Tips Rumah Lelong: Hartanah Yang Wajar Dielakkan

Tips Rumah Lelong: Hartanah Yang Wajar Dielakkan. Membeli rumah adalah salah satu langkah yang bijak kerana ia dikategorikan dalam pelaburan hartanah. Harga rumah semakin naik dari semasa ke semasa. Siapa yang tak nak memiliki rumah sendiri kan tambahan pula rumah adalah aset. Tapi tak ramai yang arif tentang rahsia rumah lelong yang sebenarnya. Sebelum membeli rumah lelong kita tak boleh nak teruja sangat dan kita tak tahu apa yang berlaku di masa hadapan. Kena rajin buat kajian terhadap rumah yang kita nak beli.

Tips Rumah Lelong Hartanah Yang Wajar Dielakkan 

 Sumber gambar : www.ebanklelong.com

Ada 4 tips hartanah yang anda perlu elakkan dalam pembelian rumah lelong.

1. Yuran Penyelenggaraan Terlalu Banyak

Jika Bank tidak menanggung bayarannya anda carilah hartanah yang lain. Pernah satu kes berlaku dimana yuran penyelenggaraan tertunggak berserta pelbagai caj lain yang dikeluarkan oleh pihak pemaju mencecah RM15,000. Hartanah tersebut dilelong oleh pihak Bank hanyalah RM40,000.

Bayangkan jika ditolak harga jualan dengan yuran penyelenggaraan maka Bank hanya akan memperolehi RM35,000 sahaja. Sehingga tarikh ini pihak Bank belum lagi menjelaskan yuran penyelenggaraan tertunggak tersebut kepada pihak pemaju dan kes ini masih lagi tergantung.

2. Rumah Yang Hendak Dibeli Didiami Oleh Pemilik Asal

Jika anda mendapati rumah yang hendak anda beli itu didiami oleh pemilik asal rumah tersebut yang jenis keras kepala eloklah anda beralih ke hartanah lain kerana ia akan menyebabkan anda tidur tak lena kerana terpaksa bergaduh dengan pemilik asal dan kos untuk mendapatkan perintah mengosongkan premis mungkin tidak kurang RM2,000 malahan anda terpaksa rugi beberapa bulan kerana rumah anda tidak dapat disewa atau didiami akibat keenganan penghuni rumah untuk keluar dari rumah tersebut.

3. Pemaju Sudah Tidak Wujud

Bagi hartanah yang belum dikeluarkan hakmilik individu atau hakmilik strata, jika anda dapati pemaju sudah tidak wujud atau tak pernah dengar pun nama pemaju tu, eloklah diselidiki dahulu atau tinggalkan sahaja niat nak membeli hartanah tu. Pemaju yang telah digulungkan syarikatnya akan menyukarkan anda membeli hartanah lelong kerana syarikat tersebut diambil alih oleh liquidator. Kelulusan daripada liquidator biasanya mengambil masa yang agak lama berkemungkinan waktu anda mendapat kelulusan tempohnya telah tamat.

4. Kebenaran Dari Pemaju Tidak Diperolehi

Bagi rumah yang tidak mempunyai hakmilik individu atau hakmilik strata pihak peguam yang hendak melelong dimestikan mendapatkan kebenaran dari pihak pemaju terlebih dahulu supaya memudahkan pembelian oleh pembeli yang baru. Pernah satu kes dimana peguam tidak mendapatkan surat kebenaran pemaju telah melelong hartanah tersebut tetapi pemaju enggan memberikan kebenaran.

Bagaimana nak buat? masa berjalan tempoh penyelesaian semakin hari semakin singkat. Jika kes begini anda tiada jalan lain melainkan membuat permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan perintah agar pemaju berkenaan memberikan kebenarannya jika tidak mahkamah mempunyai kuasa untuk menandatangani apa-apa dokumen untuk memberi kesan perpindahan hakmilik hartanah tersebut.


Jika anda nak dapatkan lebih banyak panduan untuk membeli rumah lelong, cuba baca panduan rahsia rumah lelong ini. Dalam panduan ni anda akan diajar cara memilih rumah lelong, cara mengenalpasti harga rumah lelong, macam mana nak uruskan pembelian rumah lelong dan macam-macam tips yang anda boleh dapat tentang rumah lelong.

Baca panduan bijak membeli rumah lelong melalui pautan berikut : Rahsia Rumah Lelong



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
August 29, 2015 3:59 AM delete

dengar je perkataan lelong,mesti ramai yang nak..lagi-lagi berkaitan hartanah..tapi jika tak diselidiki dahulu dikhuatiri menjadi beban dikemudian hari..terima kasih tuan,atas perkongsian mengenai tips hartanah lelong ini.. :)

Reply
avatar
August 29, 2015 5:58 PM delete

tapi kalau sasaran mengena, memang paling best rumah lelong ni

Reply
avatar
September 03, 2015 10:08 AM delete

sama-sama tuan, itulah nak kena selidik betul-betul sebab benda ni melibatkan sejumlah wang yang besar. salah pilih buruk padahnya.

Reply
avatar
September 03, 2015 10:26 AM delete

ya, betul tu..tapi tulah, memerlukan usaha betul-betul untuk cari kokasi yang terbaik :-)

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia