Tips Dekorasi Rumah Sempit Nampak Luas

Tips Dekorasi Rumah Sempit Nampak Luas. Lagi topik tentang cara menghias ruang sempit supaya nampak luas. Kalau ada rumah yang besar sekalipun tapi kalau tak pandai nak dekorasi atau hias pun tak best jugak kan. Nak menghias rumah ni kena ada cara dan kena tahu tips dekorasi rumah. Rumah yang kecil pun nampak cantik dan menarik kalau kena susun aturnya. Sedap mata memandang tengok dekorasi rumah yang cantik ni.

Macam Mana Nak Dekorasi Rumah Sempit Nampak Luas

Sebenarya nak dekorasi rumah yang sempit ni tak ada lah susah sangat cuma perlu buat ubahsuaian sedikit. Kena ikut cara yang betul dan kena berani mencuba. Berikut saya senaraikan 10 tips dekorasi rumah yang sempit supaya nampak luas.

tips dekorasi ruang sempit nampak luas
 Sumber gambar : susunatursioca.blogspot.com

1. Menghias ruang tamu sempit

Cuba buang perhiasan tidak perlu dengan meninggalkan satu dua yang dikira penting meliputi majalah di atas meja, bekas bunga, kusyen hiasan dan sebagainya.

Elak menempatkan stereo, arca dan jambangan bunga di lantai. Kalaupun ingin menjadikannya seri  ruang, pastikan ia ditempatkan di rak khusus buatnya. Manfaat ruang sebaiknya, misalnya menempatkan set televisyen di rak pasang siap di penjuru dinding.

2. Kelengkapan bilik tidur kecil

Hadkan bilangan perabot. Fungsi bilik tidur sebagai tempat melelapkan mata sekali gus katil ukuran besar patut dijadikan pilihan utama.

3. Ruang keluarga bersuasana lapang

Zahirkan suasana lapang menerusi susun atur santai ruang duduk. Tempatkan kerusi beg kacang untuk keselesaan duduk. Kerusi berkenaan boleh dialih jika anda perlu melapangkan ruang. Di pasaran, ada pelbagai pilihan warna dan bentuk kerusi beg kacang mengikut kesesuaian gaya kediaman.

4. Ilham untuk ruang makan terhad keluasan

Pilih meja berukuran kecil atau jenis boleh dilipat. Meja lipat boleh dikecilkan jika anda ingin menggunakan ruang untuk tujuan tertentu misalnya ketika meraikan tetamu dan menganjurkan majlis istimewa. Kabinet hiasan penjuru selain mempamerkan himpunan peralatan menghidang peribadi juga membantu menjimat ruang.

5. Menangani ruang dapur sempit

Permukaan kaunter meja warna cerah secara tidak langsung menitipkan persekitaran lapang. Selain itu, anda digalakkan membina kabinet siap dipasang unit dasar dan gantung.

6. Bilik air kecil bertukar luas

Suntik keserian kamar mandi menerusi latar warna sejuk yang memantulkan cahaya, tona putih, pastel dan warna semula jadi. Himpunan warna ini mampu membuatkan ruang sekali ganda luas. Tonjolkan corak jalur menegak di dinding yang menampakkan siling lebih tinggi. Pilihan langsir sheers membenarkan kemasukan cahaya semula jadi sekali gus menjadikan ruang lebih luas dan terbuka. Binaan ruang penyimpanan, rak dan para menjamin kekemasan susun atur kelengkapan bilik mandi.

7. Perabot pangsapuri sempit

Kunjungi pangsapuri contoh yang di tata hias bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai ukuran dan jenis perabot patut dipilih. Kebanyakan perabot yang ditonjolkan menawarkan ukuran serasi ruang, direka bentuk menghiasi penjuru dinding dan sesetengahnya dilengkapi ruang penyimpanan pintar iaitu barang ditempatkan di laci atau rak simpanan tersembunyi.

8. Cermin dinding

Cermin hiasan berupaya mewujudkan kesan luas secara ilusi. Gantung di tempat strategik terutama dinding bertentangan jendela bagi mendapatkan pantulan panorama luar, di dinding menghadap pintu dan di ruang yang memuatkan himpunan karya seni.

9. Dinding berwarna

Menggunakan tema warna sama bagi dua ruang berbeza mampu menghapuskan sempadan ruang. Namun, cara ini hanya boleh dicuba di bilik berkembar. Hindari penggunaan warna gelap dan kertas dinding bercorak sarat jika tidak mahu ruang kecil tambah terhimpit.

10. Teknik terbaik menjimat ruang

Kabinet buku siap dibina berkembar rak penyimpanan di bawahnya antara kaedah terbaik menjimat ruang. Kalau boleh bina sekali rak tambahan yang boleh menempatkan set televisyen dan stereo.


Anda bolehlah cuba gunakan 10 tips dekorasi rumah yang sempit ini untuk kediaman anda. Jika anda ingin mendapatkan lebih banyak tips dan panduan dekorasi rumah, bolehlah rujuk Panduan Dekorasi Bajet. Ilmu dah ada di depan mata ni senanglah nak hias kediaman nanti.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia