Buat Duit Dengan Bisnes Fotografi

Buat Duit Dengan Bisnes Fotografi. Saya perhatikan ramai kawan-kawan saya kumpul duit untuk beli kamera. Sejak di universiti dulu mereka dah ada kamera sendiri. Hujung minggu dorang keluar untuk photoshot sana sini untuk suka-suka. Lepas tu edit gambar mana yang patut kasi nampak cantik. Sekarang bila dah tamat belajar dorang dah mula berjinak-jinak dengan bisnes fotografi untuk cari pendapatan.

Buat Duit Dengan Bisnes Fotografi

Ya, buat duit dengan bisnes fotografi. Itulah yang saya nak sampaikan. Sejak bisnes fotografi ni menjadi salah sebuah perniagaan yang menguntungkan. Jadi memang tepat lagi bidang fotografi ni menjadi salah satu peluang jana pendapatan sampingan.

jana pendapatan dengan bisnes fotografi

Peluang perniagaan ada di mana-mana cuma kita pandai bijak merebut peluang dan yang penting buat mengikut minat barulah kekal lama. Sebenarnya dengan kamera ni anda boleh jana pendapatan sampingan RM1000 hingga RM3000 sebulan.

Katakanlah dengan berbekalkan kamera DSLR dan cara marketing yang betul, anda mendapat sekurang-kurangnya dua projek fotografi perkahwinan setiap bulan. Dan untuk satu majlis perkahwinan anda kenakan bayaran sebanyak RM1,500. Dua majlis perkahwinan anda dapat RM3,000. Tolak kos cetak custom album, gambar dan sebagainya anda boleh untung sekitar RM2,000 sebulan.

Seperkara lagi saya nak bagitau anda, dalam industri fotografi, jurufoto profesional dibayar di antara RM1K hingga 7K untuk satu sesi fotografi perkahwinan. Ada juga jurufoto yang dibayar di antara RM1K hinga 3K sehari. Dan anda juga boleh sampai ke tahap ini dalam masa yang singkat sekiranya anda berminat dan tahu cara memasarkan perkhidmatan fotografi anda.

Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi

Jika anda seorang lepasan SPM atau sedang belajar di IPT, mungkin anda terfikir apakah peluang terbaik untuk dapatkan income secara lumayan. Anda mungkin tidak mahu jadi terlalu kaya-raya, tetapi kalau boleh beli motor, laptop, smartphone, pakaian atau apa-apa sahaja keperluan, apa salahnya mencuba satu peluang bisnes mudah yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya RM500 sebulan.

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu jika nak jana pendapatan dengan bisnes fotografi :
  1. Set kamera DSLR dengan bajet paling minima untuk bermula.
  2. Cara pantas untuk belajar fotografi secara PERCUMA.
  3. Rahsia pengiklanan khidmat fotografi yang ramai photographer tak tahu.
  4. Bagaimana nak iklankan khidmat fotografi secara berkesan dengan bajet RM10 sahaja buat selama-lamanya.
  5. Bagaimana nak bina kredibiliti dan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan fotografi anda sebagai monthly cash-flow.
  6. Apakah aksesori-aksesori fotografi tambahan yang diperlukan untuk memajukan perkhidmatan fotografi anda ke tahap lebih tinggi.
  7. Panduan meletakkan harga pakej untuk fotografi kahwin dan lain-lain.
Tapi jangan bimbang selagi ada panduan-panduan berkaitan bisnes fotografi ni anda tak perlu risau. Rajin-rajinkan diri baca macam mana nak mula bisnes fotografi ni. Khatam dari A sampailah Z dan jangan mudah putus asa. Kalau minat dah jadi nombor satu saya yakin  anda tak akan mudah putus asa.

Jika anda masih blur dan terpinga-pinga macam mana nak mula bisnes fotografi ni, cuba baca "Panduan Bisnes Fotografi" yang disediakan Lightworks Picture. Kemudian barulah anda tahu fotografi adalah peluang bisnes untuk semua.

Panduan Bisnes Fotografi akan membimbing anda langkah demi langkah  sehingga anda berjaya. Anda hanya perlu baca dan praktikkan mengikut tahap keyakinan anda dari satu peringkat ke satu peringkat lain.

ps : selamat membaca -> Panduan Bisnes Fotografi. Lagi cepat anda baca lagi cepat anda dapat memulakan perniagaan fotografi yang lebih untung dari pesaing anda. Panduan ini baru sahaja dilancarkan, jangan sampai pesaing anda baca dah lah ya :-)



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia