Boleh Tak Buat Landing Page Dengan Blogspot?

Boleh Tak Buat Landing Page Dengan Blogspot? - Ya, jawapannya memang boleh dan anda boleh buat seberapa banyak yang anda mahu secara percuma. Tapi macam mana tu biasanya orang guna blogspot untuk blogging dan macam mana bentuk landing page menggunakan blogspot. Adakah ia kelihatan menarik dan profesional. Semua persoalan ni ada jawapannya dan memang tiada masalah untuk buat landing page guna blogspot.

Cara Buat Landing Page Dengan Blogspot?

Sebab apa anda perlukan landing page dalam perniagaan online? Sebabnya sebagai peniaga online sudah tentu masa anda 24 jam bukan hanya untuk diperuntukkan untuk perniagaan. Ada banyak lagi kerja-kerja lain yang anda perlu selesaikan. Betul tak?

cara buat minisite guna blogspot
 
Inilah masanya landing page atau minisite diperlukan. Landing page ialah satu page yang mengandungi ayat-ayat jualan dan produk yang ingin dipromosikan. Kerja anda akan jadi lebih mudah dan landing page ini akan bertindak sebagai jurujual online kepada anda.

Anda tak perlu lagi nak buat post promosi yang kerap bila dah ada landing page. Cukup hanya buat promosi dengan membawa pelawat masuk ke landing page anda. Landing page ini boleh digunakan secara berterusan untuk memperkenalkan produk anda. Landing page anda juga akan kekal dan anda boleh edit bila-bila masa.

Berapa kos nak buat landing page?

Kos upah untuk anda dapatkan landing page boleh jadi RM100-400 untuk satu landing page. Itu baru untuk satu produk. Katakanlah anda ada 4 produk. Dah berapa ringgit tu kos yang anda keluarkan.

Tapi kalau anda gunakan blogspot, anda boleh buat secara percuma dan seberapa banyak yang anda mahu. Tak ada masalah lagi untuk anda buat landing page atau minisite menggunakan blogspot. Perniagaan anda akan kelihatan profesional di mata pelanggan.

Muat turun sample template landing page blogspot --> muat turun sekarang

Buat Landing Page Guna Blogspot Pun Boleh

Seperti yang saya bagitau awal-awal lagi, anda boleh bina landing page guna blogspot percuma. Cuma anda kena dapatkan template untuk landing page. Tugas anda cuma upload template tersebut ke blogspot anda.

Anda kena rajin cari template yang percuma, cuma halangannya anda akan jumpa template yang kurang profesional dan tak sesuai dengan produk anda. Tapi kalau anda buka laman web minisite to blogspot anda akan dapat 15 koleksi template yang profesional dan anda boleh cuba dapatkan satu template yang percuma di ruangan free template.

15 template yang saya maksudkan tadi disertakan dengan tutorial untuk anda install. Tiada masalah kalau anda tiada kemahiran. Bila dah install anda bolehlah tulis ayat-ayat jualan untuk produk anda. Satu lagi cara nak guna 15 template ni tak susah. Anda cuma copy paste sahaja koding yang diberikan. Tak sampai 15 minit pun nak install template ni.

Nak dapatkan 15 Free Template buat minisite menggunakan blogspot yang saya maksudkan? Sila ke pautan berikut --> Blogspot Minisite



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia