat iklan yang macam mana untuk hasilkan jualan. Kalau tulis iklan sekalipun, iklan tak dapat sambutan.
  • Dah ada orang tanya mengenai Produk kita. Bila tanya, prospek tersebut senyap. Bisu tanpa kata. Pernahkah anda hadapi masalah ini?
Masalah ini sebenarnya bukan perkara baru lagi dan masalah ini juga sering menghantui peniaga-peniaga. Sebab itulah mereka masih gagal hasilkan jualan. Jadi apakah cara untuk tingkatkan jualan produk.

Cara Bisnes Online: Kenapa Masih Gagal Dapat Jualan

cari cara buat duit online percuma

Sebenarnya ada beberapa faktor yang menentukan pelanggan beli atau tidak produk anda. Faktor ini jugalah yang menyebabkan dua masalah yang saya nyatakan di atas timbul.

1) Mereka sebenarnya tak berminat dengan produk anda.

Percayalah, bukan semua yang mintak 'pm' itu betul-betul berminat nak beli produk anda. Boleh jadi mereka cuma nak buat survey sahaja. Misalnya mereka cuba nak buat perbandingan dari segi harga berbanding dengan harga-harga dari peniaga lain. Mereka sebenarnya tak layak nak jadi pelanggan anda.

Lagi satu, yang komen atau yang mintak 'pm' tu terdiri daripada pesaing anda. Jangan terkejut plak ye. Eh kenapa mereka pun nak 'pm' ? Boleh jadi mereka nak intip strategi apa yang anda gunakan.

2) Duit mereka tak cukup

Golongan ini saya kategorikan sebagai golongan yang betul-betul berminat dengan produk anda tetapi mungkin duit tak cukup atau tak ada duit lagi untuk beli produk anda. Mereka betul-betul tertarik dengan iklan yang anda buat.

Jadi anda nak biarkan mereka macam tu je ke? Sebenarnya golongan ini yang perlu kita fokus. Jadi tugas kita sebagai peniaga ialah melakukan follow up.

Antara contoh skrip follow-up yang boleh kita gunakan ialah:
Prospek : “Salam saya tiada duit lagi boleh ke saya bayar bila dapat gaji nanti”

Jurujual: “Salam boleh. :-) tangguhkan dulu pembelian, tapi bolehkah sekiranya cik berikan kami kebenaran untuk followup cik melalui SMS nanti untuk respond yang lebih pantas? Boleh kami dapatkan no telefon cik? :)”

Prospek : “Boleh. Ini no phone 019-893xxxx”

Jurujual : “Terima kasih. Bila sudah tiba hari gaji nanti kami SMS cik ye. :-)
Tips penting : Semasa berinteraksi dengan bakal pelanggan kita, kita perlu sentiasa akhiri perbualan kita dalam bentuk pertanyaan. Kenapa?

Sebab manusia lebih cenderung untuk bertindak balas dengan setiap pertanyaan dari manusia lain. Contoh: “Awak dah makan ke belum?” Jawapan yang mungkin kita jangka ialah “ye! dah makan! :) ” ATAU “Belum lagi :( “

Persoalannya sekarang bagaimana ingin melakukan follow up jika tiada database prospek tersebut? Pada ketika inilah kita memerlukan skrip pemasaran yang ajaib.

Dalam Ebook Skrip Pemasaran Ajaib , ada diterangkan kepentingan menjaga database prospek (bakal pelanggan kita) serta cara untuk collect database tersebut. Dengan database pelanggan kita mampu tingkatkan jualan pelanggan. Dengan database pelanggan juga sesuatu bisnes itu mampu berkembang dan menjamin survival untuk tempoh masa yang panjang.

testimoni pembeli skrip pemasaran ajaib

Untuk memudahkan kerja-kerja anda melakukan pemasaran online ini, skrip pemasaran ajaib adalah salah satu skrip yang wajib anda gunakan. Walau bagaimanapun skrip ini adalah TERHAD dan akan jatuh ke tangan pesaing anda bila-bila masa sahaja.

Jadi saya nak ajak anda untuk luangkan masa 5 MINIT sahaja untuk baca skrip pemasaran ajaib ini dan muat turun laporan percuma yang disediakan --> Muat turun sekarang.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia